MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-20

Dua puluh hari dalam perantauan. Jauh nun tersorok dari peta dunia. Akal sudah tidak mengambil keputusan yang wajar. Hati kini lebih menguasai. Walaupun boleh ber’sms’ dan sesekali membuat panggilan kepada isteri dan anak-anak, namun kerinduan itu tidak pernah terubat. Ia makin luka…

Pukul 3 pagi. Masih terlalu awal. Kaldai masih belum bangun, kami sudah bergerak ke lapangan terbang untuk meneruskan kembara. Buat masa ini kami akan terbang kembali ke Tehran. Sebenarnya hati kami semua sangat marah kerana sepatutnya kami terbang awal malam tadi, tetapi pihak travel agent gagal mengotakan janjinya.

Sudahlah keletihan menyusur sejarah di Pasargadae, kini kena bangun awal dan bersekang mata untuk terbang. Balada perantau.. ikut ajer lah…

Namun sesuatu yang menarik berlaku pada dirinya. Inilah penerbangan yang paling akan diingati dan paling menarik. Sepanjang hidupku yang boleh dikatakan banyak pengalaman menaiki kapal terbang, inilah penerbangan yang paling enak.

Masakan tidak… Aku tak sedar pun bila kapal terbang itu memulakan penerbangan dan sedar-sedar kapal ini sudah mendarat di Tehran! Lena tidur beb…

Awal pagi lagi kami sudah terpacak di Tehran. Dengan mata merah saga dan badan yang hampir luluh anggotanya, kami mengikut saja kemana guide kami bawa.

Selepas bersarapan ala kadar, kami terus lena di bilik…

Agak lewat juga kami bangun untuk meneruskan aktiviti. Aktiviti pertama pastinya makan tengahari.

Selepas makan yang juga tak seberapa di restoren yang menawarkan makanan tradisi, kami langsung dibawa ke salah satu lokasi yang sangat istimewa serta sejuk- kaki pergunungan Alborz.

Satu penemuan yang paling penting disini ialah nama kawasan ini – Derbent. Mengikut catatan sejarah, ada dua lokasi yang merujuk kepada pembinaan tembok menghalang Yakjuj dan Makjuj. Satu Derbent di Dagestan, Rusia dan satu lagi Derbent di Uzbekistan. Dua-dua lokasi ini sering dipersoalkan dalam sejarah berkenaan dimana sebenarnya tembok berkenaan?

Aku yang pernah hadir di Derbent Rusia sangatlah gembiranya kerana menemui satu lagi Derbent. Malangnya Derbent Iran ini tidak mempunyai tembok yang besar. Sekadar ada tembok yang dirujuk sebagai tempat menyimpan air.

Namun berada di kaki pergunungan ini sambil menikmati teh sungguh mengasyikan. Kesejukan dan suasana santai dikawasan ini kian mendesak kami untuk segera kembali ke Malaysia. Sayangnya, kami masih punya India yang harus dilewati.

Selesai di Derbent, kami terus kembali ke kota Tehran. Sempat berjalan-jalan dan sesat. Malam itu kami berteleku di dalam bilik sambil menghitung hari…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: