Apa itu Kreatif?

Kita sering melemparkan pujian pada “si anu” dan “si polan” – “dia tu kreatif lah!”.
Persoalannya, apa itu kreatif? Apa kayu ukur yang boleh kita katakan si anu itu kreatif dan si polan yang ini kurang kreatif? Sejauh mana kita melihat dan menilai sebuah idea, tindakan waima adi karya atau magnum opus seseorang itu layak kita beri pujian atas nilai kreativitinya?
Ia mungkin satu pelarian bila saya beri jawapan – kreatif itu ialah mempunyai kebolehan mencipta, menghasil, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Jawapan itu boleh boleh saya petik dari Kamus Dewan yang pasti memberi definasi yang sungguh holistik.
Namun bila dikecilkan dan lebih fokus, jawapan itu kian meragukan. Ia masih tidak boleh menjawap persoalan lain yang berlegar dalam skop industri kreatif yang bertolak dari ketajaman intelektual, idea, orentasi dan landas pemikiran
Ini berlaku kerana nilai kreatif itu agak “mistikal” sifatnya. Ruang masa juga boleh mengubah nilai kreatif itu. Ia terlalu subjektif. Lantas, bagaimana kreatif itu dinilai? Rating, glamour, keuntungan yang bersifat kewangan atau sekadar pujian?
Malangnya, saya berkerja dan menyara keluarga saya dalam industri yang memohon nilai kreatif yang tinggi, namun saya tidak boleh memberi jawapan pada persoalan mudah teman yang baru saya kenali di dalam gerabak Komuter awal pagi tadi – “apa itu kreatif dari sudut pandang seorang penerbit seperti awak?”
Diam. Gerabak meluncur laju.
Julai 6, 2009 pada 10:41 pm
saya harap pihak tuan dapat memaparkan maksud dengan lebih khusus lagi tentang apa itu maksud kreatif. tq
Julai 7, 2009 pada 2:49 pm
serius….apa yg di papar kan x cukup ..terlalu pendek penjelasan ttg kreatif
Julai 9, 2009 pada 9:59 am
tgh bt asiment 2…lain kali bt plak pasal apa itu pmikiran kreatif k…
Ogos 10, 2009 pada 9:05 pm
kreatif????…..