MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE 21 (CYRUS THE GREAT)

“The people of Babylon, who, against the will of the gods had suffered a yoke unsuitable for them . . ., I offered relief from their exhaustion, and ended their servitude.”
Cyrus Cylinder:25-27, October 29, 539 BCE

Cyrus the Great (590 atau 580 – 529 SM) adalah penguasa kerajaan Persia Kuno. Kerajaannya terbentang dari Asia Barat Selatan (Israel) hingga Pakistan (sekarang), dari Timur Tengah hingga Armenia.

Sejarawan-sejarawan purba Ctesias dan Plutarch bersetuju bahawa Cyrus dipilih daripada kata Kuros – matahari, sebuah konsep yang telah ditafsirkan makna “seperti matahari” . Dalam Persia moden, Cyrus adalah dirujuk sebagai Kourosh-e Kabir, dan, lebih baru-baru ini, sebagai Kourosh-e Bozorg – atau Cyrus The Great. Dalam kitab Injil, dia dikenali sebagai Koresh. Dia adalah juga mungkin tersebut dalam Al-Quran bawah tajuk surah Al-Kahfi denagn gelaran Zulkarnain.

Cyrus the Great dikenal sebagai orang pertama yang menerbitkan piagam hak asasi manusia yang dilakukan pada zaman kerajaannya, juga dikenali sebagai seorang penegak hukuman yang adil bagi orang Yunani taklukannya. Ini tertera pada Silinder Cyrus yang kini menjadi asas kepada hak asasi manusia.

Cyrus juga menerima jolokan seorang yg dipilih Tuhan oleh orang Yahudi kerana mengembalikan 40,000 Yahudi ke Palestin dimasa pemerintahannya dan membantu mendirikan kembali Baitul Maqdis.  Dia khabarkan melepaskan Bani Israel karena Bani Israel adalah kaum monoteistik dan memerintahkan pembangunan Kuil Sulaiman sebagai tempat penyembahan kepada Tuhan.

Bahkan disebut dalam Alkitab ( kitab Yesaya ), Cyrus adalah merupakan raja yg dipilih tuhan utk membangunkan kembali Bait Suci orang Israel yang dulu dibangunkan Salomo (Sulaiman) (Bait Suci pertama sudah dihancurkan raja Nebuchadnezzar dari Babylon). 

Beliau dipercayai menyembah satu tuhan (Monotheisme) danmenganut agama Zarathustra (Zoester) yang sekarang dikenali sebagai agama Majusi.

Cyrus sentiasa digambarkan memiliki 4 tanduk rusa yg melambangkan kekuasaannya di 4 penjuru mata angin. Selain itu ada yang mengatakan ‘Cyrrus The Great’ mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di empayar Rom dan Parsi.

Cyrus adalah raja pertama yang mendapat gelaran “Agung” atau Vazraka dalam Bahasa Parsi Lama, (Bozorg dalam Bahasa Parsi Moden). Gelaran yang sama juga turut diberikan kepada Darius, seorang raja Parsi yang hidup selepas zaman Cyrus.

Cyrus The Great terus memerintah empayar Parsi ini sehingga kewafatan beliau.

Satu Respons to “MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE 21 (CYRUS THE GREAT)”

  1. Kagum betul dengan kemajuan tamadun diorang. Tak dapat nak digambarkan dengan hanya mata yang melihat dan pengetahuan yang kita dapatkan. Tahniah sebab a.syirfan terlibat dalam aktiviti hebat macam ni…ada lagi satu kitab barnabas yang sebenarnya adalah kitab asli injil yang telah di ubah oleh pihak tertentu. Agaknya a.syirfan pernah terdengar atau terbaca kan. Kalau rasa perlu untuk mengetahui serba sedikit tentang pautan kisah zulkarnain ni tgkla terjemahan kitab tersebut. Terima kasih. Selamat berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: