Aku kembali di Lorong Hitam Itu!
Lorong hitam telah wujud sekian lama. Lorong yang dicela masyarakat. Di sepanjang lorong gelap itu, terjana industri ‘jual tubuh manusia’ yang merupakan antara pekerjaan yang terawal dalam sejarah ketamadunan manusia.
Setelah sekian lama, lorong gelap itu masih begitu… bezanya, dulu kita panggil mereka pelacur, kini – pekerja seks!
Katalah apa sahaja, mereka di lorong gelap ini tidak akan menafikan hakikat bahawa perkejaan mereka ini adalah pekerjaan yang kotor lagi menjijikkan. Namun itulah warna kehidupan yang sangat sukar untuk dimengertikan.
Aku pula tidaklah terlalu janggal untuk merada disini. Di lorong gelap di tengah kemeriahan dan warna-warni Kuala Lumpur. Bertegur sapa dengan mereka dan kadang-kadang mendengar cerita derita mereka adalah antara khidmat aku di lorong gelap ini. Memang aku agak dikenali oleh pekerja seks di Lorong Haji Taib. Sukar untuk menasihati mereka, namun kehadiran aku disana membawa mesej bahawa mereka tahu bahawa mereka masih dilayan seperti seorang manusia.
Agak lama juga aku tidak bertemu mereka. Selepas “tsunami” Kisah Ina: Balada Gadis HIV, aku gagal untuk memberi kemaafan kepada mereka yang hanya bertopengkan kemanusiaan tetapi binatang di belakang. Baru-baru ini aku kembali ke lorong itu…
Tak banyak perubahan yang berlangsung disini. Hanya suara kakak Afidah, seorang NGO di kawasan ini mengbangkit rasa kasihan, “Syirfan, 2 orang kakak awak meninggal HIV baru-baru ini…”
Berpusing-pusing di lorong gelap itu sambil menghulur bungkusan makanan pada mereka cukup menginsafkan aku. Hidup ini terlalu sukar untuk diduga. Salah satu langkah, derita sepanjang hidup…
Sudah lama juga aku terlibat dengan aktiviti NGO di kawasan ini. Pada mulanya ia melibatkan tugasan kerja. Kini ia bertukar menjadi tanggungjawab sosial.
Minggu ini aku ada tugasan besar. Satu tugasan untuk membawa cahaya baru di Lorong Hitam itu…
^ Ada sesiapa berminat untuk terlibat sama?
Oktober 26, 2009 pada 9:59 am
sumbangan yg murni syirfan..teruskan
Zana,
Nani join sekali yer…
Oktober 27, 2009 pada 8:09 am
nak ikut lehhhhhh
bro, jom. Kali ni bawa PM kita turunlah bro. pasti gempak!
Oktober 27, 2009 pada 2:26 pm
Mereka juga insan seperti kita. Bezanya kehidupan kita lebih baik daripada mereka yang tersilap langkah ini seperti kenyataan saudara, “salah satu langkah, derita sepanjang hidup…” Tetapi tidaklah wajar khalayak terus melemparkan penghinaan kepada mereka kerana mereka juga punya perasaan.
Usaha saudara mendekati mereka dilihat sebagai suatu pendekatan untuk mengetahui dan memahami masalah yang membelenggu kehidupan mereka. Mungkin apabila menyebut perkataan “mereka” khalayak di luar sana tidak merasa dekat apatahlagi cuba menyelami hati insan ini. Tetapi cuba bayangkan sekiranya, “mereka” itu terdiri daripada keluarga kita sendiri (mungkin anak, adik-beradik, ibu atau sesiapa sahaja yang terdekat). Apakah kita akan membiarkan mereka terus menjadi penghuni setia Lorong Hitam itu?
Tidak ada kesudahannya dengan hanya melemparkan tanggapan atau persepsi negatif terhadap mereka. Apa yang paling utama adalah mencari jalan/ usaha ke arah menanganinya. Walaupun agak mustahil untuk membendung sepenuhnya, tetapi usaha pihak yang prihatin mampu mengurangkan kadar mereka yang terlibat dengan masalah sosial tersebut.
Menyampaikan pengajaran kepada khalayak bukan hanya dengan memaparkan nilai positif dalam sesebuh penceritaan. Hal demikian kerana, khalayak juga dapat membuat penilaian berdasarkan nilai negatif untuk dijadikan pengajaran atau iktibar dalam kehidupan. Moga paparan kisah, “Aku kembali di Lorong Hitam itu!” dapat membuka mata masyarakat di luar sana betapa ianya adalah satu tanggungjawab sosial yang besar serta perlu ditangani bersama.
Moga usaha saudara dan pihak2 yang prihatin mampu membawa sinar baru di Lorong Hitam itu…
Saudari,
Terima kasih atas keperihatinan. Moga segala usaha kita diberkati…
Oktober 27, 2009 pada 5:15 pm
penuh inspirasi postingnya, very nice. salam perkenalan dari saya di seberang
cik ruanghati berbagi…
Terima kasih. Moga terbina bersabahatan merentasi lautan…