MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-16

Selamat datang ke salah satu kota paling penting di dunia, Tehran. Paling diingati tentang Tehran pastinya kilang senjata, pelbagai produk kimia dan yang utama ialah nuklear. Tehran yang terletak di kaki pergunungan Alborz menjanjikan keistimewaan yang tersendiri.

Sesuai sebagai pengeluar minyak utama dunia, petrol di Iran hampir tiada nilainya. Apabila kita mengisi minyak di Iran, sebenarnya kita hanya perlu membayar kos pengurusan dan perkhidmatan stesen minyak itu sahaja. Sangat murah. Jangan bandingkan dengan Malaysia! Jauh bezanya…

Komuniti di sini bercampur baur antara Persia, Azeris, Armenia, Yahudi dan Afghan.

Kota Rages sebenarnya muncul lebih awal dari Tehran. Tehran hanyalah sebuah desa kecil dan mula membangun selepas Mongol memusnahkan Kota Rages. Penduduk mula berpindah dan bangunlah tehran mencipta keagungannya. Terdapat usaha untuk memindahkan pusat pemerintahan ke Shiraz sesuai dengan sejarah Shiraz yang sangat terkenal serata dunia. Namun pada 1795, ketika raja yang memerintah iaitu Qajar Agha Mohammad Khan memegang takhta, Tehran diangkat menjadi ibukota Persia dan kekal hingga hari ini.

Perang Dunia ke-2, Tehran menjadi lokasi Konferensi Teheran (1943) yang dihadiri Presiden Franklin Delano Roosevelt, Perdana Menteri Winston Churchill dan PM Joseph Stalin. Selepas itu tehran menjadi saksi pelbagai drama rusuhan, pembunuhan, gempa bumi, darurat, perang dan sebagainya. Kini, walaupun ia telah lama berlalu, lukanya masih belum terbebat. Masih berdarah.

Hari ini kami bermula agak lewat. Sepuluh pagi baru kami menyusur bandar Tehran menuju ke Muzium Sejarah Tehran – lokasi yang boleh memberi gambaran awal tentang sejarah panjang Tehran yang ingin kami telusuri. Guide yang kami ambil dari travel agent agak bagus dalam memberi input awal.

Muzium sejarah Tehran memang istimewa. Semuanya tersusun dan dijaga dengan baik. Kurator yang sangat bersedia dan boleh menerangkan hampir apa sahaja. Banyak yang kami temui disini. Namun seperti mana kata guide kami – sejarah iran/persia masih wujud di Shiraz. Ini bermakna, Shiraz harus kami terokai.

Jarak? lebih 8 jam perjalanan darat! Terima kasih. Kami memilih untuk menggunakan laluan udara. Pantas mereka menguruskannya.

Asas kembara menjadi Zulkarnain di Iran adalah berkait rapat dengan kerajaan Persia lama. Lebih tepat lagi adalah cuba membuktikan bahawa Cyrus The Great adalah Zulkarnain.

Mungkin sejarah Cyrus The Great agak tersembunyi dan disembunyikan. Watak beliau sebagai seorang penguasa yang sangat alim, adil dan bijak tidak dipersembahkan sewajarnya. Persoalan lainnya ialah mengapa ia boleh berlaku? Adakah sejarawan barat menurut rsatu rahsia penting?

Selepas leka memahami sejarah di muzium, kami mencari makanan tengahari ke kembali semula ke hotel. Kami ada temujanji penting petang nanti.

Kami diberitahu bahawa kami akan berjumpa dengan dengan seorang sejarawan yang memang mempunyai kepakaran berkait dengan Persia dan Cyrus. Apabila guide meminta kami berpakaian kemas, kami tidaklah ambil serius lokasi yang ingin dibawa. Mungkin pada kami untuk bertemu orang-orang sebegini perlukan kami berpakaian kemas.

Maka, selepas 2 minggu dalam kembara, petang itu kami berempat sangatlah kacaknya. Semuanya memakai kemeja dan blazer hitam yang kami beli dengan harga yang agak murah di Sanaa. Tidaklah boleh digambarkan hensomnya. Dengan gaya lelaki-lelaki macho, kami pun pergilah ke pertemuan itu.

Jeng, jeng, jeng… apabila tiba disana, kami disambut dan segera diasak memasuki sebuah dewan. Sebelum masuk kami dihulur dengan kopiah putih. Apa nie? Didalam dewan ini ramai yang telah menunggu dan kami berlima, termasuk guide di paksa duduk di bahagian hadapan, sebelah kanan pentas dan upacara pun bermula.

Sukar untuk diterangkan. Biarlah gambar-gambar ini berbicara dahulu… 

 

Dalam dewan ini kami benar-benar dilihat sebagai manusia pelik dan bodoh. Kami mengikut apa sahaja dilakukan sambili cuba memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Rupanya kami sedang berada dalam majlis keagamaan untuk agama Zoaster. Zoaster? Majusi!, Oh sudah…

Segalanya berlaku pantas dan sangat lucu. Kami yang tidak memahami sepatah pun perkataan hanya memerhati dan memerhati. Unsur-unsur Majusi dan menyembah api wujud secara jelas. Nasib baiklah Fariz memberitahu bahawa Zoester adalah agama samawi dan dibawa oleh nabi Daniel. Selesai majlis barulah kami diberikan diskusi tentang agama Zoester dan Cyrus.

Dalam diskusi itu, bergetar juga hati bila diberitahu bahawa mereka percaya bahawa agama paling lengkap adalah Islam. Namun, mereka adalah Zoester dan akan kekal Zoester. Ini berlaku kerana Zoester adalah agama keturunan. Hampir seperti Yahudi. satu yang lebih menarik ialah mereka menyatakan bahawa Cyrus menganut agama Zoester!

Usai majlis, tiada apa yang boelh kami ceritakan selain ketawa sepanjang perjalanan. Macam-macam yang mengelikan hati. Antaranya situasi apabila kami dihulur kek selepas upacara keagamaan itu. Kami ragu-ragu untuk makan. Bro Joe mengemukakan teorinya. Beliau ada terbaca artikel yang menyebut – semua makanan di Iran adalah HALAL. Mendengar hujah itu dan ketakutan kami penganut Zoester itu rasa kecewa kami pun menjamah kek tersebut dalam keadaan sudi dan tidak…

Lucu juga bila mengenangkan aksi dan kopiah kulup yang dipakai oleh Bro Akmal. Kami ketawa kerana ia dilihat macam seorang mualaf. Aku dan Fariz ketawa bila bercerita tentang kami banyak memegang kamera dan mengambil gambar sebanyak mungkin untuk mengelak mengikuti aktiviti ritual mereka.

Apa pun ia telah berakhir dan kenangan bersama dalam ritual agama Zoester kekal selamanya. Adakah mungkin kami rakyat malaysia yang pertama terlibat dalam ritual agama  menyembah api itu?

6 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-16”

  1. zaidi zainudin Says:

    wei bro.. jauh kau berjalan..akulah zaidi a.k.a blang. bila mau balik malaysia?
    anak ko dah berapa yer.. aku baru sorang..10 bulan..apa2hal..leh contact aku 012 6805525

  2. wei…

    aku ada kat malaysialah. Journey tu bulan 4 dan 5. Tak ada masa nak load story… ogos nie aku pergi sekali lagi.

    Ha, bila kau nikah nie? tiba2 jer dah ada anak? Aku dah nak masuk 3 bulan Nov nie.

    nanti aku call kau..

  3. amazing journey.. i wish i cud tag along.. but my sayang can’t fit me in his luggage..sob sob…

  4. Ajai…

    Journey biasa jer. Journey u ke Hong Kong dan Korea lagi best aper.
    Anyway… doalah projek nie berjaya. Ogos nie kami fly semula.. hehehe

  5. Salam,

    Wah, hebat nian perjalanan Bang Syirfan ni. Tapi mana itu foto yang memakai kemeja dan blazer hitam hingga tampak kacak dan hensomnya? Hehe …
    Oh ya, mengapa judul kajian ini “Alexander Bukan Zulkarnain”? Apakah sudah diperoleh bukti bahwa Alexander the Great memang bukan Zulkarnain, laki-laki yang disebutkan dalam Al-Qur’an? Maaf, saya belum membaca semua kisah perjalanan Bang Syirfan.
    Selamatlah. Semoga perjalanannya sukses!

  6. Salam…

    Foto lelaki-lelakii kacak dan hensom itu tidak diizinkan untuk disiarkan atas alasan keselamatan. hehehe

    Kajian “Alexander Bukan Zulkarnain” merupakan kajian untuk penerbitan dokumentari TV. Memang tajuknya agak “gempak”. Saja dibina tajuk sedemikinan untuk menarik perhatian ramai.

    Sehingga kini masih belum menadapat bukti yang jelas untuk mempertikaikan kenyataan adakah Alexander The Great adalah Zulkarnaian yang merupakan tokoh yang disebut di dalam Al-Quran. Sehingga kini, terdapat 3 teori kasar yang menjadi asas kajian.

    Teori-teori itu berkisar pada tokoh Alexander The Great, King Himyar dan Cyrus The Great. Moga kajian ini akan membuka lembaran baru kepada persepsi masyarakat di Nusantara. Ogos ini saya akan kembali ke lokasi-lokasi ini untuk penggambaran seterusnya.

    Moga semuanya berjalan lancar….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: