MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-18

 

Kami telah tiba di Shiraz. Bandar kelima yang mempunyai populasi tertingggi di Iran. Selain sejarah, Shiraz juga dikenali sebagai kota seni dan bunga.  Selain itu, Shiraz antara kawasan yang mempunyai banyak kebun buah-buahan. Shiraz juga terkenal sebagai lokasi carigali minyak dan pusat industri berasaskan elektronik.

Lokasi utama kami – Persepolis yang terletak 70 km ke timur laut bandar Shiraz. Sepanjang perjalanan, latar sosio budaya jelas kelihatan. Perjalanannya tidaklah lama kerana sistem lalulintas agak baik di sini. Dalam kata mudah, mereka tahu apa itu lampu isyarat dan kawasan larangan memotong. Pengalaman di Mesir banyak mengajar kami bahawa bukan mudah mendidik masyarakat untuk mengikut undang-undang lalulintas.

Persepolis, kota impian masyarakat Persia. Lokasi letak kereta agak jauh dari kota di atas bukit ini. Pengunjung perlu berjalan sekitar 200 meter untuk sampai di tangga pertama Persepolis. Ini mungkin untuk mengelak gegeran kecil yang mungkin akan mengganggu struktur persepolis.

Dikatakan Persepolis terletak bersebelahan dengan sungai Pulwar yang akan kemudian bersambung dengan sungai Kur (Cyrus). Kur juga bermaksud naga. Namun kami tidak nampak pula sungai itu. Mungkin jika hadir sekali lagi, sungai itu akan kami terokai.

Persepolis – Ia memang sebuah kota impian. Anda hanya perlu hadir sekali di puncak ini dan anda akan mengakui, inilah kota idaman. Sebuah kota yag dibina sekitar 518 SM masih kekal meninggalkan simbol kemegahan dan masih gagah menongkah kemodenan. Jika Alexander The Great tidak membakar kota ini, pasti Persepolis akan menjadi satu monumen agung yang akan dikenang dan dikaji sampai bila-bila.

Kota ini sangat besar. Jika pengunjung ingin mendengar informasi setiap tiang, lukisan, pecahan batu dan sebagainya dari guide yang bagus-bagus disini, rasanya pengunjung perlukan lebih dari 2 hari untuk melihat dan mendengar penerangan ini. Terdapat juga sebuah muzium di bahagian belakang Persepolis.

Untuk masa ini, biarlah pengujung blog ini menikmati wajah-wajah Persepolis yang sempat kami rakamkan dengan kamera lensa yang tak seberapa ini.

Selesai di Persepolis, kami langsung ke Shiraz Bazar.

Shiraz Bazar - 1881

Shiraz Bazar. Tidak ada tarikh tepat berkenaan terdirinya bazar ini, namun sebuah lukisan Bazar Shiraz  tahun 1818 menggambarkan bazar ini sudah megah menjadi saksi perkembangan Shiraz sebelum tahun 1818 lagi. Setelah sekian lama, bazar ini masih mengekalkan instumen sejarahnya. Bazar besar ini terus menjadi ikon penting kepada kota sejarah, Shiraz.

Selesai membeli barang sedikit cenderahati dari Shiraz, kami terus kembali ke hotel dalam kedinginan. Sebentar lagi, kedinginan dan kerinduan pasti akan lebih lagi menggigit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: