MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-9

Alexandria… 331 BC / 334 BC : Alexander The Great.

Ia sememangnya kota idaman. Biarlah wujud 13 Alexandria serata dunia (ada yang menyatakan 9 dan ada menyebut 10), Alexandria Mesir adalah yang terbaik. Ia adalah kota Alexandria paling besar yang dibina oleh Alexander the Great. Ia menjadi kota nombor dua dari sudut keluasan dan kekayaan selepas kota Rom.

Terletak disebelah barat laut Cairo, Alexandria menjajar sepanjang 32 km sepanjang lautan Mediteranean. Alexandria mengalami kejatuhan selepas terbinanya kota Kaherah (Cairo) oleh kerajaan islam sekitar tahun 641. Pada zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah, Alexandria menjadi perkampungan nelayan.

Kini Alexandria yang bangun dari lenanya merupakan kota idaman pelancong serta menjadi pelabuhan utama Mesir.

Kami yang bangun awal pagi banyak menghabiskan masa pagi dengan merenung lautan Mediteranean dari tingkap rumah yang disewa. Pembangunan yang pesat sekitar Alexandria (disebut juga Iskandariah) menjadi pilihan pelancong untuk kesini.

Lokasi pertama pilihan kami adalah Bibliotheca Alexnadrina (perpustakaan baru di Alexandria). Perlu diberitahu bahawa Alexandria pernah mempunyai perpustakaan terbesar di dunia. Ia didirikan pada abad ke 3 pada pernah menyimpanan 700,000 naskah pada zaman kemuncaknya (700,000 dalam bentuk golongan papirus). Royal Library of Alexandria ini pernah menjadi salah satu dari tujuh keajaiban dunia.

Dikatakan inilah tempat ke-72 cendiakawan Yahudi menerjemahkan Kitab-kitab perjanjian lama atau Tanakh yang berbahasa Ibrani ke bahasa yunani. Ibrani adalah bahasa Semantik yang menjadi bahasa yang digunakan pakai oleh orang yahudi. Penterjemahan ini menghasilkan sebuah buku berjudul Septuaginta. Buku ini menjadi sangat terkenal. Antara punca ia terkenal kerana nama buku ini sering ditulis sebagai ‘LXX”

Menariknya, pada tahun 640, sewaktu bangsa arab menakluk Mesir, perpustakaan ini telah lenyap. Kehadiran Julius Caesar yang membakar sebahagian kota ini dikatakan punca utama. Ada juga menyebut perbalahan agama antara yahudi, Kristean dan agama lain menjadi punca kemusnahannya. Apa pun sebabnya, banyak karya-karya penting termasuk catitan sejarah hilang begitu sehaja.

Perpusatakan baru yang menjadi buruan kami dikatakan mempunyai maklumat yang banyak tentang Alexander. Ini termasuklah tulisan naskah asli sejarah penjajahan Alexander serta beberapa patung dan lukisan penting. Semua ini amat kami perlukan apabila kami hadir sekali lagi nanti untuk penggambaran dokumentari “Mencari Zulkarnain’.

Perpustaakan yang sangat besar ini (setiap pengunjung perlu membayar tiket untuk memasuki ruang perpustakaan) mempunyai sekitar 8,000,000 buah buku.

Usai di perpustakaan ini, kami ke Citadel of Qaitbay (1477) yang terdiri mengadap laut Mediteranean. Ianya sebuah monumen lama yang membuktikan kehadiran bangsa arab di sini. Kami leka sebentar disini sambil menikmati aiskrim Alexandria yang sangat terkenal itu.

Selepas itu kami berpusing-pusing sekitar bandar. Menjelajah masjid-masjid yang sangat cantik, kedai-kedai lama yang sangat sentimental hinggalah ke lokasi perkelahan.

Oleh kerana tekanan masa kami beredar segera dengan harapan untuk kembali semula ke sini. perjalanan seterusnya ke kota Cairo yang bertuah. Perjalanannya sekitar 5 jam. Sepanjang perjalanan, hanya mimpi-mimpi menjadi teman. (mimpi semestinya pada keluarga yang sudah makin dirindu..)

Hanya yang timbul dalam persoalan, Alexander the Great bukan sahaja seorang penakluk, tetapi dia juga seorang pembina? Pembina yang ulung jika dia mampu membawa Alexandria sehebat itu… fikir-fikirkan…

Akhirnya kami tiba di Cairo dan terus ke rumah sewa yang telah disediakan… Dalam keletihan, kami terus lena…

5 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-9”

  1. Assalamu’alaikum ww …

    Saya kagum dengan foto-foto kota Alexandria yang sangat cantik. Saya berkunjung ke kota ini pada tahun 2004, masih memakai kamera film, dan tidak banyak bisa membuat foto karena terburu-buru, maklum pergi bersama rombongan besar menjelang Umrah ke Tanah Suci. Alhamdulillah saya sempat berkunjung ke Bibliotheca Alexandrina yang sangat megah. Tulisan saya kebetulan menjadi “related post” di blog ini, yaitu “Alexandria, Dari Alexander The Great Hingga Cleopatra”. Tulisan lain yang juga berkaitan meskipun tidak tercantum sebagai “related post” adalah “Istana Cleopatra Telah Ditemukan”.
    Silahkan menyimaknya di http://tutinonka.wordpress.com

  2. Tutinonka…

    terima kasih kerana sudi melawat laman saya. Saya juga telah menyelongkar tulisan-tulisan berkenaan cleopatra dari laman blog itu.

    Pastinya istimewanya Cleopatra akan menjadi bahan tulisan saya bila bercerita tentang kembara saya di mesir. Moga boleh menambah pengetahuan bersama.

    Harap terus sudi membaca terutamanya kembara saya mencari Zulkarnain, lelaki yang disebut dalam surah Al-Khafi.

    Adakah Alexander lelaki yang disebut itu?

    syirfan

  3. Syirfan, saya pernah membaca (lupa dimana, yang jelas di salah satu blog, silahkan mencarinya lewat Google), bahwa Alexander The Great atau Iskandar Zulkarnain ini bukanlah Zulkarnain yang disebut dalam Al Qur’an.

    Bagaimana kelanjutan pencarian Zulkarnain yang Syirfan lakukan? Sudahkah sampai pada penemuan akhir?

  4. Tutinonka…

    Saya sangat setuju dengan kenyataan bahawa Alexander / Iskandar bukanlah Zulkarnain – lelaki misteri dari surah Al-Qahfi. Dua lagi teori besar yang menjadi kajian saya adalah sekitar zulkarnain adakah dia King Himyar atau Cyrus The Great.

    Masih terlalu awal, namun cukuplah untuk membuka satu lagi persepsi baru bagi saya. Insyaalah akan dikongsi semua.

    Saya sangat percaya bahawa sejarah bukanlah sekadar fakta. Sejarah adalah falsafah dan persepsi. Doakan projek besar ini berjaya.

    syirfan

  5. ALLAHUMMA AMIN…sy jga menanti jawapan d smua persoalan itu,,semoga berjaya,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: