MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-6

Awal-awal pagi kami sudah menjenguk Plaka. Pergi semula ke kedai menjual chess dengan tujuan untuk menukar chess set yang dibeli. Pastinya, yang lebih besar. Alasannya sebenarnya ialah, chess set itu ada “luka” sedikit pada buahnya.

Sempat lagi memberli sedikit barangan sebagai kenangan. Bergerak dan terus menghayati kraftangan dan budaya setempat.

Rata-rata barangan di sini sangat mahal. Bayangkan satu seruling kosong (yang tidak mempunyai ukiran: biasanya sekitar RM 10 di Indonesia) dijual dengan harga 55 Euro. Giler!!!!

Terus ke Travel agent mengutip resit pembayaran. Satu ingatan: jika pertama kali ke Athens, gunakan Travel Agent. Tapi sabarlah dengan harganya yang cukup mahal.

Alexandros tiba lewat seperti yang dijanjikan. Alasanya, trafik Athens sangat menyesakkan..

Terus berangkat ke Acropolis. Acropolis adalah bukit yang mana ianya terletak di Parthenon. “Acro” membawa maksud “tinggi” dan “polis” pula bermaksud “bandar raya”. Jika digabungkan ia diertikan sebagai “Bandar raya yang tinggi”. Acropolis juga merupakan salah satu tempat yang menarik di Athens dan ianya merujuk kehebatan rakyat Greece purba ketika itu dan sehingga kini. Ini adalah kerana warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan ianya digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno. Yang termasyhur ialah bangunan Parthenon di atas Acropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat.

Acropolis tidaklah jauh dari penginapan kami, masalahnya hanya Acropolis berada nun di puncak bukit. Satu lagi ingatan, jika hedak ke acropolis, pastikan memakai kasut yang sesuai. Marmar di sepanjang tangga dan lantai  acropolis sangat licin.

Acropolis dipercayai telah didiami sejak sekurang-kurangnya pada zaman abad ketujuh. Sepanjang tamadun Mycenaean dinding-dinding yang telah dibina juga terdapat bahan bukti bahawa terdapat sebuah istana Mycenaean di sini. Selain itu terdapat makam Cecrops yang menggambarkan kekuatan orang Athen yang berjaya menahan seekor ular dan melambangkan mereka raja yang pertama pada zaman itu. Terdapat juga kubur-kubur dan kuil-kuil di sekitar acropolis ini. Semuanya berkaitan dengan raja-raja, wira-wira dan dewa-dewa yang ada kena-mengena dengan Athen.

Terdapat monumen-monumen yang memberi kesan paling besar dalam senibina dan artistic di Athens yang dijaga oleh Antikuiti Yunani. Semua monumen ini membawa maksud yang universal serta memberi semangat klasik dalam ketamadunan di Greece kepada dunia.

Sangat mengasyikkan meneliti setiap monument dan cuba menghayati setiap falsafah yang tersirat. Alexandros sangat bagus dalam hal2 begini…

Bangunan terpenting di puncak ini ialah Parthenon. Parthenon adalah jenazah sebuah kuil untuk dewi Yunani Athena, dewi bagi penaung di bandar Athens Parthenon bermaksud kuil yang suci, untuk dua aspek dewi Yunani Athena, iaitu Athena Polios (“bandar raya”) dan Athena Parthenos (“yang paling muda”).

Ianya dibina dalam abad-447 dan ianya berlanjutan sehingga ke abad-438. Separuh daripada hiasan-hiasannya memang telah siap diukir di dinding kuil tersebut. Selain itu Parthenon telah dibina di atas tapak sebuah kuil yang terdahulu sebelumnya yang dipanggil Pre-Parthenon.

Di puncak ini, Athens menjadi sangat istimewa. Tak sangka, masa terlalu cepat berlalu. Para kurator meminta kami beredar kepada kawasan ini dibuka sehingga jam 5.30 petang sahaja. Walaubagaimana pun…Bro!.. gua dah sampai ke Acropolis.

 Malam itu kami bersama Alexandros dan Tita di Brahakia: menikmati sardanas… malam terakhir kami di Athens kami akhiri dengan mendendang cerita-cerita ceria sepanjang kami di sana. Tidak tahu bila akan kembali lahi menjenguk Acropolis.

Dalam kedinginan malam itu, kami yang berbaju t-shirt terketar-ketar ketawa mendengar celoteh Alexandros…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: