Masih lunyai di Damascus…
Salam,
Aku dan krew penerbitan “Madrasah Salasilah Rasullullah” masih di Damascus. Kami diserang dengan kepanasan dan kerinduan… Masih jauh lagi perjalanan ini…
Sukarnya untuk mendapatkan perkhidmatan internet banyak menyulitkan keadaan. Di Syria, internet boleh dikatakan benda baru. Untuk update entry ini sahaja memerlukan beberapa jam untuk upload.
Satu yang menarik ialah – Facebook dilarang di Syria! Dengan ilmu yang ada, aku hanya mampu membuka dan melihat facebook, tetapi tidak boleh edit atau lakukan apa-apa… Oh, tertekannya…
Namun perjalanan rohani ini sangat menarik. Aku secara peribadi melalui pelbagai cerita dan rasa yang akan aku kongsikan bila kembali ke Malaysia nanti, terutama pengalaman aku melalui hari yang cukup istimewa – 11 Julai 2009.
Berdoalah agar kami selamat tiba di Malaysia dan semua tugasan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya…
Salam perjuangan dari Damascus.
Julai 12, 2009 pada 12:45 am
Br jumpa Akop tadi .. baru pulang dari Thailand dan petang terus ke Singapura… lunyai juga dia kata… tapi tak kurus pun dia …(jangan marah yer Akop).
Julai 15, 2009 pada 2:41 pm
Semoga segala usaha beroleh kejayaan…