MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE 19 (CYLINDER CYRUS)

Apabila barat memberi kata putus bahawa demokrasi dilahirkan di barat – tepatnya Rom, ramai bingkas mempertikaikan. Ujar mereka, jika demokrasi itu dilahirkan di barat, lantas apakah yang cuba disampaikan oleh Cylinder Cyrus yang jauh lebih tua dari demokrasi kelahiran barat?

‘Cyrus The Great Cylinder’ juga dikenali sebagai Cylinder Cyrus. Cylinder Cyrus adalah artifak dari zaman Empayar Parsi yang mengandungi perisytiharan Cyrus The Great yang tertulis dalam tulisan pepaku Babylonia dalam bahasa Akkadian pada silinder tanah liat. Ia adalah salah sebuah teks-teks kuno paling terkenal pada zaman itu.

Ketika memasuki Babylon- tepatnya pada 29 oktober 539 SM, Cyrus The Great membuat perisytiharan ini yang mengandungi kisah mengenai pencapaiannya , akta-akta hak kemanusiaan serta pohon salasilah keluarga dirajanya.

Piagam ini jelas menyatakan hak beragama tanpa paksaan!

Silinder yang disifatkan sebagai piagam pertama hak asasi manusia ditemui oleh Hormuzd Rassam, seorang ahli arkeologi Assyria-British pada tahun 1879 dan kini berada dalam simpanan Muzium British, London.  Replika Silinder ini juga terdapat di tingkat dua, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Silinder ini telah diterjemahkan kepada 6 bahasa utama PBB pada 1971.

Cylinder Cyrus kini telah menjadi sebahagian identiti budaya Iran. Gambar silinder ini telah dicipta pada setem-setem dan nota-nota bank. Ianya telah dikeluarkan di Tehran dan Persepolis sepanjang tahun 1971 sempena perayaan ulang tahun. Replika silinder ini juga telah banyak dibuat.

Barat memberi definasi demokrasi yang sangat baik kepada dunia (definasi bukan pelaksanaan), tetapi mengapa piagam hak asasi ini tidak membawa mesej jelas bahawa demokrasi sebenarnya telah tercetus awal oleh pemerintah Parsi?

Adakah hak-hak manusia dan kebebasan beragama itu bukan demokrasi?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: