Salam perjuangan…
Lama betul saya tidak menjengah blog ini. Kesulitan untuk mendapatkan layaran internet yang baik serta tekanan kerja yang mencengkam menjarakkan saya dengan Magnum Opus, Rosli Dhoby ; Pejuang atau Pembunuh. Ia benar terjarak dari sudut geografi kerana saya sekarang lelah di kota Cairo untuk menyiapkan satu lagi tugasan untuk siaran Ramadhan tahun ini.
Namun Rosli Dhoby sangat sebati dengan saya. Saya sentiasa ternanti-nanti dan sentiasa teruja dengan komen dan nasihat yang semua sampaikan dari pelbagai medium.
Ada juga yang terkeliru antara tugasan saya dan Wan Hasliza. Saya sebenarnya terlibat dalam penerbitan dokumenteri manakala Wan Hasliza terlibat dalam penerbitan drama. Kami berkongsi idea. Saya menterjemah Rosli Dhoby untuk pemahaman sejarah dan impaknya kepada sejarah yang telah lama dilupakan, Wan Hasliza menterjemah karya itu untuk pengzahiran sejarah dari sudut kreatif dan memungkinkan wajah sejarah itu divisualkan dengan sebaik mungkin.
Sehingga kini, saya masih tidak berpeluang untuk melihat karya saya atau Wan Hasliza di kaca televisyen lagi kerana saya telah pun ke luar negara pada tika ia ditayangkan di Malaysia. Saya sangat yakin Wan Hasliza telah memberi sebuah drama yang cukup istimewa hingga ada yang menyatakan ia lebih cantik dai PGL. hehe
Harap ada yang merakam setiap siri warkah Terakhir. Bolehlah saya menontonnya kemudiaan hari.
Harap anda semua akan terus memberi sokongan kepada penghasilan karya-karya sebegini. Saya secara jujur menghargai setiap komen yang anda berikan.. Terima kasih daun keladi.
Salam dari Dewan Malaysia Abbasiah, Mesir.




