Arkib untuk Ogos, 2008

Sahur pertama tahun ini…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Ogos 31, 2008 by syirfan

Sahur pertama tahun ini. Maggi campur serunding ayam, roti celup kuah maggi, buah tembikai susu yang ditebuk hanya dengan sudu serta Nescafe + ayam suam. Boleh nangis oooo!

Selamat bersahur dan berpuasa..

Hotel Perea, Thesaloniki, Greece

Advertisements

Canon IXUS 860

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Ogos 31, 2008 by syirfan

Camera pun ingin berbicara…

Camera baru ku, Canon IXUS 860 IS baru sahaja menonjolkan kelebihannya. Beberapa keping gambar yang memperlihatkan kelebihannya. 

 

 

ps: Moon, jangan jelous!!!

Merdeka!

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Ogos 30, 2008 by syirfan

Tika rakyat Malaysia berteriak Merdeka tepat 12 malam waktu Malaysia, aku terpaku di depan tugu Alexander The Great di Pella, Greece. Greece baru menjamah jam 6 petang – 30 Ogos 2008.

Tidak ada ucapan Merdeka yang aku terima via SMS kerana phone ku tidak boleh beroperasi. Satu tanda bahawa phone ku belum cukup Merdeka. Macam mana sampai sahaja di Greece, phone ku mesti tidak boleh berfungsi. Bukan kali pertama, tetapi dah dua kali. Masuk negara lain boleh pulak? Celcom, mohon beri jawapan.

Terima kasih juga pada Celcom yang beri line dan phone percuma untuk sebulan sempena kembara kali ini. Bolehlah aku berhubung dengan semua di Malaysia. Nasib baik line ini ok. Terima jugalah satu dua SMS Merdeka dari mereka yang tahu line percuma ini. Terima kasih Celcom…

Kembali pada Merdeka. Apakah tafsiran Merdeka pada kita semua? Pastinya bukan merujuk kepada teriak Merdeka dan perbarisan awal pagi nanti. Ia jauh lebih besar dari itu.

Oleh kerana kini aku di rantau orang, izinkan aku memberi tafsiran dengan contoh dari bangsa lain. Paling kurang kita boleh mengambil sedikit makna dan belajar darinya.

Greece terkenal kerana wujudnya empayar Mecadonia. Inilah empayar yang menzahirkan tamadun dan makna demokrasi pada barat. Satu empayar yang telah menguasai 90 peratus permukaan bumi yang dketahui pada masa itu. Alexander The Great telah berjaya melaksanakan tugas itu dengan jayanya.

Ini bukan persoalan siapa dan mengapa mengangkat Alexander. Isu itu kita bincang di arena lain. Persoalannnya, semua tahu Macedonia milik Greece. Tetapi bagaimana mudahnya kerajaan Yugoslavia mengambi nama Macedonia dan menukar nama negaranya menjadi – Republik of Macedonia!

Masyarakat Yugoslavia tidak menggunakan bahawa bahasa greek. Mereka tidak tahu apa itu empayar Macedonia, malah mungkin ramai mereka tidak tahu bahawa Macedonia dibina dengan keringat Phillip dan jiwa besar Alexander. Bagaimana boleh wujud Macedonia yang cukup asing bagi penduduknya?

Dari satu sudut kita boleh fahami bahawa untuk membina bangsa dan negara, harus dibina dulu kerangka masa depan. Kerangka itu pula mesti mempunyai asas sejarah yang kuat. Yugoslavia punya kerangka masa depan tetapi tidak punya latar sejarah yang baik. Menggunakan Macedonia sebagai nama bermaksud menyerap sejarah Macedonia yang sememangnya cukup sempurna. Kini dengan kerangka masa depan dan sejarah Macedonia, lengkapkah satu impian. Impian untuk membina negara.

Apa yang bolah kita pelajari?

Sejarah juga boleh dicuri!

Sejauh mana kita faham dan memahami bahawa sejarah adalah aset untuk terus merdeka. Ia adalah aset yang akan membawa kita pulang jika kita tersesat jalan. Ia adalah aset yang sentiasa jujur memberi praktikal dan contoh. Bukankah sejarah adalah filosofi yang mengajar dengan contoh. Dengan sejarah, kita tidak akan sesat!

Seorang kenalan berkata, “syirfan, untuk menukar sejarah, ia terlalu mudah. Lakukan di wikipedia!”. Sinis tapi itulah kebenarannya. Sejarah terlalu mudah diubah. Tugas utama kali ini pastinya memberi kefahaman pada sejarah bangsa dan memberi perspektif yang betul.

Jati diri juga diperkukuhkan demi memenuhi kemerdekaan itu. Janji harus dipasak ke bumi. Cita-cita harus diapung ke langit. Kita tidak mahu ayam yang pandai berkokok dan tertelur. Kita mahu ayam yang juga boleh mencakar dan mematuk!

Agak besar dan berat pandangan peribadi ini. Tapi percayalah, jika kita tidak menjaga sejarah bangsa kita, jangan terperanjat ada negara yang membina negara bernama- Republik of Melayu!

Untuk itu, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Thesaloniki, Greece (12 malam – 31 ogos 2008)

Puteri ku demam…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Ogos 29, 2008 by syirfan

Hari ini bermula dengan agak sedih bila mengetahui puteri ku demam panas. Argghh!!!

Baru sebentar membuat panggilan ke Malaysia, si putera berkata “ayah, adik demam…” Si puteri berkata “adik dah tak deman. Adik dah makan ubat dah..”

Puteri Syahmina Zafirah memang takut ke klinik. Sebolehnya dia akan kata dia tak demam walaupun badanya panas. Bertambahlah tugas my wife. Nie yang kena beli intan belian nie..

Putera Syahmi Zafran, akan terus jadi pengawal pada adiknya. Kelebihan – suka makan ubat walaupun sihat. “abang dah besar nak jadi doktor operation. Adik jadi doktor ubat ajer..”

Sehari di Thesaloniki

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Ogos 29, 2008 by syirfan

Awal pagi, dengan rasa syukur aku bangun.

Rasa demam dah hilang sepenuhnya selepas pekena maggi dan panadol. Awal pagi lagi aku dah bangun. Memang dalam kembara kali ini aku memang tiba hari bangun awal. Pukul 7 pagi biasanya aku dah mula membuat skrip dan up date blog ini. Subuh aje sukar dilaksana. Maklumlah subuh sekitar jam 4 pagi. Nanti nak sahur macam mana lah agaknya…

Hanya yang lekat diingatan hari ini hanyalah menghantar sms kepada beberapa kenalan tentang 8 tahun pemergian Allahyarham Bakhtiar Ibrahim.

Sempat juga mengingati kawan-kawan Team 2 yang berada di Yaman. Belum sempat aku bercerita bahawa team 2 yang sama mencari Zulkarnain mendapat liputan istimewa di Yaman dan Malaysia. Manakan tidak, mereka baru sahaja dilontar bom tangan!

Untungnya bom tersebut tidak meletup. Orang yang melontar bom ditangkap. Bayangkan jika bom itu meletup… Bersyukurlah semua.

Awal pagi itu juga kami melaksanakan temuramah dengan Timbalan Datuk Bandar yang cukup bagus bercakap tentang Alexander The Great. Beliau menghadiahkan sebuah buku bertajuk “The Greek Alexander Romance”. Ruginya buku seberat lebih 5 kg. Bayangkan.

Satu fakta menarik – bayangkan Alexander di potraitkan dengan pelbagai wajah. Namun wajah Alexander bertanduk dua (dipanggil Alexander Zulkarnain) yang dipilih menjadi logo bandar Thesaloniki.

Singgah sebentar untuk makan tengahari. Sukar mendapatkan makanan halal. Nak cari restoran halal lagi lah sukar. Hanya boleh bergantung nasib dengan restoran yang menawarkan seafood. Aku memang bab makan nie jaga sungguh. Kalau tak yakin aku tak makan. Biarlah layan maggi yang pasti halal tu. Selalu berdoa supaya Allah beri aku petunjuk jika makanan yang dihidangkan tidak boleh makan.

Pernah satu ketika ketika aku nak makan makan yang dihidangkan, aku tergigit lidah. Confirm makanan tu aku tak usik. Dah mcm-mcm makanan yang dah aku telan, tapi aku harap semuanya halal. Kalau dah termakan jugak, Allah lebih mengetahui…

Selepas itu, kami ke Muzium Thesaloniki untuk sesi penggambaran. Semuanya ok.

Hari ini sangatlah meletihkan. Dengan membuat 23 stand-upper yang pastinya rekod baru, membuat akal dan otak dah tak selaras..

Nak tidur tapi banyak lagi skrip yang tidak lagi siap. Arrgghhhh!

8 tahun sudah berlalu…

Posted in Buah Fikiran on Ogos 28, 2008 by syirfan

Aku dibesarkan dengan memahami nilai dan kekuatan pada persahabatan. Hingga kini, kekuatan persahabatan dengan kawan-kawan di kampung ku – Felda Lui Timur tidak ada tolak bandingnya. Kami tidak perlu bersuara, tapi kami saling memahami.

Namun sesuatu yang berlaku pada 28 ogos 2000 telah menyentak perasaan. Sesuatu yang tak terduga berlaku. Seperti mana kata seorang sahabat -“syirfan, sabarlah.. tuhan lebih mengetahui tentang hambanya”.

8 tahun yang lalu kami semua tersentak dengan perginya Bakhtiar Ibrahim dari kami. Pergi ke alam yang lain. Bakhtiar meninggal dunia dan pergi tanpa sempat meninggalkan satu pesan pun untuk kami. Waktu itu, aku paling tersentak. Kaku dalam kenyataan yang sukar aku terima – kehilangan seorang sahabat.

Kini kuburnya saja jadi ganti. Kubur yang mula mengajar aku tentang makna kehidupan. Sebelum ini aku memang takut nak ke kubur, selepas tragedi itu akan memang dah jadi tabiat untuk ke kubur setiap kali balik ke kampung. Duduk di kubur Bakhtiar dan lena seketika di kubur nenek ku menjadikan aku sebahagian dari batu-batu nesan di sana.

Sampai ada orang kampung yang berkata: “oh.. kalau kubur tu bersih, maknanya Syirfan adalah lah balik kampung tu..”.

Bukan untuk membangga diri tapi hendak memberi tahu bahawa kadang kala tuhan telah sediakan hikmah disebalik petaka. Kalau Bakhtiar tak pergi dahulu, pasti sampai sekarang aku takut untuk ke kubur.

Untuk semua sahabat, hari ini genap 8 tahun kita kehilangan tawa, baik budi, semangat dan cerdiknya Bakhtiar Ibrahim. Tapi percayalah bahawa Bakhtiar menganggap kita sahabatnya sehingga akhir nyawanya.

Arrgh! Mengingati Bakhtiar Ibrahim di Thesaloniki, Greece lebih memeritkan..

Untuk sahabat ku – Allahyarham Bakhtiar Ibrahim, lenalah kau disana. Persabahatan yang kita jalin dahulu lebih kukuh dari dulu. Percayalah…

Al-Fatihah…

Malam Pertama…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on Ogos 27, 2008 by syirfan

Malam pertama di Thesaloniki.

Aku dah mula rasa nak demam. Adakah mungkin kesan perubahan masa atau keletihan.. atau mungkin rindu pada semua yang tersayang di Malaysia.

Malam pertama di Thesaloniki, kekawan semua keluar untuk menghirup udara sejuk Thesaloniki dan mungkin mencari “sardanas” yang glamour itu. Aku hanya terperap kat bilik selepas makan maggi dan panadol. Makan dan kemudian tidur.

Waktu aku menulis blog ini pun sebenarnya tengah tidur. Sesiapa di sana, tolong kejutkan aku!