Olimpik dan warnanya…

Membawa warna-warna ceria untuk OLIMPIK  tidaklah semudah seperti yang disangka. Mungkin inilah yang cuba dibuktikan oleh Republik Rakyat China selepas Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 JUlai 2001.

Pelbagai isu mula timbul sejak China menawarkan diri sebagai tuan rumah.  Kesuraman upacara penyalaan obor Olimpik di Greece pada 4 Mac 2008 boleh ajdi bukti. Larian obor pula diselangi oleh protes dan ancaman jelas kelihatan bila semua mula membilang hari untuk ke Beijing.

Baru-baru ini Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Jacques Rogge mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao, membincangkan mengenai persiapan Sukan Olimpik, yang kini dibayangi oleh protes terhadap rekod hak asasi manusia China.

China menerima kritikan dari warga seluruh dunia terutamanya pertubuhan hak asasi manusia atas isu-isu seperti kemerdekaan Tibet dan pencabulan hak asasi manusia. Terdapat juga pihak yang membidas China atas sokongan kerajaan China kepada kerajaan Sudan yang gagal menyelesaikan konflik Darfur.

Pihak-pihak penyokong kemerdekaan Tibet, seperti Students for a Free Tibet, telah melancarkan kempen secara jelas membantah Sukan Olimpik Beijing 2008. Aktivis kebebasan pula bersuara juga memujuk kerajaan China supaya melonggarkan penyekatan mereka terhadap media massa.

 Sukan Olimpik 2008 akan diadakan pada 8 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. bermula tepat pada jam 08:08:08 malam di Stadium Nasional Beijing, Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo 1964 dan Seoul 1988.

 Boikot dan bantahan pernah dijalankan pada Sukan Olimpik sebelumnya oleh kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan, aktivis, dan kumpulan politik yang berasa tidak puas hati dengan negara tuan rumah atau negara peserta lain. Adakalanya, kegiatan mereka ini disokong oleh negara ahli, seperti pada Sukan Olimpik 1976, 1980 dan 1984.

 Sungguhpun tiada satu negara yang meluahkan kesanggupan memulaukan sukan 2008, pihak perisikan China sedang mengawasi kegiatan orang asing yang disyaki merancang demonstrasi ketika Sukan Olimpik berlangsung.

 Isu yang paling kritikal bagi kalangan atlet adalah isu pencemaran alam. Beijing merupakan antara bandar raya besar yang terkotor di dunia dari segi kualiti udara. Pencemaran udara berada di tahap 2 hingga 3 kali lebih teruk daripada tahap yang dikira selamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kualiti udara Beijing yang rendah mungkin menurunkan prestasi para atlet, terutamanya yang mengambil bahagian dalam acara luar (outdoor).

 Selain menerima kecaman dari luar, China juga diserang oleh protes penduduk tempatan. Ini berlaku apabila penduduk tempatan dilarang menggunakan tandas gelanggang atau stadium Olimpik. Hal ini kerana kerajaan bimbang bahawa isu amalan kebersihan orang tempatan akan memalukan pihak penganjur dan menurunkan imej Olimpik Beijing. Penduduk tempatan yang menggunakan tandas di stadium Beijing akan didenda 100 hingga 500 yuan.

 China sedang berdepan cabaran besar untuk memastikan Olimpik kali ini tidak berwarna merah darah, tetapi berwarna ceria sesuai dengan semangat kesukanan. Mungkin kesukaran kerajaan China sama sukarnya dengan kerajaan Malaysia yang lelah mencari warna emas pertama Olimpik.

 

p/s: sewaktu kisah ini ditulis, skuad hoki malaysia baru saja gagal melayakkan diri ke Olimpik.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: