SEKS dan dunia pelacuran…

Kisah lukanya siapa yang tahu...
Dunia pelacuran pada mulanya sangatlah asing pada aku. Lorong-lorong gelap di sekitar Kuala Lumpur adalah dunia asing. Dunia yang tidak mahu aku kenali…

Siapa yang mahu jadi pelacur!!!
Ia tiba-tiba merubah bila aku ditugaskan untuk merealiasikan sebuah dokumenteri “Kisah Ina : Balada Gadis HIV”. Subjek utama adalah seorang pelacur HIV yang akan mati bila-bila masa.
Dari situlah aku mula mengenali dunia SEKS dan pelacuran…
Untuk merealisasikannya, aku harus dekat dan mengenali dunia gelap yang menjadikan SEKS sebagai galang ganti antara kepuasan dan material. Mulalah aku menyusur lorong-lorong gelap ini dan berkenalan dengan pelacur-pelacur yang tanpa segan dan silu menawarkan perkhidmatan.
“Saya hanya nak cerita, kak…”
Ia bukan tugas senang untuk memahami persekitaran, cara berfikir dan segalanya tentang pelacur.
“Selagi ada orang hendak, selagi itu kami boleh jual badan…” ujar seorang kakak pelacur yang pernah aku kenali dulu hingga hari ini. Ia menyedarkan aku tentang konsep penawaran dan permintaan. Selagi ia berlangsung, selagi itulah akan ada yang terkangkang menawarkan maruah!

"Siarkan cerita luka kami. Biar mereka tahu kami juga tidak mahu jadi pelacur!"
Kehidupan mereka sangat kompleks. Tanyalah siapa sahaja, mereka pasti punya jawapan yang sama – kami tidak mahu jadi pelacur!
Lantas, jika tidak mahu jadi pelacur, kenapa masih terkangkang hina di lorong-lorong hitam ini?
Pelbagai alasan. Pelbagai ulasan. Pelbagai cerita. Pelbagai derita. Lagunya air-mata.
Namun yang pasti, kehidupan ini terlalu kompleks untuk difahami. Biar pun dari kata dan fikir seorang perempuan bergelar pelacur!
Mei 7, 2009 pada 1:04 pm
masih ada jalan keluar biarpun dari ruang yang sempit bukan?
bagaimana aku, kau dan mereka keluar dari lorong yang sempit dan terhimpit hingga lahir ke dunia ini…?
begitulah kiasannya…
betul ke aku cakap?
Mei 8, 2009 pada 2:57 pm
Tidak ada sorang pun disitu … mahu hidup di lorong hanyir tu… bagi yang mahu menghilangkan rasa malu … dadah diambil untuk melupakan harga dan maruah diri…
Mei 8, 2009 pada 3:21 pm
tak kena kacau ke bro shoot kt lorong tu?
bro..
KAcau? tak lah.. semua dah jadi kawan kat situ. adalah bayar sikit…
September 30, 2009 pada 10:19 am
selama ada keyakinan untuk lepas dari klehidupan hitam ini dan tidak mengulangi lagi allah pastiakan dunia allah itu luas begitu jalan rizkinya….
September 30, 2009 pada 10:23 am
pasti alasan mereka keterpaksaan kebanyakan melakukan karna ekonomi … kalau hanyalah masalah perut bukanlah banyak jalan untuk menngais rizki allah…memang sulit kalau sudahterjerat dunia hitam .. selama ada keyakina untuk leopas dari dunia hitam allah pasti akan menolongnya.. bukan kah mati berkalang tanah lebih mulia dari pada hidup menanggung malau
November 25, 2009 pada 4:11 pm
itu hanyalah alasan semata2….