MENCARI ZULKARNAIN – HARI KETIGA

Hari ketiga

Awal pagi… rancangannya Ke Thesaloniki. Bandar kedua terbesar di greece. Greece pada asasnya adalah pusat kedua pembangunan ekonomi, politik dan paling penting ia adalah pusat pembangunan tamadun. Thesaloniki bolehlah dianggap seperti St. Peterburg Di Rusia (Moscow adalah pusat utama, St. peterburg pusat kedua). Thesaloniki terkenal dengan tinggalan kerajaan Mecadonia, Byzantine, dan Ottoman.

Dengan sebuah kereta, kami penyusur dari selatan Greece ke Thesaloniki ke sebelah utaranya. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 8 jam mengunakan laluan Highway National. Highway pun bukanlah 5 bintang macam highway malaysia. Nak bagi 3 bintang pun segan. Tapi toll 6 bintang beb!! Mengalir air mata Akmal (selaku bos yang pegang duit) bayar toll. hehehe

Sepanjang perjalanan mata hanya memerhati budaya, gaya hidup dan warisan tamadun yang terbina disepanjang laluan tersebut. Sekiranya sesiapa berpeluang untuk menyusur greece menggunakan laluan darat, dicadangkan untuk memanjangkan tempoh perjalanan kepada lebih dari 12 jam kerana berhentilah disetiap tanda bahawa ada tinggalan sejarah disitu. Ambillah peluang untuk memahami setiap tembok, kubu, menara dan seumpamanya di setiap perhentian. Setiap tanda ada sejarah panjangnya.

Perhentian paling penting dan tidak boleh dilepaskan adalah di Dion. Dion sekitar 200km lagi hendak sampai ke Thesaloniki. Dion menawarkan memandangan yang tidak akan mengecewekan. Bayangkan, Gunung Olimpus di depan mata. Di gunung inilah api suci untuk sukan Olimpik dinyalakan dan dan diambil sebagai obor sepanjang kejohanan Olimpik.

Dion adalah salah satu lokasi untuk memahami siapa Alexander sebenarnya. Disini masih terdapat tinggalan kuil-kuil yang digunakan oleh Alexander sebelum dia pergi berperang. Jika melihat senario ini, adakah Alexander ini dirujuk sebagai Zulkarnain yang dikatakan mentaati tuhannya yang satu? Bercakap mengenai ketuhanan, masyarakat Greek pada masa itu mempercayai kewujudan banyak tuhan. Ibu Alexander sendiri, Olimpias mentaati cara penyembahan tuhan dengan cara berkhayal dan ini berbeza dengan bapanya yang sangat tipikal dengan tuhan-tuhan seperti Zeus, Athena dan seumpamanya.

Alexander sendiri pada suatu masa mempercayai bahawa dia adalah anak tuhan. (isu ini akan saya bentangkan bila kembara saya tiba di Mesir nanti kerana buktinya masih wujud hingga hari ini).

Di Dion, tinggalan-tinggalan seperti tempat penyembahan, tempat mandi, dewan kecil masih jelas dan dipelihara dengan baik. Hanya satu yang benar-benar berbekas di hati – banyak katak di kawasan ini!

Usai di Dion yang cukup istimewa, kami perlu berkejar ke Thesaloniki kerana takut tiba di sana pada waktu malam. (ada janji untuk bertemu dengan salah seorang penerbit TV disana pada awal malam).

Tiba di Thesaloniki tepat pada masanya. Ia memang bandar eropah yang cukup hebat. Thesaloniki atau nama lamanya Salonica sangat terkenal pada zaman greek. Oleh kerana kawasan ini pernah dijajah silih berganti, namanya juga bervariasi. Contohnya Salanik pada zaman Ottoman, Selanik pada zaman moden Turki, Solun pada zaman Aomanian dan selanik pada masa Aldino.

Ia juga dikenali sebagai co-queen pada masa Empayar Byzantine. Kota ini ditemui oleh King Cassander dari Macedon pada 315 BC. Nama itu diambil dari nama isterinya Thessaloniki.  

Pada masa pemerintahan kerajaan islam Ottoman, populasi penganut yahudi bertambah.

Kami terus ke Kinissi Palace yang terletak di jalan utama Thessalonoki. Sebuah hotel lama pastinya tetapi dibaikpulih sentiasa bagi mengekalkan keaslian sejarhnya.

Lewat petang itu kami berempat menemui Penerbit TV yang berjanji akan membantu menguruskan perihal produksi, peralatan, surat penyurat dan seumpamanya bila kami tiba sekali lagi untuk penggambaran nati.

Selesai berteleleku di bilik sembentar, kami berempat mengambil peluang untuk meneroka bandar kedua terbesar di Greece ini. satu hal yang memang tidak boleh kami nafikan adalah perasaan kagum kepada gaya hidup menyarakat sebelah sini. Dengan gaya moden berbudaya, mereka hidup dengan penuh rasa bangga dan hormat pada pelancong. Pelancong akan berasa sangat selesa untuk berada disini walaupun kesejukan kian menghukum.

Satu lagi yang yang kami perhatikan ialah gaya berpakaian mereka. Mereka keluar dengan penuh bergaya. Sukar untuk melihat mereka memakai t-shirt. Anak-anak muda berpakaian jaket atau suit. Sangat kontras dengan kami.. hehehe

Keletihan menyusur pantai di Thessaloniki, kami balik ke hotel. Tanpa berbual panjang, kami mengambil peluang memerhati bandar yang penuh sejarah ini dari tingkap sambil mengeluh kesejukan yang tajam menikam…

Kinissi Palace

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: