Arkib untuk Julai, 2008

MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE 21 (CYRUS THE GREAT)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 26, 2008 by syirfan

“The people of Babylon, who, against the will of the gods had suffered a yoke unsuitable for them . . ., I offered relief from their exhaustion, and ended their servitude.”
Cyrus Cylinder:25-27, October 29, 539 BCE

Cyrus the Great (590 atau 580 – 529 SM) adalah penguasa kerajaan Persia Kuno. Kerajaannya terbentang dari Asia Barat Selatan (Israel) hingga Pakistan (sekarang), dari Timur Tengah hingga Armenia.

Sejarawan-sejarawan purba Ctesias dan Plutarch bersetuju bahawa Cyrus dipilih daripada kata Kuros – matahari, sebuah konsep yang telah ditafsirkan makna “seperti matahari” . Dalam Persia moden, Cyrus adalah dirujuk sebagai Kourosh-e Kabir, dan, lebih baru-baru ini, sebagai Kourosh-e Bozorg – atau Cyrus The Great. Dalam kitab Injil, dia dikenali sebagai Koresh. Dia adalah juga mungkin tersebut dalam Al-Quran bawah tajuk surah Al-Kahfi denagn gelaran Zulkarnain.

Cyrus the Great dikenal sebagai orang pertama yang menerbitkan piagam hak asasi manusia yang dilakukan pada zaman kerajaannya, juga dikenali sebagai seorang penegak hukuman yang adil bagi orang Yunani taklukannya. Ini tertera pada Silinder Cyrus yang kini menjadi asas kepada hak asasi manusia.

Cyrus juga menerima jolokan seorang yg dipilih Tuhan oleh orang Yahudi kerana mengembalikan 40,000 Yahudi ke Palestin dimasa pemerintahannya dan membantu mendirikan kembali Baitul Maqdis.  Dia khabarkan melepaskan Bani Israel karena Bani Israel adalah kaum monoteistik dan memerintahkan pembangunan Kuil Sulaiman sebagai tempat penyembahan kepada Tuhan.

Bahkan disebut dalam Alkitab ( kitab Yesaya ), Cyrus adalah merupakan raja yg dipilih tuhan utk membangunkan kembali Bait Suci orang Israel yang dulu dibangunkan Salomo (Sulaiman) (Bait Suci pertama sudah dihancurkan raja Nebuchadnezzar dari Babylon). 

Beliau dipercayai menyembah satu tuhan (Monotheisme) danmenganut agama Zarathustra (Zoester) yang sekarang dikenali sebagai agama Majusi.

Cyrus sentiasa digambarkan memiliki 4 tanduk rusa yg melambangkan kekuasaannya di 4 penjuru mata angin. Selain itu ada yang mengatakan ‘Cyrrus The Great’ mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di empayar Rom dan Parsi.

Cyrus adalah raja pertama yang mendapat gelaran “Agung” atau Vazraka dalam Bahasa Parsi Lama, (Bozorg dalam Bahasa Parsi Moden). Gelaran yang sama juga turut diberikan kepada Darius, seorang raja Parsi yang hidup selepas zaman Cyrus.

Cyrus The Great terus memerintah empayar Parsi ini sehingga kewafatan beliau.

Advertisements

MENCARI ZULKARNAIN: HARI KE-21

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 26, 2008 by syirfan

Hari terakhir di Iran. Hari ke-21 dalam kembara mencari Zulkarnain : lelaki misteri dari surah Al-Kahfi.

Awal pagi kami berjaket hitam semula.

Lokasi : Universiti Of Tehran.

Tujuan : Cari bahan mengenai Cyrus.

Banyak bahan bacaan yang kami temui berkait rapat dengan pencarian kali ini. Agak lama juga menelaah buku di universiti ini. Sebenarnya tidaklah membaca dengan serius kerana bahan-bahan ini ditulis dalam bahasa parsi. Guide kami yang banyak membaca dan menterjemahkannya kepada kami. Sebenarnya lebih lama duduk memerhati “buku-buku cantik” di universiti ini. Seperti biasa, farez bagus dalam hal-hal begini.

Kunjungan sekali lagi nanti pasti tidaklah terlalu sukar kerana bahan-bahan yang ingin dicari ada di universiti ini.

Tengahari itu kami masih di universiti. Untuk makan tengahari kami mengambil keputusan untuk makan di kantin universiti. Makanannya ala kadar namun sesuailah dengan harganya. Hanya bila makan bersama mahasiswa-siswa disini mengingatkan aku pada suasana universiti dulu. Terkenang juga saat-saat indah dulu.

Sebenarlah telah lama berfikir untuk menyambung pengajian semula. Kekangan kerja dan pasti nya kewangan kian menjarakkan matlamat. Kadang-kadang terfikir, tidaklah kajian aku berkenaan Zulkarnain ini boleh membawa aku memperoleh Sarjana?

Tingggalkan persoalan itu…

Kami harus terus ke Travel Agent. Selain melunaskan bayaran yang berjuta-juta itu, kami akan menemui sorang ahli akademik yang banyak membuat kajian tentang Cyrus dan Zulkarnain di sana. Kias Abadi namanya. Banyak juga input baru yang kami perolehi. farez selaku juru cakap sangat bagus dalam hal ini.

Segalanya pantas. Kalau boleh kami mahu masa juga bergerak lebih pantas. Selesai semua itu dan selepas bersalam dan berpelukan, kami langsung ke Lapangan Terbang Tehran. Tidak lama, jam 10.45 malam kami terbang menggunakan EK978 Emirates Airline ke Dubai sebelum meneruskan kembara ke New Delhi India. Kami dijangka tiba sekitar 1 pagi nanti di Dubai.

Terima kasih Iran. Moga jumpa lagi…

MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-20

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 26, 2008 by syirfan

Dua puluh hari dalam perantauan. Jauh nun tersorok dari peta dunia. Akal sudah tidak mengambil keputusan yang wajar. Hati kini lebih menguasai. Walaupun boleh ber’sms’ dan sesekali membuat panggilan kepada isteri dan anak-anak, namun kerinduan itu tidak pernah terubat. Ia makin luka…

Pukul 3 pagi. Masih terlalu awal. Kaldai masih belum bangun, kami sudah bergerak ke lapangan terbang untuk meneruskan kembara. Buat masa ini kami akan terbang kembali ke Tehran. Sebenarnya hati kami semua sangat marah kerana sepatutnya kami terbang awal malam tadi, tetapi pihak travel agent gagal mengotakan janjinya.

Sudahlah keletihan menyusur sejarah di Pasargadae, kini kena bangun awal dan bersekang mata untuk terbang. Balada perantau.. ikut ajer lah…

Namun sesuatu yang menarik berlaku pada dirinya. Inilah penerbangan yang paling akan diingati dan paling menarik. Sepanjang hidupku yang boleh dikatakan banyak pengalaman menaiki kapal terbang, inilah penerbangan yang paling enak.

Masakan tidak… Aku tak sedar pun bila kapal terbang itu memulakan penerbangan dan sedar-sedar kapal ini sudah mendarat di Tehran! Lena tidur beb…

Awal pagi lagi kami sudah terpacak di Tehran. Dengan mata merah saga dan badan yang hampir luluh anggotanya, kami mengikut saja kemana guide kami bawa.

Selepas bersarapan ala kadar, kami terus lena di bilik…

Agak lewat juga kami bangun untuk meneruskan aktiviti. Aktiviti pertama pastinya makan tengahari.

Selepas makan yang juga tak seberapa di restoren yang menawarkan makanan tradisi, kami langsung dibawa ke salah satu lokasi yang sangat istimewa serta sejuk- kaki pergunungan Alborz.

Satu penemuan yang paling penting disini ialah nama kawasan ini – Derbent. Mengikut catatan sejarah, ada dua lokasi yang merujuk kepada pembinaan tembok menghalang Yakjuj dan Makjuj. Satu Derbent di Dagestan, Rusia dan satu lagi Derbent di Uzbekistan. Dua-dua lokasi ini sering dipersoalkan dalam sejarah berkenaan dimana sebenarnya tembok berkenaan?

Aku yang pernah hadir di Derbent Rusia sangatlah gembiranya kerana menemui satu lagi Derbent. Malangnya Derbent Iran ini tidak mempunyai tembok yang besar. Sekadar ada tembok yang dirujuk sebagai tempat menyimpan air.

Namun berada di kaki pergunungan ini sambil menikmati teh sungguh mengasyikan. Kesejukan dan suasana santai dikawasan ini kian mendesak kami untuk segera kembali ke Malaysia. Sayangnya, kami masih punya India yang harus dilewati.

Selesai di Derbent, kami terus kembali ke kota Tehran. Sempat berjalan-jalan dan sesat. Malam itu kami berteleku di dalam bilik sambil menghitung hari…

MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE 19 (CYLINDER CYRUS)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 26, 2008 by syirfan

Apabila barat memberi kata putus bahawa demokrasi dilahirkan di barat – tepatnya Rom, ramai bingkas mempertikaikan. Ujar mereka, jika demokrasi itu dilahirkan di barat, lantas apakah yang cuba disampaikan oleh Cylinder Cyrus yang jauh lebih tua dari demokrasi kelahiran barat?

‘Cyrus The Great Cylinder’ juga dikenali sebagai Cylinder Cyrus. Cylinder Cyrus adalah artifak dari zaman Empayar Parsi yang mengandungi perisytiharan Cyrus The Great yang tertulis dalam tulisan pepaku Babylonia dalam bahasa Akkadian pada silinder tanah liat. Ia adalah salah sebuah teks-teks kuno paling terkenal pada zaman itu.

Ketika memasuki Babylon- tepatnya pada 29 oktober 539 SM, Cyrus The Great membuat perisytiharan ini yang mengandungi kisah mengenai pencapaiannya , akta-akta hak kemanusiaan serta pohon salasilah keluarga dirajanya.

Piagam ini jelas menyatakan hak beragama tanpa paksaan!

Silinder yang disifatkan sebagai piagam pertama hak asasi manusia ditemui oleh Hormuzd Rassam, seorang ahli arkeologi Assyria-British pada tahun 1879 dan kini berada dalam simpanan Muzium British, London.  Replika Silinder ini juga terdapat di tingkat dua, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Silinder ini telah diterjemahkan kepada 6 bahasa utama PBB pada 1971.

Cylinder Cyrus kini telah menjadi sebahagian identiti budaya Iran. Gambar silinder ini telah dicipta pada setem-setem dan nota-nota bank. Ianya telah dikeluarkan di Tehran dan Persepolis sepanjang tahun 1971 sempena perayaan ulang tahun. Replika silinder ini juga telah banyak dibuat.

Barat memberi definasi demokrasi yang sangat baik kepada dunia (definasi bukan pelaksanaan), tetapi mengapa piagam hak asasi ini tidak membawa mesej jelas bahawa demokrasi sebenarnya telah tercetus awal oleh pemerintah Parsi?

Adakah hak-hak manusia dan kebebasan beragama itu bukan demokrasi?

MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-19

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 26, 2008 by syirfan

I am Cyrus, who gave the Persians an empire, and was king of Asia – Cyrus The Great

Hari ini kami merancang untuk ke Pasardagae. Ia merupakan lokasi “wajib” jika hadir ke Iran untuk mencari Zulkarnain. Ada 2 sebab utama. Pertama, wujud satu ukiran batu yang dirujuk sebagai Zulkarnain. Sebab keduanya ialah di sinillah terdapatnya makam Cyrus The Great.

Selepas hampir 2 jam perjalanan, Kami berhenti di satu kawasan perkuburan yang dikenali sebagai Naqsh-e Rustam atau Necropolis. Perkataan “Rustam” itu diambil dari tokoh mistik masyarakat Iran. Ia juga dikenali sebagai ‘Persian crosses’ merujuk kepada bentuk salib yang terdapat di permukaan pintu makam.

Apabila raja-raja yang memerintah Parsi mangkat, mayat mereka akan diselenggarakan dengan adat istiadat dan dikebumikan di kawasan bukit ini. Sebagai tanda, permukaan bukit tersebut akan diukir sebagai lambang keagungan penghuni di dalamnya.

Necropolis - April 1921 

Necropolis – April 1921

Kawasan ini pernah musnah dan kini dibangunkan semula dengan bentuk asalnya. Terdapat juga peniaga-peniaga kecil disekitar kawasan berbayar ini. Untungnya, mereka menjual barangan cenderahati dengan harga yang lebih murah dari cenderahati di Tehran. Farez sempat juga membeli klon “Silender Cyrus”. Berhajat juga ingin membeli, tetapi memandangkan beratnya yang lebih dari 5kg, kami memikirkan sekali lagi. Mungkin akan beli pada kembara akan datang.

Kehebatan Silinder Cyrus akan saya ulas nanti.

Pasargadae (disebut pa-sar-gad) terletak lebih kurang 40 km dari Persepolis. Pasargadae bermaksud kebun bunga Parsi. Ia sebuah kota yang dibina tanpa disiapkan oleh Cyrus The Great sekitar 546 SM. Sebagai catatan, Cyrus terkorban pada 530 atau 529 SM dalam peperangan.

Akhirnya kami sampai juga di hadapan ukiran batu yang sangat sinonim dengan Zulkarnain. Sebelum ini melihat melalui gambar lewat laman web dan buku-buku, kini kami berdiri di hadapannya. Ciri-ciri yang digambarkan tentang Zulkarnain jelas kelihatan disini.

Walaupun ada menyatakan ukiran ini merujuk kepada Cyrus The Great, ia langsung tidak menggugah persepsi. Mungkin besar, mungkin tidak. Mungkin juga inilah kebenaran yang menyatakan Cyrus The Great itulah Zulkarnain. Segalanya masih dalam kajian…

Penemuan penting berkenaan Pasargadae ialah stuktur bangunan yang dibina boleh menahan gegaran gempa bumi sekurang-kurangnya untuk 7 skala richter. Penemuan ini sangat memeranjatkan dunia moden.

Makam Cyrus pula terletak berdekatan dengan kubu Toll-e Takht. Kubur ini juga baru dikenalpasti pada 2006. Kawasan kajian arkeologi dibawah selanggaraan UNESCO ini seluas 1.6 km persegi.

Makam Cyrus The Great pula merupakan monumen paling dilawati untuk masa ini. Kubur yang dibina dengan struktur 3.17 m panjang, 2.11 meter lebar dan 2.11 m tinggi ini kini menjadi bahan paling hangat untuk diselidiki. Terlalu banyak isu dan bantahan berkait rapat dengan makam ini dari sudut kronologi sejarah, perbalahan agama Cyrus, mistikal dan sebagainya. Untuk masa ini, sejarah menyatakan: inilah tempat Cyrus The Great, pemerintah terhebat dari Parsi dikebumikan.

Diceritakan bahawa Alexander The Great pernah sampai di kawasan makam ini dan memberi tabik hormat kepada tokoh penguasa yang terhebat ini.

Banyak perkara dan latar sejarah yang ingin dikongsi, namun biarlah jadi rahsia sehingga kembara kami sampai sekali lagi nanti untuk merakam sejarah Cyrus The Great dan kaitannya dengan Zulkarnain.

Kami harus berkejar balik ke Shiraz kerana kami sepatutnya terbang kembali ke Tehran lewat petang nanti.

MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-18 (PERSEPOLIS YANG AKU KAGUMI)

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 26, 2008 by syirfan
Persepolis, 1878 oleh Frederick Stacpool

Catatan teks kuno yang dijumpai di Persepolis menyebut:

Persepolis adalah ibukota kepada negara pemerintahan Persia. Alexander telah  menceritakan kepada orang-orang Macedonia bahawa ianya sebagai Bandar yang paling dibenci di Asia, dan diberikan oleh askar-askarnya untuk dicerobohi, kesemuanya kecuali istana-istananya. (2) + Ia merupakan bandar yang paling kaya di bawah matahari dan rumah-rumah persendiriannya telah dihiasi dengan pelbagai kekayaan beberapa tahun. Orang-orang Macedonia berebut untuk menyembelih kesemua lelaki yang mereka jumpa dan mencerobohi penduduk-penduduk; kebanyakkan daripada rumah-rumah itu merupakan milik orang-orang biasa dan dibekalkan dengan perabot yang banyak dan memakai pakaian yang pelbagai… (Diod. 17.70.1-73.2) 17.70 (1)

 

Persepolis – sebuah kota idaman…

Parsi adalah tamadun yang berpusat di timur laut Iran. Empayar ini dimulakan dengan dinasti Arsacid.  Persepolis jua dikenali sebagai Parsa yang membawa maksud ‘kota bangsa Parsi’  atau ‘bandar raya Orang Persia’. Ia merupakan kota istiadat Empayar Achaemenes, dinasti Iran yang kedua.

Persepolis juga adalah hasil terjemahan dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bangsa Parsi’. Di Iran, tapak ini kini dikenali sebagai Takht-e Jamshid bererti ‘singgahsana Jamshid’.

Cyrus The Great adalah tokoh penting kepada uasaha merealisasikan bandar impian ini. Sayangnya Alexander The Great yang datang selepas itu menawan dan memusnahkan sebahagian besar kota ini. Ini adalah sebahagian dari dendam kesumat Alexander selepas kononnya mempercayai Acropolis terbakar atas tipu helah Darius III.

Bukti arkeologi menyatakan bahawa tinggalan-tinggalan terawal Persepolis wujud sejak dari sekitar 518 SM. Dipercayai bahawa Cyrus The Great yang telah memilih tapak ini manakala teres dan istana-istana yang besar dibina oleh Darius The Great.

Pangunjung yang hadir akan berhadapan dengan Tangga Agung sebelum mengadap pintu negara-negara. Dikatakan pintu yang dibina Xerxes ini merujuk kepada kehadiran pemimpin-pemimpin negara lain untuk berbincang isu semasa pada zaman itu. Persepolis dianggap PBB pada masa tersebut yang pastinya diketuai oleh pemerintah Parsi.

Persepolis ini mengangkumi empat teres utama,  Bahagian timurnya bersandar pada Kuh-e Rahmet atau gunung belas kasihan. Tiga bahagian yang lain adalah dibentuk oleh dinding penahan, yang berbeza-beza dari segi ketinggian dengan lereng tanah. Untuk membuat tingkat teres, tekanan telah diisi dengan tanah dan batu-batan berat, yang disambungkan dengan klip-klip  besi.

Secara puratanya, lereng-lereng ini membentuk latar persepolis 20 meter lebih tinggi dari aras tanah. Pengunjung perlu melalui 111 anak tangga sebelum sampai di bahagian awal yang menempatkan pintu negara-negara.

Bangunan yang terbesar dan paling rumit di Persepolis ialah balai menghadap atau Apadana, yang mempunyai 36 batang tiang serta dua buah anak tangga yang besar.

Darius  telah menitahkan pembinaan Istana Apadana dan Balai Perdebatan yang juga dipanggil Tripylon atau Balai Tiga Pintu. Manakala bangunan Perbendaharaan Empayar dan persekitarannya telah disiapkan pada zaman pemerintahan puteranya iaitu Raja Xerxes I. Pembinaan bangunan-bangunan tambahan di tempat tersebut berterusan sehingga kejatuhan dinasti Ahaemenes. Sebenarnya, sehingga  kejatuhan empayar besar ini, Persepolis masih belum disiapkan 100%.

Penyelidik pertama di Persepolis yang bernama Ernest Herzfeld mempercayai bahawa di sebalik pembinaan Persepolis ialah keperluan untuk mencipta sebuah suasana hebat dan agung sebagai lambang empayar. Ini harus dilakukan memandangkan Parsi merupakan kuasa terbesar dan terhebat pada masa itu.

Ciri utama senibina Persepolis ialah tiang-tiangnya yang diperbuat daripada kayu. Apabila kayu-kayu ini tidak memenuhi kehendak saiz, maka barulah para arkitek diarahkan untuk menggunakan batu.

Bangunan-bangunan di Persepolis dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu tempat tinggal para tentera, bangunan perbendaharaan dan tempat menyambut tetamu dan istana-istana untuk Raja-Raja. Bangunan-bangunan ini termasuk  Balai Seratus Tiang, Balai Tripylon dan Istana Tachara Darius, Istana Hadish Xerxes dan  Istana Artaxerxes III, Persepolis juga mempunyai 3 dinding kubu setinggi 7 meter, 14 meter dan 27 meter. Namun kubu-kubu ini sudah tidak lagi kelihatan.

Teks kuno yang dijumpai di Persepolis jelas memperlihatkan Alexander telah membakar dan memusnahkan bandar impaian ini.

“Apabila seorang pelacur yang mabuk memberikan pendapatnya pada masa itu, satu atau dua, mereka juga sarat dengan arak, bersetuju. Raja itu juga, lebih tamak untuk arak daripada yang mampu dibawanya, menjerit: Mengapa tidak, jadi, belalah Greece dan letakkan obor pada bandar-bandar (5) Semuanya telah sarat dengan arak, jadi mereka bangun semasa mabuk untuk membakar bandar-bandar yang mereka telah biarkan semasa bersenjata. Raja itu adalah yang pertama untuk membaling obornya pada istana, kemudian pantas diikuti oleh semua tetamu, hamba dan pengiringnya. Istana itu telah kebanyakkannya dibina dengan cedar, yang api cepat merebak padanya dan semarakkan kebakaran yang besar.

(6) Apabila askar, yang berkhemah tidak jauh dari bandar, nampak akan kebakaran itu, menyangka bahawa ia adalah suatu kemalangan, jadi mereka segera ke sana untuk memberikan pertolongan. (7) Tetapi apabila mereka tiba di foyer istana itu, mereka nampak bahawa raja itu sendiri yang menambah kearah api dan menyemarakkannya lagi. Jadi, mereka meletakkan air yang mereka bawa, dan mereka juga mula membaling kayu kering pada bangunan yang terbakar itu.

Itulah kesudahan ibukota keseluruhan Timur. (10) Orang-orang Mecedonia berasa malu bahawa bandar yang masyhur telah dimusnahkan oleh Raja mereka pada masa dia mabuk; jadi perbuatan itu dianggap sebagai bersungguh-sungguh, dan mereka memaksa diri mereka untuk mempercayai bahawa ia adalah betul untuk dihapuskan dalam cara itu.”- (Cleitarchus, FGrHist. 137, F. 11 (=Athenaeus 13. 576d-e))

Sehingga kini, usaha balik pulih masih terus dilaksanakan. Bagi aku yang hadir beribu tahun selepas itu masih mengakui bahawa Persepolis sememangnya sebuah kota idaman…

MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-18

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Julai 24, 2008 by syirfan
 

Kami telah tiba di Shiraz. Bandar kelima yang mempunyai populasi tertingggi di Iran. Selain sejarah, Shiraz juga dikenali sebagai kota seni dan bunga.  Selain itu, Shiraz antara kawasan yang mempunyai banyak kebun buah-buahan. Shiraz juga terkenal sebagai lokasi carigali minyak dan pusat industri berasaskan elektronik.

Lokasi utama kami – Persepolis yang terletak 70 km ke timur laut bandar Shiraz. Sepanjang perjalanan, latar sosio budaya jelas kelihatan. Perjalanannya tidaklah lama kerana sistem lalulintas agak baik di sini. Dalam kata mudah, mereka tahu apa itu lampu isyarat dan kawasan larangan memotong. Pengalaman di Mesir banyak mengajar kami bahawa bukan mudah mendidik masyarakat untuk mengikut undang-undang lalulintas.

Persepolis, kota impian masyarakat Persia. Lokasi letak kereta agak jauh dari kota di atas bukit ini. Pengunjung perlu berjalan sekitar 200 meter untuk sampai di tangga pertama Persepolis. Ini mungkin untuk mengelak gegeran kecil yang mungkin akan mengganggu struktur persepolis.

Dikatakan Persepolis terletak bersebelahan dengan sungai Pulwar yang akan kemudian bersambung dengan sungai Kur (Cyrus). Kur juga bermaksud naga. Namun kami tidak nampak pula sungai itu. Mungkin jika hadir sekali lagi, sungai itu akan kami terokai.

Persepolis – Ia memang sebuah kota impian. Anda hanya perlu hadir sekali di puncak ini dan anda akan mengakui, inilah kota idaman. Sebuah kota yag dibina sekitar 518 SM masih kekal meninggalkan simbol kemegahan dan masih gagah menongkah kemodenan. Jika Alexander The Great tidak membakar kota ini, pasti Persepolis akan menjadi satu monumen agung yang akan dikenang dan dikaji sampai bila-bila.

Kota ini sangat besar. Jika pengunjung ingin mendengar informasi setiap tiang, lukisan, pecahan batu dan sebagainya dari guide yang bagus-bagus disini, rasanya pengunjung perlukan lebih dari 2 hari untuk melihat dan mendengar penerangan ini. Terdapat juga sebuah muzium di bahagian belakang Persepolis.

Untuk masa ini, biarlah pengujung blog ini menikmati wajah-wajah Persepolis yang sempat kami rakamkan dengan kamera lensa yang tak seberapa ini.

Selesai di Persepolis, kami langsung ke Shiraz Bazar.

Shiraz Bazar - 1881

Shiraz Bazar. Tidak ada tarikh tepat berkenaan terdirinya bazar ini, namun sebuah lukisan Bazar Shiraz  tahun 1818 menggambarkan bazar ini sudah megah menjadi saksi perkembangan Shiraz sebelum tahun 1818 lagi. Setelah sekian lama, bazar ini masih mengekalkan instumen sejarahnya. Bazar besar ini terus menjadi ikon penting kepada kota sejarah, Shiraz.

Selesai membeli barang sedikit cenderahati dari Shiraz, kami terus kembali ke hotel dalam kedinginan. Sebentar lagi, kedinginan dan kerinduan pasti akan lebih lagi menggigit.