MENCARI ZULKARNAIN – HARI KE-7

Hari ini hari terakhir di bumi Yunani. Tak banyak yang dilaksanakan selain bersiap siaga untuk menjejak lelaki yang disebut di dalam surah Al-Kahfi, Zulkarnain. Saat-saat akhir ini kami habiskan dengan menjamah maggi kari bercampur nasi himpit lagi sambil mengadap Akropolis. Berfikir sampai bila bangunan megah itu akan berdiri disitu. Namun, tertanya juga, bila lagi agaknya akan kembali kesini…

Adakah Alexander The Great itu Zulkarnain? Untuk memahami secara keseluruhannya, tidak wajarlah untuk memberi pendapat selagi tidak ke Siwa, Mesir. Sebabnya akan dinyatakan nanti. Namun untuk catatan barat, mereka melabelkan Alexander The Great (356 SM – 323 SM) sebagai sebagai salah satu daripada komander yang amat berjaya dalam sejarah dunia. Beliau menakluk hampir seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani sebelum kematiannya.

Hanya satu perkara yang menjadi perbalahan akalku. Jika kita membunuh seseorang, kita dikenali sebagai pembunuh. Jika kita membunuh beribu-ribu orang, kita akan dikenali sebagai penakluk? kontras bukan..

Selepas penyatuan kesemua negara kota Yunani di bawah pemerintahan ayahandanya, Philip II dari Macedonia, (suatu tugas yang Alexander terpaksa ulangi kerana orang Yunani selatan memberontak selepas kematian Philip), Iskandar menakluk Empayar Parsi, termasuklah Anatolia, Syria, Phoenicia, Gaza, Mesir, Bactria, serta Mesopotamia, dan memperluaskan sempadan empayarnya sehingga kawasan Punjab di India. Pemberontakan pertama merujuk kepada rusuhan di Athens.

Satu yang amamt mengkagumkan ialah Alexander menyerap orang-orang asing (bukan orang Macedonia dan Yunani) ke dalam angkatan tentera dan pentadbirannya, dan oleh itu, menyebabkan sebilangan cendekiawan memberikan penghargaan kepadanya untuk “polisi pergabungan”. Adakah polisi ini dianggap sebagai pencapaian terbaik dari sudut demokrasi?

Beliau menggalakkan perkahwinan antara askar-askarnya dengan orang-orang asing, serta turut mengamalkan galakannya itu. Selepas dua belas tahun kempen tentera yang berterusan, Alexander meninggal dunia, mungkin disebabkan oleh demam malaria atau tifoid, atau juga virus ensefalitis.

Alexander terus dikenang dalam sejarah dan mitos kebudayaan Yunani. Semasa hidupnya dan khususnya, selepas kematiannya, kehandalan Alexander telah menjadi ilham sebuah tradisi kesusasteraan yang mana beliau muncul sebagai wira legenda dalam  Achilles. Hebatnya  Alexander kerana dia dikatakan sebagai tokoh paling banyak diperkatakan oleh sejarah moden.

Berakhirnya kembara kami di Athens membawa kefahaman barat yang sedikit berat sebelah. Namun itulah sejarah. Beza persepsi adalah warna wajibnya.

Tepat 1345, aku kembali terbang dengan MS 748 (Olympic Airlines) ke negara ke dua, Mesir…

Dalam perjalanan ke mesir itu dapatlah aku simpulkan bahawa masyarakat Greece beruntung kerana sejarah bangsa mereka dirakam dengan kemasnya walaupun ia kadang kala dilihat sebagai dongengan. Sebagai contoh, Alexander The Great ialah anak kepada Maharaja Philip II dari Macedonia dan Puteri Olympias dari Epirus. Menurut ceritanya, Olympias dibuntingkan oleh Zeus Ammon, dan bukannya Philip yang takut akan Olympias dan kegemaran Olympias untuk tidur dengan ular.

Cerita rakyat  menceritakan bahawa kedua-dua Philip dan Olympias bermimpi tentang anak yang akan dilahirkan. Olympias bermimpi tentang dentuman guruh dan kilat yang memanah rahimnya. Dalam mimpi Philip, baginda mengecap rahim isterinya dengan mohor singa. Berasa cemas oleh mimpi-mimpi itu, baginda berunding dengan peramalnya, Aristander dari Telmessus, yang menentukan bahawa isterinya hamil dan anaknya akan mempunyai sifat singa.

Lewat petang, kami tiba di bumi Mesir. Kepanasan menyambut kami di bumi ini. Tugasan di sini akan mudah kerana kenalan Farez masih ramai disini dan beliau sendiri pernah belajar disini. Selepas menghantar baju ke dobi, kami terus ke ke Siwa.

Perjalanannya? 10 jam melalui jalan darat dan merentasi gurun Libya…. Kalau dikira kepenatan, memang kami tidak mahu menjejak kaki ke Siwa. Namun kisah siapa Alexander The Great tidak akan difahami jika tidak ke Siwa. Tiada pilhan lain, kami harus mengharungi kesejukan padang pasir pada sebelah malam untuk tiba di sebelah pagi di Siwa.

Dalam kesejukan itu, kami lena di dalam van yang bergerak laju. Sepantas hati kami untuk mahu tiba di Siwa, bandar yang menyimpan rahsia Alexander.

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: