Rosli Dhoby muncul di Singapura!

Dalam kerunsingan hati saya yang kian berdebar dek Suatu Ketika – Puteri Gunung Ledang dan Suatu Ketika – Sybil Karthigesu yang kian menghimpit masa, SMS yang saya terima awal pagi tadi membuat saya tersentuh dan pastinya tersenyum puas.
Tidak ada ayat yang mampu merakam rasa itu. Semua wajah yang pernah hadir untuk merealisasikan Suatu Ketika – Rosli Dhoby terbayang di mata. Terima kasih semua kerana sudi berkongsi susah dan lelah. Rasanya apa yang kita dapat hari ini cukup untuk membalas segala kesusahan itu.
Saya secara peribadi ingin berkongsi rasa gembira ini apabila Suatu Ketika – Rosli Dhoby di pilih menjadi finalis Asian Televisyen Award 2009 (ATA 2009) untuk kategori Best Cross- Platform Content. Suatu Ketika – Rosli Dhoby akan bersaing dengan BitWorld-Two Rooms: The Past and Present (NHK Japan), Live & Loaded (Mediacorp, Singapura) , As The Bell Rings (The Walt Disney, Singapura) , Hip Korea – Rain ( Discovery Asia, Singapura) dan First Class (mediacorp, Singapura).
Turut berkongsi gembira itu pastinya Drama – Warkah Terakhir yang turut menjadi finalis Best Drama Series.
ATA 2009 akan berlangsung di Singapura pada 3 Disember ini. Menang atau tidak sudah tidak menjadi keutamaan saya ketika ini. Saya hanya mahu merasai rasa ini… Rasa yang mustahil saya impikan pada tika pertama treatment yang saya siapkan untuk Rosli Dhoby ditolak!
Sekadar terfikir jika karya ini menang di Singapura, ia pasti satu yang agak unik… Adalah kita semua lupa bahawa Rosli Dhoby digantung hingga mati oleh seorang sang algojo yang dibawa khas dari Singapura!
Maklumat lanjut tentang ATA 2009 boleh diperolehi di sini.
November 12, 2009 pada 5:08 pm
GOOD work, welldone….
November 12, 2009 pada 9:28 pm
hwaa hebat syirfan! setiap hasil kerja keras pastilah dihargai dimanapun itu.. selamat untukmu dan teman-teman
November 22, 2009 pada 2:50 pm
3 Disember…..tarikh yg sama dalam tahun 1949. Duncan George Stewart ditikam oleh RD dengan sebilah badik di Sibu. Adakah 3 Disember 2009, tarikh kemenangan buat kita semua…esp to Saudara Syirfan. InsyaAllah, kita berjaya.
November 22, 2009 pada 2:54 pm
Duncan G. Stewart mati pada 10 Disember 1949 di Singapura. RD akan menakluki Singapura pada 3 Disember 2009 ??? Ada persamaan dgn tarikh 3 Disember ???