Arkib untuk April, 2008

MENCARI ZULKARNAIN – HARI KEDUA

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on April 28, 2008 by syirfan

Hari kedua

Awal pagi bersarapan di hotel. Berhati-hati juga untuk memilih makanan. Maklumlah… Kemudian sempat berjalan-jalan sekitar Athens sebelum menunggu Alexandros tiba.

Athens dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanya peradaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abad ke-5 SM dan ke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu.

Athens  ialah ibu kota serta bandar raya terbesar Greece dan kononya tempat asal demokrasi. Athens diambil nama sempena dewi Athena. Ia juga dilabelkan sebagai  salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun.

Athens merupakan sebuah negara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal. Disinilah tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle.

Warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno.

Yang termasyhur pastinya bangunan Parthenon di atas Acropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat. Athens ialah tuan rumah untuk Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896 dan sekali lagi pada tahun 2004.

Letih juga berputar-putar. Tidak lama kemudian, Alexandros tiba dengan gayanya Alexandernya.  Alexadros, seorang pemain muzik di Greece.

Kemudian bersama Alexandos ke travel agent untuk mnyelesaikan beberapa hal lain. Yang penting adalah urusan ke Thesaloniki. Sekadar cacatan, Thesaloniki adalah kawasan asal bermulanya empayar Mecadonia dan disitulah Alexander lahir. Kami akan kesana nanti dengan kenderaan darat.

Usai di travel agent, terus Acropolis. Sayangnya sudah terlambat. Acropolis ditutup jam 5.30 petang. Dalam tempoh setengah jam mustahil kami berjaya menguasai Acropolis. Akhirnya mengambil keputusan untuk hadir di hari yang lain.

Bertuahnya kami bila gagal naik ke Acropolis adalah kami terjumpa Hotel Erecthion yang sangat menarik. Manakan tidak, dari pintu bilik, Acropolis jelas kelihatan. Dengan kesejukan dan kesayuan mengingati keluarga, Acropolis sememangnya menakjubkan.

Satu lagi yang menarik tentang hotel ini selain harganya yang murah. (murah didefinasikan dalam euro. Kalau dalam RM masih mahal sebenarnya. Tapi ini hotel paling murah yang berjaya dijumpai), ialah perkataan Erecthion. Sekadar berjenaka dengan kawan-kawan bahawa dari Erecthion terhasilnya perkataan eraksi. Ingatkan jenaka, rupanya betul!!! Bagaimana ia terjadi, panjang sejarahnya. Ada masa nanti, bolehlah bercerita.

Petang itu kami habiskan masa bersama Alexandros di Brahakia, café mengadap Acropolis. Disinilah kami berkenalan dengan “sardanas”. Sardanas adalah ikan sardine yang dimasak degan cara membakarnya. Sedap sungguh!. Berjanji untuk menjamahnya lagi.

Bersama Alexandros, kami mula memahami Alexander. Tokoh yang hidup benar dalam diri Alexandros. Panjang bangga dan resahnya. Aku hanya cuba memahami latar pemikirannya. Alexandros dia memang hebat. Adakah kerana dia membesar dengan semangat Alexander.

Banyak masa lagi untuk aku cuba memahami mamat Greece ini. Dalam dia sibuk bercerita, latar otaknya telah jauh terbang dan menyelusup ke sebuah rumah di serdang selangor. Sempat  menyanyi lagu rindu pada isteri dan anak-anak. ..

Petang itu kami bertuah bila dikunjungi oleh Datuk Prof. Thomas, Konsulat Kehormat Malaysia Di Greece. Bertuah betul bila dikunjungi konsulat di hotel. Orangnya sangat kelakar. Riuh tawa dengan jenaka greecenya. Beliau juga berpengetahuan tentang Alexander.

Malam, kami ke cefe yang dicadangkan oleh Datuk. Ikut sahaja…

Dalam kegembiraan memerhati masyarakat Greece di café ini, kami dihidangkan dengan Cappocino. Tahu apa itu cappocino? Peh.. bila tahu cappocino tu sejenis arak, Akmal dan Farez muntah di tandas. Nasib baik aku tak terminum lagi… selamat. Hahaha. Tapi sepanjang malam kami ketawakan aksi-aksi muntah Akmal dan Farez.

Malam larut. Sejuk beku. Kami berempat jauh merenung Acropolis…

 

Hotel Arecthion – 3 pagi

Advertisements

MENCARI ZULKARNAIN – HARI PERTAMA

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on April 28, 2008 by syirfan

Hari pertama

Seawal 1 pagi, 17 april aku dah terpacak di KLIA menunggu penerbangan QR628 – Qatar Airways ke Athens, Greece. 3.30 pagi, aku bersama 3 orang teman Akmal, Zamani dan Farez terbang dalam kedinginan pagi.

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih Pauline, Syahril dan Daisy yang sudi menghantar kami hingga ke pintu terakhir…

Kembara ini bermula dalam usaha merealisasiskan dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain. Asasnya mudah, siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran. Yang pasti, Al-quran tidak menyebut perkatan Alexander ataupun Iskandar… lantas… siapa Zulkarnain. Adakah Alaxander? Atau ….?

Satu premis yang perlu diingati dan diakui ialah Alexander The Great adalah Iskandar Zukarnain. Untuk mencari jawapan itu, Greece adalah salah satu lokasi penting kerana disinilah tokoh bernama Alexander lahir dan mula membina empayarnya. Pencarian di Greece pasti membuka asas sejarah kepada pencarian Zulkarnain: tokoh yang menjelajahi dunia dari Masyriq hingga maghrib (barat hingga timur). Athens adalah lokasi pertama kami.

Selepas 7 jam 35 minit sesak dalam penerbangan, kapal transit sebentar ke Doha, Qatar (6 pagi waktu tempatan) . Lapangan terbangnya yang masih dalam pembinaan.  Sangat hebat.  Hampir seluas Subang ke Shah Alam. Sempat merasa ketidak mesraan masyarakat di sebelah sana.

 

 

 

 

 

 

 

Namun, dari 38000 kaki dari aras lalu, jelas padang pasir tak bertepi itu sudah berwarna dengan bangunan-bangunan mega. Satu yang akan unik bila padang pasir berubah menjadi kota impian…

Bila memahami jiwa penjajah pada masa itu, padang pasir adalah padang mainan. Padang yang membawa impian jadi kenyataan, dan kenyataan itu menjadi sejarah. Bagaimana agaknya kembara Zulkarnain atau Alexander yang terkenal itu…

8 pagi waktu doha, penyambung perjalan ke kota purba, Athens. Perjalanan sepatutnya 4 jam 35 minit bertukar panjang. Bertambah kecewa bila mendapat tahu kapal yang mendarat sudah mendarat di laluan yang salah… ARGGGGGHHHH!

2.40 petang waktu Greece kami keluar dari terminal yang menyakitkan hati. Sudahlah beratur panjang di imegresen, passport diserahkan dengan cara membaling… apa nie? Ungkapan: Greece, pusat dimana tamadun bermula mungkin harus ditimbang tara semula.

Greece berada dalam lingkungan Eropah, Asia dan Afrika. Disini warisan Greece kuno, Rom Byzantine empayar dan Ottoman pernah mencipta nama. Greece asasnya adalah Hellenic republic. Negara eropah ini terletak di sebelah selatan Balkan dan bersempadan dengan Albania, Mecedonia (atau Yugoslavakia lama), Bulgaia dan Turkey. Aegean Sea terletak disebelah timur dan selatan manakala Ionian Sea terhampar di sebelah barat. Semua ini terletak dalam lautan Mediterranean yang terkenal dengan kehadiran pulau-pulau yang indah.

 

 

 

 

 

 

 

Greece dikenali sebagai tempat lahirnya demokrasi, falsafah barat, sukan Olimpik, kesusasteraan barat, sejarah, politik sains, asas matematik dan pastinya drama tragedy dan komedi.

Disambut oleh seorang memandu teksi yang sangat bangga bercerita tentang negaranya. (Alexandros yang sepatutnya menjemput kami agak sibuk hari ini). Antara persoalan yang bermain dari hati pemandu ini adalah: adakah Olimpik yang akan datang ini akan berjaya?

Persoalan jujur dari rakyat Greece. Manakan tidak, Olimpik bermula di sini!!

Terus ke Dorrain Inn Hotel. Hotel 3 bintang mungkin. Terletak di tengah-tengah jantung Athens. Pusat budaya dan, sosial masyarakat. Terus merayau-rayau di tengah kota dengan peta d tangan.

Greece adalah negara maju. Menjadi anggota Kesatuan eropah pada 1981, Nato pada 1952, dan Economic and Monetary Union of the European Union pada 2001.  Athens adalah ibu negeri.

 

 

 

 

 

 

 

Sempat menjengah Plaka, pusat membeli belah yang terkenal. Sungguh hebat. Hampir apa sahaja yang menjadi igauan ada di sini. Berminat untuk membeli satu set chess yang berbuahkan tentera Alexander. Hanya harganya agak tinggi kerana di sini Euro yang berkuasa. Mungkin bila hendak pulang nanti sempat membeli beberapa cenderahati untuk keluarga dan teman2. Semuanya bergantung pada budget yang ada.

Dari Plaka, Acropolis jelas kelihatan. Binaan kota diatas bukit sangat mengkagumkan. Disinilah bukti kehadiran empayar yang melibatkan Alexander dan bapanya, Phillip tercipta. Hanya mampu memandang dari jauh. Nanti aku akan tiba disana.

 

 

 

 

 

 

 

Sempat makan kebab 8 Euro. Sekitar rm 40. Mahal oooo!!!

Terus meneroka bandar Athens dengan peta.

 

 

 

 

 

 

 

Sempat ke parlimen dan  Stadium Olimpik Moden Pertama. Di sana sempat memahami bahawa lane untuk balapan bermula dengan hanya dengan 6 lane sahaja. Stadium ini dijaga dengan baik. pengunjung hanya boleh melihat stadium ini dari luar sahaja.

 Sempat ke Kuil Amon tapi sayangnya terlewat. Kuil Amon telah ditutup jam 5 petang. 

 

 

 

 

 

 

 

Ke Athens National Park. Sempat mencuri memetik limau disana.. heheh

 

 

 

 

 

 

 

Sempat juga menyaksikan kejohanan Tenis : Athens Open 2008. Rezeki baik bila dihadiahkan 2 topi kejohanan dari pihak penganjur.

Malam terus beku di Athens. Berbekalkan peta bersama keyakinan teman-teman, kota Athens yang bersejarah itu diterokai isi budinya. Sempat bertemu dengan Moses, seorang penyanyi jalanan. Berbangsa yahudi dan sangat hebat menyanyi dengan lagu anti kepada Amerikanya.

Plaka sememangnya sangat istimewa.  Jika hadir ke Athens, Plaka adalah lokasi pilihan.

Sejauhmana pun kita meneroka tanah ini, Alexander, Phillip dan keagungan kerajaan Mecadonia memang tidak boleh dinafikan. Mungkin esok, kami akan akan terakam cerita yang istimewa.

Untuk itu, selamat malam Athens…semalam malam tanah air ku… selamat malam semua yang tersayang (di perantauan baru sedar nikmatnya mengucapkan selamat malam).

1.30 pagi- Dorrian Inn Hotel, Athens

Kembara mencari “Zulkarnain” bermula…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on April 16, 2008 by syirfan

Perbalahan adakah “Iskandar Zulkarnain” sama atau tidak dengan “Alexander The Great” telah menjadi perbalahan yang tabu dalam masyarakat melayu khasnya yang beragama Islam. isu ini dibincangkan sekian lama tanpa membawa satu pun jawapan yang konkrit apatah lagi memuaskan.

Untuk pertama kali, saya sangat bersyukur diberi ruang dan peluang oleh FM Production Sdn. Bhd. untuk berusaha menerbitkan sebuah dokumentari mega yang cuba membuka satu lagi persepsi baru pada masyarakat dunia.

“Alexander bukan Zulkarnain” bakal muncul dalam pasaran antarabangsa sebagai satu lagi dokumentari yang memberi tafsiran tentang siapa alexander dan siapa zulkarnain.

Perlu diingat, bahawa Al-Quran yang menyebut nama “Zulkarnain” sebagai penguasa yang menguasai barat dan timur serta beragama Islam. Jika kita telusuri sejarah Alexander The Great, adakah dia layak mendapat penghormatan yang tinggi dalam Islam.

Adakah wujud penguasa Islam lain yang yang sebenarnya dirujuk sebagai “Zulkarnain” di dalam Al-Quran? Adakah barat telah menyembunyikan fakta yang mungkin akan mepertikaian sejarah eropah yang berat sebelah? Adakah “Cyrus The Great” dan “King Himyar” itu sebenarnya Zulkarnain yang telah menguasi barat dan timur?

Semuanya bakal terjawap tidak lama lagi. Kali ini dari kita, masyarakat islam sebelah timur.

Sebentar lagi, sekitar jam 3 pagi saya dan beberapa orang sahabat akan terbang ke eropah dalam rangka kerja untuk mencari asas kepada perbalahan yang telah menjadi “sejarah yang kelabu”. Penerbangan ke Greece-Athens sebentar lagi bagi saya merujuk kepada usaha mentafsir sejarah. Moga sejarah kali ini memihak kepada kita.

Diharap semua yang membaca blog ini akan mendoakan kejayaan projek ini. Saya akan sentiasa mengemaskini blog ini berasaskan perjalanan panjang ini. mungki banyak yang boleh kita belajar bersama. belajar dari sejarah… Harap sama menumpang budi dan ilmu…

sekian buat kali ini. ketemu nanti di Athens…

 

14 April dalam sejarah

Posted in Buah Fikiran on April 14, 2008 by syirfan

Sekadar kenangan… yang besar belum tentu kuat, yang kecil belum tentu lemah… .

14 April 1912, Kapal wap penumpang terbesar didunia pada masa itu tenggelam dalam pelayaran pertamanya. RMS Titanic berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin

RMS Titanic merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff. Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini.

Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal hingga kini.

Hari Ini Dalam Sejarah…14 April 1912, RMS Titanic tenggelam.

Kebuluran, Stalin dan sejarah

Posted in Buah Fikiran on April 12, 2008 by syirfan

Darurat makanan. Itulah senario yang sedang berlaku secara mendadak dan mencetuskan inflasi di sekurang-kurangnya di 33 negara. Senario dimana harga makanan meningkat dua kali ganda dijangka akan meningkatkan kadar kemiskinan global sebanyak 3-5 peratus.

Bila manusia mula berbunuhan untuk mencari makanan, krisis lain akan mula menular. Secara perlahan-lahan kebencian kepada sistem akan menapak dan akhirnya, sistem dilanggar demi sesuap nasi.

Namun sedarkah kita, kebuluran yang paling ketara dalam sejarah dan membawa kepada kematian berjuta-juta manusia adalah kebuluran yang berlaku antara tahun 1932 hingga 1934 di Kesatuan Republik Sosialis Soviet, USSR.

Mentor kepada bencana ini ialah Joseph Stalin merupakan seorang diktator yang memerintah Kesatuan Republik Sosialis Soviet daripada zaman 1920-an hingga kematiannya pada 1953.

kempen yang digelar “Great Purge” yang bertujuan memperkasakan pemerintahan beliau telah membawa beliau untuk memberi peruntukan yang tinggi kepada kempen ketenteraan dan pemerintahan. Tanpa budget untuk pertanian dan bahan konsumer, membawa USSR kepada krisis kebuluran yang maksimum.

Kerana kebuluran inilah juga yang membawa kepada kematiannya. Dia dikatakan mati dibunuh oleh pasukan rahsia. Walaupun era USSR telah berakhir, namun derita itu masih berperkatakan dari generasi ke generasi…

Persoalan, mengapa krisis makanan dan kebuluran ini kembali berulang? Adakah kita tidak belajar dari sejarah penderitaan di USSR ini?

Olimpik dan warnanya…

Posted in Buah Fikiran on April 12, 2008 by syirfan

Membawa warna-warna ceria untuk OLIMPIK  tidaklah semudah seperti yang disangka. Mungkin inilah yang cuba dibuktikan oleh Republik Rakyat China selepas Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 JUlai 2001.

Pelbagai isu mula timbul sejak China menawarkan diri sebagai tuan rumah.  Kesuraman upacara penyalaan obor Olimpik di Greece pada 4 Mac 2008 boleh ajdi bukti. Larian obor pula diselangi oleh protes dan ancaman jelas kelihatan bila semua mula membilang hari untuk ke Beijing.

Baru-baru ini Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao, membincangkan mengenai persiapan Sukan Olimpik, yang kini dibayangi oleh protes terhadap rekod hak asasi manusia China.

China menerima kritikan dari warga seluruh dunia terutamanya pertubuhan hak asasi manusia atas isu-isu seperti kemerdekaan Tibet dan pencabulan hak asasi manusia. Terdapat juga pihak yang membidas China atas sokongan kerajaan China kepada kerajaan Sudan yang gagal menyelesaikan konflik Darfur.

Pihak-pihak penyokong kemerdekaan Tibet, seperti Students for a Free Tibet, telah melancarkan kempen secara jelas membantah Sukan Olimpik Beijing 2008. Aktivis kebebasan pula bersuara juga memujuk kerajaan China supaya melonggarkan penyekatan mereka terhadap media massa.

 Sukan Olimpik 2008 akan diadakan pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. bermula tepat pada jam 08:08:08 malam di Stadium Nasional Beijing, Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

 Boikot dan bantahan pernah dijalankan pada Sukan Olimpik sebelumnya oleh kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan, aktivis, dan kumpulan politik yang berasa tidak puas hati dengan negara tuan rumah atau negara peserta lain. Adakalanya, kegiatan mereka ini disokong oleh negara ahli, seperti pada Sukan Olimpik 1976, 1980 dan 1984.

 Sungguhpun tiada satu negara yang meluahkan kesanggupan memulaukan sukan 2008, pihak perisikan China sedang mengawasi kegiatan orang asing yang disyaki merancang demonstrasi ketika Sukan Olimpik berlangsung.

 Isu yang paling kritikal bagi kalangan atlet adalah isu pencemaran alam. Beijing merupakan antara bandar raya besar yang terkotor di dunia dari segi kualiti udara. Pencemaran udara berada di tahap 2 hingga 3 kali lebih teruk daripada tahap yang dikira selamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kualiti udara Beijing yang rendah mungkin menurunkan prestasi para atlet, terutamanya yang mengambil bahagian dalam acara luar (outdoor).

 Selain menerima kecaman dari luar, China juga diserang oleh protes penduduk tempatan. Ini berlaku apabila penduduk tempatan dilarang menggunakan tandas gelanggang atau stadium Olimpik. Hal ini kerana kerajaan bimbang bahawa isu amalan kebersihan orang tempatan akan memalukan pihak penganjur dan menurunkan imej Olimpik Beijing. Penduduk tempatan yang menggunakan tandas di stadium Beijing akan didenda 100 hingga 500 yuan.

 China sedang berdepan cabaran besar untuk memastikan Olimpik kali ini tidak berwarna merah darah, tetapi berwarna ceria sesuai dengan semangat kesukanan. Mungkin kesukaran kerajaan China sama sukarnya dengan kerajaan Malaysia yang lelah mencari warna emas pertama Olimpik.

 

p/s: sewaktu kisah ini ditulis, skuad hoki malaysia baru saja gagal melayakkan diri ke Olimpik.

 

 

Cerita seorang pengembara yang mencari “sempurna”

Posted in Buah Fikiran on April 11, 2008 by syirfan

Sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh seorang guru…

Dia seorang tua. Seorang pengembara. Mengembara dari satu kabilah ke satu kabilah, dari satu daerah ke satu daerah… temannya, hanyalah seekor gagak. Berterbangan di angkasa bagaikan saksi kepada sebuah pengembaraan.

Suatu masa, dipertemukan dia dengan sebuah kampung yang yang lapang. Sayup mata memandang. Setelah mendapat izin dari ketua kampung, si pengembara pun membina sebuah pondok kecil di hujung kampung. Si gagak pula mula membina sarang di pohon yang tinggi.

Si pengembara kemudiannya mencari benih rambutan yang terbaik di kampung itu. Kerana pengetahuannya yang luas sepanjang kembara, pengembara tua telah mengkacukkan dua jenis rambutan yang terbaik. Baginya, jika dua jenis rambutan ini bergabung, pastinya buahnya akan menjadi yang terbaik.

Selepas benih itu ditanam, bermulalah tugasannya menjaga benih rambutan itu. Dari benih kecil, bertunas dan akhirnya menjadi pohon rambutan kecil. Si gagak keliru.

Si pengembara mula mencari mencari batang buluh. Diraciknya buluh-buluh itu menjadi pagar untuk si pohon rambutan kecil. Walaupun jarinya luka sewaktu meracik buluh, dia masih tersenyum. Si gagak pula memandang kian keliru.

Bagi mengelakkan si kambing menjamah pohon rambutan yang berdaun ranum itu, si pengembara mula duduk di sisi pohon rambutan siang dan malam. Si gagak pula sudah berteman.

Tahun demi tahun, pohon rambutan itu membesar dengan baik. Tidak lama kemudian, rambutan itu berbunga. giranglah hati sipengembara. Dijaganya dengan baik pohon itu, lengkap air siraman dan bajanya.

Dari benih rambutan sudak berputik dan kemudian menghasilkan buah rambutan yang cukup merah. rasanya buah itu akan cukup manis dan sangat istimewa. Gagak gembira kerana pada masa itulah anaknya mula menetas.

dan… pada saat itulah mengembara itu pergi meneruskan kembaranya tanpa menjamah sebiji pun buah rambutan itu!!! kali ini tidak berteman lagi dengan si gagak…

sekian… jumpa sempurnanya?