Arkib untuk Julai 11, 2009

Masih lunyai di Damascus…

Posted in Dokumentari : Madrasah, Senyum Tangis 'Aku' on Julai 11, 2009 by syirfan

Salam,

Aku dan krew penerbitan “Madrasah Salasilah Rasullullah” masih di Damascus. Kami diserang dengan kepanasan dan kerinduan… Masih jauh lagi perjalanan ini…

Sukarnya untuk mendapatkan perkhidmatan internet banyak menyulitkan keadaan. Di Syria, internet boleh dikatakan benda baru. Untuk update entry ini sahaja memerlukan beberapa jam untuk upload.

Satu yang menarik ialah – Facebook dilarang di Syria! Dengan ilmu yang ada, aku hanya mampu membuka dan melihat facebook, tetapi tidak boleh edit atau lakukan apa-apa… Oh, tertekannya…

Namun perjalanan rohani ini sangat menarik. Aku secara peribadi melalui pelbagai cerita dan rasa yang akan aku kongsikan bila kembali ke Malaysia nanti, terutama pengalaman aku melalui hari yang cukup istimewa – 11 Julai 2009.

Berdoalah agar kami selamat tiba di Malaysia dan semua tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya…

Salam perjuangan dari Damascus.

Anak-Anakku – Ingatlah ayah…

Posted in Dokumentari : Madrasah, Sebuah negara bernama "Malaysia", Senyum Tangis 'Aku' on Julai 11, 2009 by syirfan

Bila embun pertama menyatukan kedinginan,

Ingatlah ayah yang berdendam dengan impian.

 

Bila kokok bersatu  menyambut pagi,

Ingatlah ayah yang menjerit memanggil rezeki.

 

Bila sinar pertama jatuh di laman mainan,

Ingatlah ayah yang leka menyusun perjuangan.

 

Bila matahari mula membakar hangat,

Ingatlah ayah yang hangus dalam semangat.

 

Bila fajar berlabuh mengakhiri senja,

Ingatlah ayah yang larut dalam kembara.

 

Bila kau lihat bulan penuh di langit malam,

Ingatlah ayah yang sentiasa mencintai dan merindui kalian…

 

Syirfan – Damascus