Rosli Dhoby : Cerita Penerbit

Bagi mereka yang sering menjengok laman blog ini akan perasan bahawa aku kebelakangan ini agak jarang-jarang untuk membuka entry baru waima membalas mesej-mesej yang dikirim.
Jujurnya, beberapa minggu kebelakangan ini merupakan hari-hari yang menyesakkan dengan tugasan demi tugasan yang masih tak sempat dilaksanakan.
Tugasan paling perih adalah menyiapkan sebuah dokumentari untuk ASTRO berjudul – Rosli Dhoby.
Panjang kisah penerbitannya. Mungkin hampir sama panjang dengan kisah perjuangan Rosli Dhoby. Bayangkan, penerbitannya sahaja sudah memakan masa lebih dari setahun. Namun, sekali lagi secara jujur aku katakan, inilah dokumentari yang aku kategorikan MESTI TONTON.
Ada yang berkata “Alexander Bukan Zulkarnain” adalah Magnum Opus aku (Ina suka sangat guna ayat ini. Maksudnya adi karya). Namun malam tadi aku menginsafi sesuatu. Dokumentari Rosli Dhoby tidak ada cacatnya untuk aku gelarkan juga karya ulung aku.
Mungkin masih awal lagi untuk mengetahui kesannya pada penonton kerana tayangan dokumentari ini yang diletakkan dalam slot SUATU KETIKA hanya akan muncul di ASTRO 8 Jun ini.
SUATU KETIKA adalah slot yang akan menyiarkan beberapa dokumentari (aku kelaskan sebagai dokumentari kelas A). Penonton akan menikmati dokumentari tempatan untuk pasaran antarabangsa. Ada cerita Tanggang, Mahsuri, Botak Chin, Mokhtar Dahari, JRA, Pos Dipang, Melaka, Senoi Praq dan beberapa cerita panas lain. Penerbitnya semua anak-anak muda tempatan.
Rosli Dhoby pula dipilih sebagai dokumentari pertama yang akan menemui penonton. Sekali lagi aku berharap ia benar-benar berbekas pada hati semua pada masa nama pejuang seperti Rosli Dhoby ini agak janggal disebut kerana kita lebih selesa dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharaja lela dan sebagainya…
Atas kesedaran itu aku akan mula menyusun beberapa entry baru yang boleh membantu semua untuk memahami siapa Rosli Dhoby yang sebenarnya supaya pada masa menonton nanti, latar sejarah perjuangan rakyat Sarawak telah sedia difahami.
Sekali lagi saya tawarkan sejarah untuk dihadam… ada sesiapa yang berminat?
Mei 19, 2009 pada 10:49 pm
Mengira hari .. Making Of … yang selepas itu .. hope .. semua berjalan dengan lancar… kalau tidak lancar … kena kick out kot.. muahahahaha…
Ina,
Mari kita selesaikan apa yang patut. lepas tu kita ambik cuti panjang. “Projek Sabtu” kita macam mana? cancel lagi ker?
Mei 20, 2009 pada 9:48 am
Tengok gambar RD ni, teringat kat arwah Jaidi
Mei 23, 2009 pada 5:54 pm
Tahniah!
Bangga kamek jadi orang Sarawak.
http://www.syahrulnizam.com
Mei 24, 2009 pada 8:01 pm
erhmm dokumentary rosly dhoby adalah satu yg bagus di ketengahkan krn bila sj tajuk “rosli dhoby antara pembunuh atau perjuang” sy amat tertarik dn menjadi tanda tanya sehingga mencari maklumat di dalam internet….sehingga sy temui jawaban yer dn senang sy nak terangkan kepada yg lain sbb mrk pernah bertnya pd sy….krn sy seorang yg suka membaca jd byk gak la yg sy th…
sy ucapkan tahniah dn syabas pd mrk yg menjayakan dokumentari anak malaysia ni….
Mei 25, 2009 pada 12:07 am
saya hanya mengembalikan sejarah pada mereka yang hak. Rakyat Sarawak layak menerima penghargaan ini.
Jun 2, 2009 pada 6:11 pm
tahniah atas kejayaan penerbitan dokumentari Rosli Dhoby…saya bkas pelajar SMK Rosli Dhoby. Bangga dgn penerbitan ini spya sluruh rakyat Malaysia tahu RD sbaris dgn pejuang2 kemerdekaan terdahulu dan antara pejuang termuda shgga skrg. bkas pjajah cuba utk menjaja RD sbgai pjenayah tp dgn dokumentari ini diharap seluruh dunia tahu kisah sbenar bhw sblm peristiwa ini berlaku telah byk rundingan demi rundingan dilakukn oleh pjuang2 sarawak terdahulu demi kemerdekaan Sarawak dr terus dicengkam penjajah.
Saudara,
Bersamalah kita menghargai sejarahnya…
Jun 3, 2009 pada 5:13 pm
tahniah
Jun 3, 2009 pada 10:51 pm
yOh…bez na juak eah..
Jun 3, 2009 pada 11:04 pm
rd dlok skolah smb methodist owh..
Jun 4, 2009 pada 9:53 am
Saya harap encik boleh menceritakan lebih byk lagi tentang Pejuang Sarawak, Rosli Dhobi kerana anak saya yang berusia 9 tahun amat berminat mengikuti kisah hidup Rosli Dhobi di Astro. Walaupun kami bukan dari Sarawak tapi dari Semenanjung dan tidak banyak mengetahui tentang kisah Rosli Dhobi tapi anak saya amat berminat untuk mengetahui tentang kisah Rosli Dhobi.
Terima kasih.
Jun 7, 2009 pada 7:50 pm
Saudara Rosli Dhobi pejuang no. 1 di sarawak…….rakyat sarawak harus bangga ada pejuang@pemuda seperti ini…Beliau umpama sejuta dalam satu………..
Jun 7, 2009 pada 7:51 pm
satu dalam sejuta…….
Jun 7, 2009 pada 7:53 pm
Kalau semua rakyat disarawak berhati waja seperti beliau maka tiada apa yang perlu di gusarkan………….. salam hormat kepada waris beliau…….perjuangan beliau tidak sia-sia dan kekal abadi dalam ingatan penduduk sarawak……….
Jun 7, 2009 pada 9:29 pm
tahniah, diucapkan atas usaha yang sungguh murni ini. Hari ini kami skelurga tak keluar semata-mata nak menonton kisah rosli dhoby. Tahniah sekali lagi atas usaha anda. saya sangat bangga sebagai anak sarawak.
Jun 8, 2009 pada 2:00 pm
Info dan petualangan yang menarik, makasih banyak ya…..
Jun 10, 2009 pada 3:56 pm
Sekurang-kurangnya tertunai sebahagian daripada wasiat Allayarham Rosli Dhobi…….
Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasing dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑baik, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
Jun 10, 2009 pada 7:27 pm
Saya telah tonton cerita ini. Dan amat menarik sekali. Tahniah untuk saudari. Tidak sabar menunggu episod akan datang….
Jun 10, 2009 pada 10:43 pm
Inilah (drama & dokumentari) yang saya nanti-nantikan selama ini….kisah perjuangan dan semangat beliau terpahat kuat dan sejati di jiwa dan minda saya..Al-Fatihah untuk Allahyarham dan rakan-rakannya yang lain…semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman…
Jun 12, 2009 pada 7:45 pm
kmk towk bangga asa eyh…..
coz….
me owg srwk…..
Jun 16, 2009 pada 7:07 pm
assalamualaikum,
pertama sekali saya berbangga menjadi anak sarawak dengan sejarah memiliki seorang pahlawan berjiwa mulia. dengan adanya dokumentari ini, semoga ia akan menyedarkan kita bahawa bukan mudah untuk orang-orang dahulu untuk memperjuangkan kemerdekaan.
dan yang paling utama bagi saya, jangankan melihat photonya, bahkan menyebut namanya sahaja hati saya tersentuh dengan perjuangannya. melihat ke dalam anak matanya(melalui photo), saya tahu betapa ikhlasnya arwah untuk memerdekakan bumi sarawak dari tangam penjajah.
akhir sekali, saya menagis mengenangkan nasibnya diperlakukan sebegitu rupa…. semoga arwah ditempatkan oleh Allah bersama kalangan mereka yang dikasihiNya. amin…..
Jun 17, 2009 pada 10:38 pm
assalamualaikum…
warkah terakhir memberi kesan yang mendalam dalam diri saya…saya bangga menjadi anak sarawak yang mempunyai pejuang seperti beliau….begitu besar pengorbanan yang telah beliau lakukan….terasa semangat yang beliau perjuangkan walaupun menerusi dokumentari sahaja…
rasa rugi jika tidak mengenali beliau…seorang pejuang sarawak yang berani…
semoga roh nya dicucuri rahmat….Al-fatihah….Amin……
Jun 18, 2009 pada 3:40 pm
Aku pun bangga jugak jadi rakyat negeri sarawak..Tambah2 lagi ada pjuang tulen untuk memertabatkan bangsa,agama dan negara..Allahyarham Rosli Dhoby..I salute U…
Jun 22, 2009 pada 12:26 am
Info yang menarik, makasih ya…
Jun 22, 2009 pada 10:05 am
Tahnaiah kepada penerbit, usaha begini harus di teruskan supaya anak-anak muda kita tidak lupa diri dan sejarah bangsa sendiri, banyak pahlawan-pahlawan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita pada zaman dahulu yang akan kita lupa akan jasa meraka jika kita tidak memelihara sejarah dan mengenali golongan ini. diharap semua sejarah kita akan terpelihara dan org kita tidak lupa diri. Sama-sama kita mengingati pesanan arwah rosli dhobi: “Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan”
semoga rohnya di cucuri rahmat. amin..
Jun 25, 2009 pada 5:38 am
syabas…saya dah tonton hingga episod terkini….ia bagi saya adalah sebuah drama dokumentari yg saya anggap sebagai ‘MASTERPIECE’…. Sangat2 berkesan…amat susah bagi diri saya untuk mengalirkan airmata apabila menonton drama dokumenteri yg lain tetapi tidak yg ini….dengan senang air mata kebanggaan saya mengalir diatas kesudian saudara Rosli Dhoby menggadai nyawa demi agama dan tanah air tercinta…tahniah atas masterpiece anda itu….teruskan usaha anda untuk menerbitkan kisah2 benar yg bermutu seperti ini…
Jun 29, 2009 pada 2:27 pm
salam semua,
tahniah atas penerbitan dokumentari ini. Sesungguhnya saya amat berbangga dengan pendedahan perjuangan menuntut kemerdekaan di Sarawak. Rosli Dhoby mungkin selama ini hanya dikenali melalui buku sejarah dan yang pasti info tentang pejuang kemerdekaan Sarawak ini terlalu sedikit. Nama beliau tenggelam oleh nama-nama pejuang lain yang cukup gah diperkatakan.
Saya sebagai anak jati negeri Sarawak amat berterima kasih kepada saudara S.I.M.S.,walaupun anda bukan orang Sarawak namun anda lebih mengetahui sejarah perjuangan Rosli Dhoby.
Alfatihah untuk Rosli Dhoby,perjuanganmu akan dikenang oleh bangsamu sepanjang zaman,terima kasih kerana perjuanganmu kami mampu berdiri maju setaraf bangsa lain.
Selepas ini, harap nama pejuang yang lain juga akan diketengahkan seperti RENTAP “AGI IDUP AGI NGELABAN”
Julai 5, 2009 pada 10:29 am
Salam. sedalam2 tahniah atas usaha anda mendedahkan perjuangan RD. Memang seharusnya perjuangan anak-anak bangsa Msia diketengahkan pada masa sekarang agar semua rakyat menyedari betapa payahnya pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat terdahulu untuk mencapai kemerdekaan. Tahniah sekali lagi kepada anda krn sebagai media terhebat astro tidak hanya menyiarkan rancangan yang berbentuk hiburan semata-mata. Kesedaran anak bangsa adalah yang paling utama. Untuk Rd dan rakan-rakan pejuang yang lain, syabar dan terima kasih tak terhingga kerana perjuangan kalian, kami dan anak cucu menikmati kemerdekaan ini. Sebak bila mengenangkan nasib yang menimpa RD dan rakan-rakan. Tak mengenang budi dan hilang akal bagi yang menuduh RD sebagai pembunuh. Akan ku didik anak bangsa dan keturunanku bahawa RD sebagai pejuang bangsa, sebak….Semoga roh RD dan rakan-rakan ditempatkan di kalanagn org2 yg beriman dan beramal soleh, amin.