MENCARI ZULKARNAIN – HARI KEDUA

Hari kedua

Awal pagi bersarapan di hotel. Berhati-hati juga untuk memilih makanan. Maklumlah… Kemudian sempat berjalan-jalan sekitar Athens sebelum menunggu Alexandros tiba.

Athens dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanya peradaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abad ke-5 SM dan ke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu.

Athens  ialah ibu kota serta bandar raya terbesar Greece dan kononya tempat asal demokrasi. Athens diambil nama sempena dewi Athena. Ia juga dilabelkan sebagai  salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun.

Athens merupakan sebuah negara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal. Disinilah tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle.

Warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno.

Yang termasyhur pastinya bangunan Parthenon di atas Acropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat. Athens ialah tuan rumah untuk Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896 dan sekali lagi pada tahun 2004.

Letih juga berputar-putar. Tidak lama kemudian, Alexandros tiba dengan gayanya Alexandernya.  Alexadros, seorang pemain muzik di Greece.

Kemudian bersama Alexandos ke travel agent untuk mnyelesaikan beberapa hal lain. Yang penting adalah urusan ke Thesaloniki. Sekadar cacatan, Thesaloniki adalah kawasan asal bermulanya empayar Mecadonia dan disitulah Alexander lahir. Kami akan kesana nanti dengan kenderaan darat.

Usai di travel agent, terus Acropolis. Sayangnya sudah terlambat. Acropolis ditutup jam 5.30 petang. Dalam tempoh setengah jam mustahil kami berjaya menguasai Acropolis. Akhirnya mengambil keputusan untuk hadir di hari yang lain.

Bertuahnya kami bila gagal naik ke Acropolis adalah kami terjumpa Hotel Erecthion yang sangat menarik. Manakan tidak, dari pintu bilik, Acropolis jelas kelihatan. Dengan kesejukan dan kesayuan mengingati keluarga, Acropolis sememangnya menakjubkan.

Satu lagi yang menarik tentang hotel ini selain harganya yang murah. (murah didefinasikan dalam euro. Kalau dalam RM masih mahal sebenarnya. Tapi ini hotel paling murah yang berjaya dijumpai), ialah perkataan Erecthion. Sekadar berjenaka dengan kawan-kawan bahawa dari Erecthion terhasilnya perkataan eraksi. Ingatkan jenaka, rupanya betul!!! Bagaimana ia terjadi, panjang sejarahnya. Ada masa nanti, bolehlah bercerita.

Petang itu kami habiskan masa bersama Alexandros di Brahakia, café mengadap Acropolis. Disinilah kami berkenalan dengan “sardanas”. Sardanas adalah ikan sardine yang dimasak degan cara membakarnya. Sedap sungguh!. Berjanji untuk menjamahnya lagi.

Bersama Alexandros, kami mula memahami Alexander. Tokoh yang hidup benar dalam diri Alexandros. Panjang bangga dan resahnya. Aku hanya cuba memahami latar pemikirannya. Alexandros dia memang hebat. Adakah kerana dia membesar dengan semangat Alexander.

Banyak masa lagi untuk aku cuba memahami mamat Greece ini. Dalam dia sibuk bercerita, latar otaknya telah jauh terbang dan menyelusup ke sebuah rumah di serdang selangor. Sempat  menyanyi lagu rindu pada isteri dan anak-anak. ..

Petang itu kami bertuah bila dikunjungi oleh Datuk Prof. Thomas, Konsulat Kehormat Malaysia Di Greece. Bertuah betul bila dikunjungi konsulat di hotel. Orangnya sangat kelakar. Riuh tawa dengan jenaka greecenya. Beliau juga berpengetahuan tentang Alexander.

Malam, kami ke cefe yang dicadangkan oleh Datuk. Ikut sahaja…

Dalam kegembiraan memerhati masyarakat Greece di café ini, kami dihidangkan dengan Cappocino. Tahu apa itu cappocino? Peh.. bila tahu cappocino tu sejenis arak, Akmal dan Farez muntah di tandas. Nasib baik aku tak terminum lagi… selamat. Hahaha. Tapi sepanjang malam kami ketawakan aksi-aksi muntah Akmal dan Farez.

Malam larut. Sejuk beku. Kami berempat jauh merenung Acropolis…

 

Hotel Arecthion – 3 pagi

2 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN – HARI KEDUA”

  1. letak ler banyak gambar..tak kisah le kureenggg hensom. kalu tak blog abg ni cam baca buku tesis jer.. hehe..mana leh cakap rindu kat wife dalam blog……

  2. Somehow i missed the point. Probably lost in translation🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Schnauzer!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: