MENCARI ZULKARNAIN – HARI PERTAMA

Hari pertama

Seawal 1 pagi, 17 april aku dah terpacak di KLIA menunggu penerbangan QR628 – Qatar Airways ke Athens, Greece. 3.30 pagi, aku bersama 3 orang teman Akmal, Zamani dan Farez terbang dalam kedinginan pagi.

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih Pauline, Syahril dan Daisy yang sudi menghantar kami hingga ke pintu terakhir…

Kembara ini bermula dalam usaha merealisasiskan dokumentari Alexander Bukan Zulkarnain. Asasnya mudah, siapakah Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Quran. Yang pasti, Al-quran tidak menyebut perkatan Alexander ataupun Iskandar… lantas… siapa Zulkarnain. Adakah Alaxander? Atau ….?

Satu premis yang perlu diingati dan diakui ialah Alexander The Great adalah Iskandar Zukarnain. Untuk mencari jawapan itu, Greece adalah salah satu lokasi penting kerana disinilah tokoh bernama Alexander lahir dan mula membina empayarnya. Pencarian di Greece pasti membuka asas sejarah kepada pencarian Zulkarnain: tokoh yang menjelajahi dunia dari Masyriq hingga maghrib (barat hingga timur). Athens adalah lokasi pertama kami.

Selepas 7 jam 35 minit sesak dalam penerbangan, kapal transit sebentar ke Doha, Qatar (6 pagi waktu tempatan) . Lapangan terbangnya yang masih dalam pembinaan.  Sangat hebat.  Hampir seluas Subang ke Shah Alam. Sempat merasa ketidak mesraan masyarakat di sebelah sana.

 

 

 

 

 

 

 

Namun, dari 38000 kaki dari aras lalu, jelas padang pasir tak bertepi itu sudah berwarna dengan bangunan-bangunan mega. Satu yang akan unik bila padang pasir berubah menjadi kota impian…

Bila memahami jiwa penjajah pada masa itu, padang pasir adalah padang mainan. Padang yang membawa impian jadi kenyataan, dan kenyataan itu menjadi sejarah. Bagaimana agaknya kembara Zulkarnain atau Alexander yang terkenal itu…

8 pagi waktu doha, penyambung perjalan ke kota purba, Athens. Perjalanan sepatutnya 4 jam 35 minit bertukar panjang. Bertambah kecewa bila mendapat tahu kapal yang mendarat sudah mendarat di laluan yang salah… ARGGGGGHHHH!

2.40 petang waktu Greece kami keluar dari terminal yang menyakitkan hati. Sudahlah beratur panjang di imegresen, passport diserahkan dengan cara membaling… apa nie? Ungkapan: Greece, pusat dimana tamadun bermula mungkin harus ditimbang tara semula.

Greece berada dalam lingkungan Eropah, Asia dan Afrika. Disini warisan Greece kuno, Rom Byzantine empayar dan Ottoman pernah mencipta nama. Greece asasnya adalah Hellenic republic. Negara eropah ini terletak di sebelah selatan Balkan dan bersempadan dengan Albania, Mecedonia (atau Yugoslavakia lama), Bulgaia dan Turkey. Aegean Sea terletak disebelah timur dan selatan manakala Ionian Sea terhampar di sebelah barat. Semua ini terletak dalam lautan Mediterranean yang terkenal dengan kehadiran pulau-pulau yang indah.

 

 

 

 

 

 

 

Greece dikenali sebagai tempat lahirnya demokrasi, falsafah barat, sukan Olimpik, kesusasteraan barat, sejarah, politik sains, asas matematik dan pastinya drama tragedy dan komedi.

Disambut oleh seorang memandu teksi yang sangat bangga bercerita tentang negaranya. (Alexandros yang sepatutnya menjemput kami agak sibuk hari ini). Antara persoalan yang bermain dari hati pemandu ini adalah: adakah Olimpik yang akan datang ini akan berjaya?

Persoalan jujur dari rakyat Greece. Manakan tidak, Olimpik bermula di sini!!

Terus ke Dorrain Inn Hotel. Hotel 3 bintang mungkin. Terletak di tengah-tengah jantung Athens. Pusat budaya dan, sosial masyarakat. Terus merayau-rayau di tengah kota dengan peta d tangan.

Greece adalah negara maju. Menjadi anggota Kesatuan eropah pada 1981, Nato pada 1952, dan Economic and Monetary Union of the European Union pada 2001.  Athens adalah ibu negeri.

 

 

 

 

 

 

 

Sempat menjengah Plaka, pusat membeli belah yang terkenal. Sungguh hebat. Hampir apa sahaja yang menjadi igauan ada di sini. Berminat untuk membeli satu set chess yang berbuahkan tentera Alexander. Hanya harganya agak tinggi kerana di sini Euro yang berkuasa. Mungkin bila hendak pulang nanti sempat membeli beberapa cenderahati untuk keluarga dan teman2. Semuanya bergantung pada budget yang ada.

Dari Plaka, Acropolis jelas kelihatan. Binaan kota diatas bukit sangat mengkagumkan. Disinilah bukti kehadiran empayar yang melibatkan Alexander dan bapanya, Phillip tercipta. Hanya mampu memandang dari jauh. Nanti aku akan tiba disana.

 

 

 

 

 

 

 

Sempat makan kebab 8 Euro. Sekitar rm 40. Mahal oooo!!!

Terus meneroka bandar Athens dengan peta.

 

 

 

 

 

 

 

Sempat ke parlimen dan  Stadium Olimpik Moden Pertama. Di sana sempat memahami bahawa lane untuk balapan bermula dengan hanya dengan 6 lane sahaja. Stadium ini dijaga dengan baik. pengunjung hanya boleh melihat stadium ini dari luar sahaja.

 Sempat ke Kuil Amon tapi sayangnya terlewat. Kuil Amon telah ditutup jam 5 petang. 

 

 

 

 

 

 

 

Ke Athens National Park. Sempat mencuri memetik limau disana.. heheh

 

 

 

 

 

 

 

Sempat juga menyaksikan kejohanan Tenis : Athens Open 2008. Rezeki baik bila dihadiahkan 2 topi kejohanan dari pihak penganjur.

Malam terus beku di Athens. Berbekalkan peta bersama keyakinan teman-teman, kota Athens yang bersejarah itu diterokai isi budinya. Sempat bertemu dengan Moses, seorang penyanyi jalanan. Berbangsa yahudi dan sangat hebat menyanyi dengan lagu anti kepada Amerikanya.

Plaka sememangnya sangat istimewa.  Jika hadir ke Athens, Plaka adalah lokasi pilihan.

Sejauhmana pun kita meneroka tanah ini, Alexander, Phillip dan keagungan kerajaan Mecadonia memang tidak boleh dinafikan. Mungkin esok, kami akan akan terakam cerita yang istimewa.

Untuk itu, selamat malam Athens…semalam malam tanah air ku… selamat malam semua yang tersayang (di perantauan baru sedar nikmatnya mengucapkan selamat malam).

1.30 pagi- Dorrian Inn Hotel, Athens

2 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN – HARI PERTAMA”

  1. gua jelesssssssssss brooooooooooo

  2. mommyTuah Says:

    waah… teruskan usaha..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: