Al-Barakah di TV9
Selepas sekian lama bermain di laman yang sama, FM Production akhirnya bermain pula di laman baru… TV9.
Al-Barakah muncul setiap malam isnin, 9.30 malam bermula malam ini. Al-Barakah adalah program TV pertama yang dilaksanakan hasil kerjasama FM Production dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Al-Barakah wajar sahaja digelar sebuah program majalah, namun Al-Barakah di tangan penerbitnya, Nora mengubah wajah majalah itu sendiri. Ia lebih segar dari sebuah program yang pasti dilabelkan sangat lembab dan lembik akibat ia dikatakan sebuah program yang agak islamik.
Program ini memaparkan koleksi kejayaan yang terhasil dari penat lelah dan huluran bantuan. Asnaf-asnaf dariĀ LZS bangun atas kesedaran untuk berdiri sama tinggi dengan masyarakat yag lain. LZS dengan sedaya mungkin membimbang mereka semua untuk keluar dari kepompong kemiskinan yang cukup menghimpit.

Bersama Akhtar Sahari yang bertindak sebagai presenter. Saya hanya bertindak sebagai penerbit penyelaras
Jika ada yang mahukan program air mata persis “Bersama mu” lupakan. Penerbitnya hanya memaparkan kesedaran, keinginan, penah lelah dan manisnya kejayaan…
Dengan target setengah juta penonton yang diharapkan oleh TV9 pastinya menjadikan penerbitnya tidak beraya sakan tahun ini…
Lupakan tisu malam ini. Malam ini adalah malam untuk menyedari bahawa kita boleh berjaya jika kita berusaha ke arah itu!
September 29, 2009 pada 10:00 am
satu usaha yg bagus. terkadang umum tertanya2 ke mana wang zakat mereka disalurkan..
September 29, 2009 pada 10:50 am
Tahniah bro, dah tengok malam tadi…tentang Ibu tunggal…
perkara yang menarik yang perlu diketahui masyarakat umum dan Muslim khususnya.
Oktober 2, 2009 pada 8:07 am
Good initiative
Oktober 9, 2009 pada 11:40 am
Salam…
Rancangan yang bagus…memberi kesedaran pada sy pentingnya mengeluarkan zakat iaitu proses mensucikan harta sepencarian kita. Rancangan ini mmg ada identiti tersendiri…
Oktober 14, 2009 pada 1:03 pm
Pada semua, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan…
Oktober 16, 2009 pada 1:39 am
di sebalik tabir al-barakah….
Oktober 18, 2009 pada 7:16 pm
Setengah juta itu keterlaluan yer en sims…
Oktober 23, 2009 pada 1:20 pm
Al-Barakah akan membuat liputan di Kursus Hijarahku Bina Insan, Excel Training Resorts Lenggeng, 25 Okt 2009. Program yang dikendalikan oleh Fitrah Power Resources.