MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-19

I am Cyrus, who gave the Persians an empire, and was king of Asia – Cyrus The Great

Hari ini kami merancang untuk ke Pasardagae. Ia merupakan lokasi “wajib” jika hadir ke Iran untuk mencari Zulkarnain. Ada 2 sebab utama. Pertama, wujud satu ukiran batu yang dirujuk sebagai Zulkarnain. Sebab keduanya ialah di sinillah terdapatnya makam Cyrus The Great.

Selepas hampir 2 jam perjalanan, Kami berhenti di satu kawasan perkuburan yang dikenali sebagai Naqsh-e Rustam atau Necropolis. Perkataan “Rustam” itu diambil dari tokoh mistik masyarakat Iran. Ia juga dikenali sebagai ‘Persian crosses’ merujuk kepada bentuk salib yang terdapat di permukaan pintu makam.

Apabila raja-raja yang memerintah Parsi mangkat, mayat mereka akan diselenggarakan dengan adat istiadat dan dikebumikan di kawasan bukit ini. Sebagai tanda, permukaan bukit tersebut akan diukir sebagai lambang keagungan penghuni di dalamnya.

Necropolis - April 1921 

Necropolis – April 1921

Kawasan ini pernah musnah dan kini dibangunkan semula dengan bentuk asalnya. Terdapat juga peniaga-peniaga kecil disekitar kawasan berbayar ini. Untungnya, mereka menjual barangan cenderahati dengan harga yang lebih murah dari cenderahati di Tehran. Farez sempat juga membeli klon “Silender Cyrus”. Berhajat juga ingin membeli, tetapi memandangkan beratnya yang lebih dari 5kg, kami memikirkan sekali lagi. Mungkin akan beli pada kembara akan datang.

Kehebatan Silinder Cyrus akan saya ulas nanti.

Pasargadae (disebut pa-sar-gad) terletak lebih kurang 40 km dari Persepolis. Pasargadae bermaksud kebun bunga Parsi. Ia sebuah kota yang dibina tanpa disiapkan oleh Cyrus The Great sekitar 546 SM. Sebagai catatan, Cyrus terkorban pada 530 atau 529 SM dalam peperangan.

Akhirnya kami sampai juga di hadapan ukiran batu yang sangat sinonim dengan Zulkarnain. Sebelum ini melihat melalui gambar lewat laman web dan buku-buku, kini kami berdiri di hadapannya. Ciri-ciri yang digambarkan tentang Zulkarnain jelas kelihatan disini.

Walaupun ada menyatakan ukiran ini merujuk kepada Cyrus The Great, ia langsung tidak menggugah persepsi. Mungkin besar, mungkin tidak. Mungkin juga inilah kebenaran yang menyatakan Cyrus The Great itulah Zulkarnain. Segalanya masih dalam kajian…

Penemuan penting berkenaan Pasargadae ialah stuktur bangunan yang dibina boleh menahan gegaran gempa bumi sekurang-kurangnya untuk 7 skala richter. Penemuan ini sangat memeranjatkan dunia moden.

Makam Cyrus pula terletak berdekatan dengan kubu Toll-e Takht. Kubur ini juga baru dikenalpasti pada 2006. Kawasan kajian arkeologi dibawah selanggaraan UNESCO ini seluas 1.6 km persegi.

Makam Cyrus The Great pula merupakan monumen paling dilawati untuk masa ini. Kubur yang dibina dengan struktur 3.17 m panjang, 2.11 meter lebar dan 2.11 m tinggi ini kini menjadi bahan paling hangat untuk diselidiki. Terlalu banyak isu dan bantahan berkait rapat dengan makam ini dari sudut kronologi sejarah, perbalahan agama Cyrus, mistikal dan sebagainya. Untuk masa ini, sejarah menyatakan: inilah tempat Cyrus The Great, pemerintah terhebat dari Parsi dikebumikan.

Diceritakan bahawa Alexander The Great pernah sampai di kawasan makam ini dan memberi tabik hormat kepada tokoh penguasa yang terhebat ini.

Banyak perkara dan latar sejarah yang ingin dikongsi, namun biarlah jadi rahsia sehingga kembara kami sampai sekali lagi nanti untuk merakam sejarah Cyrus The Great dan kaitannya dengan Zulkarnain.

Kami harus berkejar balik ke Shiraz kerana kami sepatutnya terbang kembali ke Tehran lewat petang nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: