Arkib untuk Mei, 2008

MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-6

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Mei 29, 2008 by syirfan

Awal-awal pagi kami sudah menjenguk Plaka. Pergi semula ke kedai menjual chess dengan tujuan untuk menukar chess set yang dibeli. Pastinya, yang lebih besar. Alasannya sebenarnya ialah, chess set itu ada “luka” sedikit pada buahnya.

Sempat lagi memberli sedikit barangan sebagai kenangan. Bergerak dan terus menghayati kraftangan dan budaya setempat.

Rata-rata barangan di sini sangat mahal. Bayangkan satu seruling kosong (yang tidak mempunyai ukiran: biasanya sekitar RM 10 di Indonesia) dijual dengan harga 55 Euro. Giler!!!!

Terus ke Travel agent mengutip resit pembayaran. Satu ingatan: jika pertama kali ke Athens, gunakan Travel Agent. Tapi sabarlah dengan harganya yang cukup mahal.

Alexandros tiba lewat seperti yang dijanjikan. Alasanya, trafik Athens sangat menyesakkan..

Terus berangkat ke Acropolis. Acropolis adalah bukit yang mana ianya terletak di Parthenon. “Acro” membawa maksud “tinggi” dan “polis” pula bermaksud “bandar raya”. Jika digabungkan ia diertikan sebagai “Bandar raya yang tinggi”. Acropolis juga merupakan salah satu tempat yang menarik di Athens dan ianya merujuk kehebatan rakyat Greece purba ketika itu dan sehingga kini. Ini adalah kerana warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan ianya digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno. Yang termasyhur ialah bangunan Parthenon di atas Acropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat.

Acropolis tidaklah jauh dari penginapan kami, masalahnya hanya Acropolis berada nun di puncak bukit. Satu lagi ingatan, jika hedak ke acropolis, pastikan memakai kasut yang sesuai. Marmar di sepanjang tangga dan lantai  acropolis sangat licin.

Acropolis dipercayai telah didiami sejak sekurang-kurangnya pada zaman abad ketujuh. Sepanjang tamadun Mycenaean dinding-dinding yang telah dibina juga terdapat bahan bukti bahawa terdapat sebuah istana Mycenaean di sini. Selain itu terdapat makam Cecrops yang menggambarkan kekuatan orang Athen yang berjaya menahan seekor ular dan melambangkan mereka raja yang pertama pada zaman itu. Terdapat juga kubur-kubur dan kuil-kuil di sekitar acropolis ini. Semuanya berkaitan dengan raja-raja, wira-wira dan dewa-dewa yang ada kena-mengena dengan Athen.

Terdapat monumen-monumen yang memberi kesan paling besar dalam senibina dan artistic di Athens yang dijaga oleh Antikuiti Yunani. Semua monumen ini membawa maksud yang universal serta memberi semangat klasik dalam ketamadunan di Greece kepada dunia.

Sangat mengasyikkan meneliti setiap monument dan cuba menghayati setiap falsafah yang tersirat. Alexandros sangat bagus dalam hal2 begini…

Bangunan terpenting di puncak ini ialah Parthenon. Parthenon adalah jenazah sebuah kuil untuk dewi Yunani Athena, dewi bagi penaung di bandar Athens Parthenon bermaksud kuil yang suci, untuk dua aspek dewi Yunani Athena, iaitu Athena Polios (“bandar raya”) dan Athena Parthenos (“yang paling muda”).

Ianya dibina dalam abad-447 dan ianya berlanjutan sehingga ke abad-438. Separuh daripada hiasan-hiasannya memang telah siap diukir di dinding kuil tersebut. Selain itu Parthenon telah dibina di atas tapak sebuah kuil yang terdahulu sebelumnya yang dipanggil Pre-Parthenon.

Di puncak ini, Athens menjadi sangat istimewa. Tak sangka, masa terlalu cepat berlalu. Para kurator meminta kami beredar kepada kawasan ini dibuka sehingga jam 5.30 petang sahaja. Walaubagaimana pun…Bro!.. gua dah sampai ke Acropolis.

 Malam itu kami bersama Alexandros dan Tita di Brahakia: menikmati sardanas… malam terakhir kami di Athens kami akhiri dengan mendendang cerita-cerita ceria sepanjang kami di sana. Tidak tahu bila akan kembali lahi menjenguk Acropolis.

Dalam kedinginan malam itu, kami yang berbaju t-shirt terketar-ketar ketawa mendengar celoteh Alexandros…

 

Advertisements

MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-5

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Mei 28, 2008 by syirfan

Hari ini bermula agak lewat. Maklumlah, selepas melalui perjalanan yang memenatkan, kami mulakan aktiviti hari ini sekitar jam 12 tengah hari. Itu pun selepas menikmati maggi kari berulam nasi impit. Sedapnya tak boleh dibayangkan.. yang lebih mengasyikan menikmati menu hari ini dengan menikmati Acropolis yang hujung pandangan.

Aktiviti bermula dengan mencari Kementarian Kebudayaan dan Warisan Greece. Selepas dibantu oleh pihak hotel, kami menaiki taxi ke lokasi. Tiba di sana, selepas kekeliruan dan salah faham kerana komunikasi inter bahasa dan budaya. Namun apa persoalan yang diungkit berjaya diungkai.

Terus berjalan-jalan sekitar bandar Athens mencari jalan balik ke hotel sambil mencari tempat makan. Akhirnya singgah saja di Mac Donald. Mac Donald Athens bro… harganya makanannya sekitar 7 euro satu set. Kira-kira RM 35. Nasib baik dapat merasa burger udang dan kentang. Kalau tak susah jugak.

Kemudian terus berjalan di sekitar Plaka. Cuba mencari beberapa cenderahati yang sememangnya mahal. Tapi kalau tak beli, tak ada pula kenangan di bandar yunani ini. Akhirnya, membeli satu set chess bersoldadukan tentera Greece. Mungkin ini sahaja cenderahati yang dibeli memandangkan harganya yang tinggi. Untuk keluarga dan kawan2, mungkin akan bershoping di Mesir memandangkan harganya jauh lebih murah.

Terus berjalan ke hotel penginapan sambil meresap budaya masyarakat Greece yang sangat menarik. Bandar yang sangat bersih, budaya menghormati tetamu yang tinggi, mesra dan bercakap sangat perlahan. Tiada jerit pekik, tiada mat rempit, tiada peminta sedekah bergelandangan, tiada pemuda-pemudi yang keliru dengan fesyen, tiada penjaja yang menjerit-jerit… semuanya sangat teratur.

Benarlah kata, Muhammad Asad, seorang penulis tafsir berbangsa Austria dan penulis buku “The Meaning Of The Holy Quran” yang pernah menyatakan: “bila aku ke eroprah aku melihat islam, bila aku ke negara islam, aku melihat orang islam.” Menarik bukan.

Terfikir juga hendak membawa isteri dan anak-anak ke sini nanti.. tapi mungkin selepas euro sudah tebal poket. hehe

Sepanjang malam memahami sejarah Alexander The Great. Merungkai persoalan adakah beliau lelaki yang disebut dalam surah Al-Kahfi?

MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-4

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Mei 22, 2008 by syirfan

Hari  keempat

Awal pagi lagi telah menjengah Pella, bandar lama kerajaan Macadonia. Bersama seoarang translator, kami benar-benar kembali ke dalam sejarah. Pelbagai monumen, batu tanda semuanya bersuara. Menyusur dari satu muzium ke kawasan runtuhan, dari dataran ke bukit-bukit sejarah, dari batu kosong tanpa makna kepada batu marmar yang tertera sejarah. semuanya mengasyikkan.

Gambar-gambar yang boleh dicari di wikipedia semuanya ada disini. Dijaga dengan baik. Jangankan disentuh, memgambil gambar dengan flash pun tidak dizinkan. Inilahlah lokasi yang mesti dikunjungi!!

Usai di Pella, kami ke alexandriah. Tidak banyak yang boleh diceritakan disini selain sebuah pekan yang sunyi.

Terus ke Vergina. Dikatakan perkataan vergina yang digunakan hingga hari ini untuk “virgin”. Gambaran suci bagi masyarakat Greece. Terletak di kawasan berbukit, disinilah terhadapnya perkuburan di raja. Phillip (ayah Alexander) dan anak Alexander bersama Roxane juga dikebumikan disini.

Harga!!! 8 Euro (RM40) untuk masuk ke muzium. Sangat mahal. Kalau dapat sendiri rasanya hanya akan melihat dari jauh sahaja. Nasib baik FM Production yang bayar… heheh

Muzium yang digelar the Great Tumulus ini sangat istimewa. Terletak di bawah bukit Tumulus dan didalammnya pengunjung akan menikmati suasana suram dan gelap perkuburan. Aku sempat mengambil gambar pintu perkuburan Phillip (sebenarnya dilarang bergambar disitu)

Kemudian makan tengahari di waktu petang di salah satu restoren dalam perjalanan pulang ke Thesaloniki. Restoren yang baik dengan harga yang juga sangat baik. Sangat Baik? Hahahah.. ini Eropah Bro, satu set makanan murah (air mineral) menceceh harga Euro 10. Darab 5.. RM 50.. pegghhh.

Sekitar jam 6 telah tiba di Thesaloniki. Terus menyusur bandar Thesaloniki menuju ke White Temple. White temple adalah salah satu tinggalan Kerajaan Othmonan. Di sini selain menikmati monumen The Great Alexander, kami leka menikmati gaya hidup masyarakat Greece yang sangat istimewa.

Disini, semuanya bergaya. Perempuannya? Sangat cantik. Kalau hendak dibuat pilihan untuk dijadikan isteri, sangat mudah.  Berada di tengah-tengah bandar. Ambil batu, tutup mata dan balinglah batu itu. Confirm batu itu akan kena perempuan yang cantik. Kalau nak buat isteri, silakan. Itupun kalau Euro tebal di poket.. kalau setakat nak makan aiskrim ditepi jalan berharga Euro 7 pun menggigil, lupakan…

Kemasukan Greece ke dalam kesatuan eropah telah membawa negara ini ke dalam tekanan yang cukup tinggi. Rata-rata penduduknya berpendapat bahawa penduduk di sini semakin miskin dari hari ke hari bila Euro semakin mencengkam. Bezanya hanyalah pembangunan yang rancak berlangsung.

Bagi setengah masyarakat pula, mereka merasa tidak perlukan pembangunan itu, kerana bagi mereka Greece sememangnya terkenal dengan sejarah pemodenan yang cukup tinggi. Kerajaan lama seperti Macadonia dan Othoman telah membawa membawa makna kemodenan bukan sahaja untuk masyarakat Greece tetapi dunia. Lantas, perlu apa kemodenan jika maknanya sudah ada disini!

7 petang, kami mula menusur keluar dari Thesaloniki untuk kembali ke athnes. Sepatutnya kami berada satu malam lagi ke Thesaloniki, namun bila dipertimbangkan semula, rasanya cukuplah kembara kami ke Thesaloniki, Greece. Mana tahu mungkin ini kembara ke Thesaloniki yang terakhir sebelum (dijajah)  oleh kerajaan Mecadonia (kerajaan baru) di sebelah utara.

1 pagi. Di  tengah-tengah highway, kami berhenti mencari rumah Alexandros. Bersyukur sungguh tiba di rumahnya.!!!

Alexandros sememanya pemuzik sejati. Rumha beliau terletak di kawasan yang jauh dari perkampungan. Rumah kecil di tengah belantara. Tiba dan disambut mesra  oleh alexandros.

Sekitar jam 2 pagi… ketika bulan hampir penuh dipuncak, ketika menjamah maggi kari yang terlebih masak, ketika ditikam kesejukan sekitar 5 darjah Celsius, aku dan kawan2 terpaku pada petikan piano Alexandros.

3 pagi, Ketika cuaca sejuk mengigit, kami meneruskan perjalanan ke Athens. Tiba di Athens sejam kemudian dan terus menarik selimut di dalam bilik. Lena tanpa mimpi Olimpia atau Rexona…

MENCARI ZULKARNAIN – HARI KETIGA

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Mei 22, 2008 by syirfan

Hari ketiga

Awal pagi… rancangannya Ke Thesaloniki. Bandar kedua terbesar di greece. Greece pada asasnya adalah pusat kedua pembangunan ekonomi, politik dan paling penting ia adalah pusat pembangunan tamadun. Thesaloniki bolehlah dianggap seperti St. Peterburg Di Rusia (Moscow adalah pusat utama, St. peterburg pusat kedua). Thesaloniki terkenal dengan tinggalan kerajaan Mecadonia, Byzantine, dan Ottoman.

Dengan sebuah kereta, kami penyusur dari selatan Greece ke Thesaloniki ke sebelah utaranya. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 8 jam mengunakan laluan Highway National. Highway pun bukanlah 5 bintang macam highway malaysia. Nak bagi 3 bintang pun segan. Tapi toll 6 bintang beb!! Mengalir air mata Akmal (selaku bos yang pegang duit) bayar toll. hehehe

Sepanjang perjalanan mata hanya memerhati budaya, gaya hidup dan warisan tamadun yang terbina disepanjang laluan tersebut. Sekiranya sesiapa berpeluang untuk menyusur greece menggunakan laluan darat, dicadangkan untuk memanjangkan tempoh perjalanan kepada lebih dari 12 jam kerana berhentilah disetiap tanda bahawa ada tinggalan sejarah disitu. Ambillah peluang untuk memahami setiap tembok, kubu, menara dan seumpamanya di setiap perhentian. Setiap tanda ada sejarah panjangnya.

Perhentian paling penting dan tidak boleh dilepaskan adalah di Dion. Dion sekitar 200km lagi hendak sampai ke Thesaloniki. Dion menawarkan memandangan yang tidak akan mengecewekan. Bayangkan, Gunung Olimpus di depan mata. Di gunung inilah api suci untuk sukan Olimpik dinyalakan dan dan diambil sebagai obor sepanjang kejohanan Olimpik.

Dion adalah salah satu lokasi untuk memahami siapa Alexander sebenarnya. Disini masih terdapat tinggalan kuil-kuil yang digunakan oleh Alexander sebelum dia pergi berperang. Jika melihat senario ini, adakah Alexander ini dirujuk sebagai Zulkarnain yang dikatakan mentaati tuhannya yang satu? Bercakap mengenai ketuhanan, masyarakat Greek pada masa itu mempercayai kewujudan banyak tuhan. Ibu Alexander sendiri, Olimpias mentaati cara penyembahan tuhan dengan cara berkhayal dan ini berbeza dengan bapanya yang sangat tipikal dengan tuhan-tuhan seperti Zeus, Athena dan seumpamanya.

Alexander sendiri pada suatu masa mempercayai bahawa dia adalah anak tuhan. (isu ini akan saya bentangkan bila kembara saya tiba di Mesir nanti kerana buktinya masih wujud hingga hari ini).

Di Dion, tinggalan-tinggalan seperti tempat penyembahan, tempat mandi, dewan kecil masih jelas dan dipelihara dengan baik. Hanya satu yang benar-benar berbekas di hati – banyak katak di kawasan ini!

Usai di Dion yang cukup istimewa, kami perlu berkejar ke Thesaloniki kerana takut tiba di sana pada waktu malam. (ada janji untuk bertemu dengan salah seorang penerbit TV disana pada awal malam).

Tiba di Thesaloniki tepat pada masanya. Ia memang bandar eropah yang cukup hebat. Thesaloniki atau nama lamanya Salonica sangat terkenal pada zaman greek. Oleh kerana kawasan ini pernah dijajah silih berganti, namanya juga bervariasi. Contohnya Salanik pada zaman Ottoman, Selanik pada zaman moden Turki, Solun pada zaman Aomanian dan selanik pada masa Aldino.

Ia juga dikenali sebagai co-queen pada masa Empayar Byzantine. Kota ini ditemui oleh King Cassander dari Macedon pada 315 BC. Nama itu diambil dari nama isterinya Thessaloniki.  

Pada masa pemerintahan kerajaan islam Ottoman, populasi penganut yahudi bertambah.

Kami terus ke Kinissi Palace yang terletak di jalan utama Thessalonoki. Sebuah hotel lama pastinya tetapi dibaikpulih sentiasa bagi mengekalkan keaslian sejarhnya.

Lewat petang itu kami berempat menemui Penerbit TV yang berjanji akan membantu menguruskan perihal produksi, peralatan, surat penyurat dan seumpamanya bila kami tiba sekali lagi untuk penggambaran nati.

Selesai berteleleku di bilik sembentar, kami berempat mengambil peluang untuk meneroka bandar kedua terbesar di Greece ini. satu hal yang memang tidak boleh kami nafikan adalah perasaan kagum kepada gaya hidup menyarakat sebelah sini. Dengan gaya moden berbudaya, mereka hidup dengan penuh rasa bangga dan hormat pada pelancong. Pelancong akan berasa sangat selesa untuk berada disini walaupun kesejukan kian menghukum.

Satu lagi yang yang kami perhatikan ialah gaya berpakaian mereka. Mereka keluar dengan penuh bergaya. Sukar untuk melihat mereka memakai t-shirt. Anak-anak muda berpakaian jaket atau suit. Sangat kontras dengan kami.. hehehe

Keletihan menyusur pantai di Thessaloniki, kami balik ke hotel. Tanpa berbual panjang, kami mengambil peluang memerhati bandar yang penuh sejarah ini dari tingkap sambil mengeluh kesejukan yang tajam menikam…

Kinissi Palace