MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-17

 

Mari sebentar mengkagumi Iran.

Tanah Arya atau Iran, sebuah negara di Asia Barat. Bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq di sebelah barat. Dikelilingi dengan negara-negara pelbagai gaya berpolitik, ideologi dan isu dunia,  menjadikan Iran negara yang boleh dijadikan kawan dan lawan.

Namun kita harus menghormati Iran. Iran mempunyai tamadun yang tertua di dunia. Ia berusia hampir 6000 tahun. Perlu juga kita hargai kerana Iran adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Sememangnya sejarah Iran cukup panjang dan mempunyai pelbagai warna pada kanvas tamadunnya. Jatuh bangun menjadi ritma kepada satu peradaban bangsa. Inilah Iran yang bernafas dari empayar Parsi.

Boleh dikatakan jadual kami agak padat hari ini.  Kami akan mula memahami “simbol” Zulkaranain lewat kajian kami di bumi Iran ini. Watak utama yang menjadi fokus setelah sekian lama ialah seorang figura bergelar Cyrus The Great. Satu persoalan yang dicabar oleh akal ialah mengapa tokoh penguasa dan penakluk hebat ini tersembunyi dari sejarah.

Siapakah Cyrus The Great ini akan akan saya sampaikan beberapa hari lagi selepas mendapat gambaran sepenuhnya.

Awal pagi kami sudah ke Travel Agent menguruskan apa yang perlu. Paling penting tentang penerbangan kami ke Shiraz, lokasi sejarah terpenting dalam pengembaraan kali ini. Selain itu Bro Akmal sibuk menguruskan bil dan masalah-masalah kewangan dan logistik. Bro Akmal merupakan jutawan di bumi Iran ini… hehehe. Sebagai nota, RM 1 bersamaan 2476.7 rial Iran. Bayangkan kalau kita ada RM 1000 di dalam saku…

Dari situ kami bergerak ke Universiti Of Tehran. Selepas mendapat pandangan mereka yang sudah hafal dan hafaz sejarah Cyrus, kami bergerak pula ke Pameran Buku Antarabangsa Iran di tengah-tengah kota Tehran. Jujurnya pameran buku ini lebih besar dari di Malaysia dan sambutannya sangat menakjubkan. Menurut Farez, inilah pameran buku yang paling “cantik”. Cantik?

Gadis Iran boleh dikatakan paling cantik yang kami temui sepanjang perjalanan kali ini. Bermata biru, dan bertudung (bertudung adalah wajib di Iran) dan memakai pakaian berwarna gelap menjadikan mereka sangat unik untuk dikenali. Tidak ada perempuan Iran yang bertubuh besar!!! Bila  Farez menyatakan hujahnya bahawa perempuan Iran paling cantik, kami semua bersetuju dan mengangguk kepala. Tidak ada penafian. Kita serahkan semuanya pada yang pakar… 

Setelah letih berpusing di dalam ruang ilmu yang besar dan tidak memahami apa-apa kerana buku-buku ditulis dalam bahasa Parsi dan setelah letih melihat buku-buku yang “cantik”, kami bergerak ke Restoran untuk makan tengahari. Satu hal penting yang harus diberi tahu bahawa pameran buku yang sangat besar itu dilaksanakan di dalam kawasan masjid!

Selesai makan, kami terus ke bilik hotel untuk bersedia dengan penerbangan lewat senja ke kota sejarah, Shiraz.

Malam itu, setelah beberapa jam terpaku di Lapangan Terbang kerana penerbangan dilewatkan atas sebab yang tidak diketahui, kami terbang ke dalam sejarah…

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: