MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-18 (PERSEPOLIS YANG AKU KAGUMI)

Persepolis, 1878 oleh Frederick Stacpool

Catatan teks kuno yang dijumpai di Persepolis menyebut:

Persepolis adalah ibukota kepada negara pemerintahan Persia. Alexander telah  menceritakan kepada orang-orang Macedonia bahawa ianya sebagai Bandar yang paling dibenci di Asia, dan diberikan oleh askar-askarnya untuk dicerobohi, kesemuanya kecuali istana-istananya. (2) + Ia merupakan bandar yang paling kaya di bawah matahari dan rumah-rumah persendiriannya telah dihiasi dengan pelbagai kekayaan beberapa tahun. Orang-orang Macedonia berebut untuk menyembelih kesemua lelaki yang mereka jumpa dan mencerobohi penduduk-penduduk; kebanyakkan daripada rumah-rumah itu merupakan milik orang-orang biasa dan dibekalkan dengan perabot yang banyak dan memakai pakaian yang pelbagai… (Diod. 17.70.1-73.2) 17.70 (1)

 

Persepolis – sebuah kota idaman…

Parsi adalah tamadun yang berpusat di timur laut Iran. Empayar ini dimulakan dengan dinasti Arsacid.  Persepolis jua dikenali sebagai Parsa yang membawa maksud ‘kota bangsa Parsi’  atau ‘bandar raya Orang Persia’. Ia merupakan kota istiadat Empayar Achaemenes, dinasti Iran yang kedua.

Persepolis juga adalah hasil terjemahan dari bahasa Yunani yang bermaksud ‘bangsa Parsi’. Di Iran, tapak ini kini dikenali sebagai Takht-e Jamshid bererti ‘singgahsana Jamshid’.

Cyrus The Great adalah tokoh penting kepada uasaha merealisasikan bandar impian ini. Sayangnya Alexander The Great yang datang selepas itu menawan dan memusnahkan sebahagian besar kota ini. Ini adalah sebahagian dari dendam kesumat Alexander selepas kononnya mempercayai Acropolis terbakar atas tipu helah Darius III.

Bukti arkeologi menyatakan bahawa tinggalan-tinggalan terawal Persepolis wujud sejak dari sekitar 518 SM. Dipercayai bahawa Cyrus The Great yang telah memilih tapak ini manakala teres dan istana-istana yang besar dibina oleh Darius The Great.

Pangunjung yang hadir akan berhadapan dengan Tangga Agung sebelum mengadap pintu negara-negara. Dikatakan pintu yang dibina Xerxes ini merujuk kepada kehadiran pemimpin-pemimpin negara lain untuk berbincang isu semasa pada zaman itu. Persepolis dianggap PBB pada masa tersebut yang pastinya diketuai oleh pemerintah Parsi.

Persepolis ini mengangkumi empat teres utama,  Bahagian timurnya bersandar pada Kuh-e Rahmet atau gunung belas kasihan. Tiga bahagian yang lain adalah dibentuk oleh dinding penahan, yang berbeza-beza dari segi ketinggian dengan lereng tanah. Untuk membuat tingkat teres, tekanan telah diisi dengan tanah dan batu-batan berat, yang disambungkan dengan klip-klip  besi.

Secara puratanya, lereng-lereng ini membentuk latar persepolis 20 meter lebih tinggi dari aras tanah. Pengunjung perlu melalui 111 anak tangga sebelum sampai di bahagian awal yang menempatkan pintu negara-negara.

Bangunan yang terbesar dan paling rumit di Persepolis ialah balai menghadap atau Apadana, yang mempunyai 36 batang tiang serta dua buah anak tangga yang besar.

Darius  telah menitahkan pembinaan Istana Apadana dan Balai Perdebatan yang juga dipanggil Tripylon atau Balai Tiga Pintu. Manakala bangunan Perbendaharaan Empayar dan persekitarannya telah disiapkan pada zaman pemerintahan puteranya iaitu Raja Xerxes I. Pembinaan bangunan-bangunan tambahan di tempat tersebut berterusan sehingga kejatuhan dinasti Ahaemenes. Sebenarnya, sehingga  kejatuhan empayar besar ini, Persepolis masih belum disiapkan 100%.

Penyelidik pertama di Persepolis yang bernama Ernest Herzfeld mempercayai bahawa di sebalik pembinaan Persepolis ialah keperluan untuk mencipta sebuah suasana hebat dan agung sebagai lambang empayar. Ini harus dilakukan memandangkan Parsi merupakan kuasa terbesar dan terhebat pada masa itu.

Ciri utama senibina Persepolis ialah tiang-tiangnya yang diperbuat daripada kayu. Apabila kayu-kayu ini tidak memenuhi kehendak saiz, maka barulah para arkitek diarahkan untuk menggunakan batu.

Bangunan-bangunan di Persepolis dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu tempat tinggal para tentera, bangunan perbendaharaan dan tempat menyambut tetamu dan istana-istana untuk Raja-Raja. Bangunan-bangunan ini termasuk  Balai Seratus Tiang, Balai Tripylon dan Istana Tachara Darius, Istana Hadish Xerxes dan  Istana Artaxerxes III, Persepolis juga mempunyai 3 dinding kubu setinggi 7 meter, 14 meter dan 27 meter. Namun kubu-kubu ini sudah tidak lagi kelihatan.

Teks kuno yang dijumpai di Persepolis jelas memperlihatkan Alexander telah membakar dan memusnahkan bandar impaian ini.

“Apabila seorang pelacur yang mabuk memberikan pendapatnya pada masa itu, satu atau dua, mereka juga sarat dengan arak, bersetuju. Raja itu juga, lebih tamak untuk arak daripada yang mampu dibawanya, menjerit: Mengapa tidak, jadi, belalah Greece dan letakkan obor pada bandar-bandar (5) Semuanya telah sarat dengan arak, jadi mereka bangun semasa mabuk untuk membakar bandar-bandar yang mereka telah biarkan semasa bersenjata. Raja itu adalah yang pertama untuk membaling obornya pada istana, kemudian pantas diikuti oleh semua tetamu, hamba dan pengiringnya. Istana itu telah kebanyakkannya dibina dengan cedar, yang api cepat merebak padanya dan semarakkan kebakaran yang besar.

(6) Apabila askar, yang berkhemah tidak jauh dari bandar, nampak akan kebakaran itu, menyangka bahawa ia adalah suatu kemalangan, jadi mereka segera ke sana untuk memberikan pertolongan. (7) Tetapi apabila mereka tiba di foyer istana itu, mereka nampak bahawa raja itu sendiri yang menambah kearah api dan menyemarakkannya lagi. Jadi, mereka meletakkan air yang mereka bawa, dan mereka juga mula membaling kayu kering pada bangunan yang terbakar itu.

Itulah kesudahan ibukota keseluruhan Timur. (10) Orang-orang Mecedonia berasa malu bahawa bandar yang masyhur telah dimusnahkan oleh Raja mereka pada masa dia mabuk; jadi perbuatan itu dianggap sebagai bersungguh-sungguh, dan mereka memaksa diri mereka untuk mempercayai bahawa ia adalah betul untuk dihapuskan dalam cara itu.”- (Cleitarchus, FGrHist. 137, F. 11 (=Athenaeus 13. 576d-e))

Sehingga kini, usaha balik pulih masih terus dilaksanakan. Bagi aku yang hadir beribu tahun selepas itu masih mengakui bahawa Persepolis sememangnya sebuah kota idaman…

2 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-18 (PERSEPOLIS YANG AKU KAGUMI)”

  1. Salam buat saudara…
    Semoga terbongkar segala kekusutan dan kekeliruan anatara Iskandar dan Alexander.

    Pernah kah saudara melihat pakaian raja parsi memakai kain merah dibelakang dan memakai topi besi yang tidak mempunyai jambul diatsanya?
    Atau memang sudah ada dalam simpanan saudara ttg gambar yang saya nyatakan tsbt ?

    Kalau ada, saya sangat berharap agar saudara dapat mengirimkan kpd saya melalui email atau atau pos. Saya akan bayar kos jika di pos.

  2. Shah, terima kasih.
    Saya tidak mempunyai gambar yang saudara maksudkan. Namun jika terjumpa saya akan maklumkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: