MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-4

Hari  keempat

Awal pagi lagi telah menjengah Pella, bandar lama kerajaan Macadonia. Bersama seoarang translator, kami benar-benar kembali ke dalam sejarah. Pelbagai monumen, batu tanda semuanya bersuara. Menyusur dari satu muzium ke kawasan runtuhan, dari dataran ke bukit-bukit sejarah, dari batu kosong tanpa makna kepada batu marmar yang tertera sejarah. semuanya mengasyikkan.

Gambar-gambar yang boleh dicari di wikipedia semuanya ada disini. Dijaga dengan baik. Jangankan disentuh, memgambil gambar dengan flash pun tidak dizinkan. Inilahlah lokasi yang mesti dikunjungi!!

Usai di Pella, kami ke alexandriah. Tidak banyak yang boleh diceritakan disini selain sebuah pekan yang sunyi.

Terus ke Vergina. Dikatakan perkataan vergina yang digunakan hingga hari ini untuk “virgin”. Gambaran suci bagi masyarakat Greece. Terletak di kawasan berbukit, disinilah terhadapnya perkuburan di raja. Phillip (ayah Alexander) dan anak Alexander bersama Roxane juga dikebumikan disini.

Harga!!! 8 Euro (RM40) untuk masuk ke muzium. Sangat mahal. Kalau dapat sendiri rasanya hanya akan melihat dari jauh sahaja. Nasib baik FM Production yang bayar… heheh

Muzium yang digelar the Great Tumulus ini sangat istimewa. Terletak di bawah bukit Tumulus dan didalammnya pengunjung akan menikmati suasana suram dan gelap perkuburan. Aku sempat mengambil gambar pintu perkuburan Phillip (sebenarnya dilarang bergambar disitu)

Kemudian makan tengahari di waktu petang di salah satu restoren dalam perjalanan pulang ke Thesaloniki. Restoren yang baik dengan harga yang juga sangat baik. Sangat Baik? Hahahah.. ini Eropah Bro, satu set makanan murah (air mineral) menceceh harga Euro 10. Darab 5.. RM 50.. pegghhh.

Sekitar jam 6 telah tiba di Thesaloniki. Terus menyusur bandar Thesaloniki menuju ke White Temple. White temple adalah salah satu tinggalan Kerajaan Othmonan. Di sini selain menikmati monumen The Great Alexander, kami leka menikmati gaya hidup masyarakat Greece yang sangat istimewa.

Disini, semuanya bergaya. Perempuannya? Sangat cantik. Kalau hendak dibuat pilihan untuk dijadikan isteri, sangat mudah.  Berada di tengah-tengah bandar. Ambil batu, tutup mata dan balinglah batu itu. Confirm batu itu akan kena perempuan yang cantik. Kalau nak buat isteri, silakan. Itupun kalau Euro tebal di poket.. kalau setakat nak makan aiskrim ditepi jalan berharga Euro 7 pun menggigil, lupakan…

Kemasukan Greece ke dalam kesatuan eropah telah membawa negara ini ke dalam tekanan yang cukup tinggi. Rata-rata penduduknya berpendapat bahawa penduduk di sini semakin miskin dari hari ke hari bila Euro semakin mencengkam. Bezanya hanyalah pembangunan yang rancak berlangsung.

Bagi setengah masyarakat pula, mereka merasa tidak perlukan pembangunan itu, kerana bagi mereka Greece sememangnya terkenal dengan sejarah pemodenan yang cukup tinggi. Kerajaan lama seperti Macadonia dan Othoman telah membawa membawa makna kemodenan bukan sahaja untuk masyarakat Greece tetapi dunia. Lantas, perlu apa kemodenan jika maknanya sudah ada disini!

7 petang, kami mula menusur keluar dari Thesaloniki untuk kembali ke athnes. Sepatutnya kami berada satu malam lagi ke Thesaloniki, namun bila dipertimbangkan semula, rasanya cukuplah kembara kami ke Thesaloniki, Greece. Mana tahu mungkin ini kembara ke Thesaloniki yang terakhir sebelum (dijajah)  oleh kerajaan Mecadonia (kerajaan baru) di sebelah utara.

1 pagi. Di  tengah-tengah highway, kami berhenti mencari rumah Alexandros. Bersyukur sungguh tiba di rumahnya.!!!

Alexandros sememanya pemuzik sejati. Rumha beliau terletak di kawasan yang jauh dari perkampungan. Rumah kecil di tengah belantara. Tiba dan disambut mesra  oleh alexandros.

Sekitar jam 2 pagi… ketika bulan hampir penuh dipuncak, ketika menjamah maggi kari yang terlebih masak, ketika ditikam kesejukan sekitar 5 darjah Celsius, aku dan kawan2 terpaku pada petikan piano Alexandros.

3 pagi, Ketika cuaca sejuk mengigit, kami meneruskan perjalanan ke Athens. Tiba di Athens sejam kemudian dan terus menarik selimut di dalam bilik. Lena tanpa mimpi Olimpia atau Rexona…

4 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-4”

  1. Wah.. jauh perjalanan abg. good luck for this jurnal n hope dpt la tgk satu produk yg the best in the world. we will support u.

  2. thanks gee..

    jauh lagi perjalanan nie sebenarnya, tapi tak ada masa nak load story… tapi harap sudi mengikutinya..

  3. intanmusliha Says:

    ZULKARNAIN hanya lah sekadar gelaran bagi seorang raja..Tdalam Surah Al-Khafi.Tapi kalau abang tol2 nak cari sape Zulkarnain tu…Abg tanya kat Wan Editor kita, nama adik dia Zulkarnain..mungkin dia boleh tolong kita sikit2, kbetulan nama abang Wan, Iskandar..lagi senang..hihik

  4. Mustafa Akmal Ariffin Says:

    Aku berjaya menjejak semula di mana rakan lamaku ini…

    Masih dalam perjuangan Zulkarnain rupanya.. Benar segala rengsa dan rengas bertapak dihati menggerakkan hati aku untuk bertanya kepada rakan lama yang lain.. di mana SIMS…

    Syir,
    Teruskan perjuangan suci, moga apa yang dibentangkan kelak mampu mengangkat satu sejarah baru dunia. Kita telah puas dimomok ceritera yang penuh prejudis!

    Segala pengorbanan masa dan jiwamu akan berbaloi jika usai polemik ini dimashorkan kelak menjadi satu anjakkan dan rujukan dunia!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: