MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-22

Lapangan Antarabangsa Dubai. 1 pagi. Kami melepak di sisi laluan pejalan kaki sambil memerhati tingkah laku manusia. Antara yang menarik ialah bagaimana tingkah seorang wanita Indonesia yang lari-lari anak dikejar pegawai-pegawai lapangan terbang.

Entah apa silapnya, namun sehingga kami beredar untuk menaiki kapal terbang, wanita Indonesia itu masih berlari berkaki ayam dan pegawai-pegawai ala M.I.B masih gagal menangkapnya. Entahlah…

Tepat 4.35 pagi kami terbang ke negara ke-2 terpadat di dunia – India

9.15 pagi waktu India, kami tiba dengan selamatnya. Awal jam 10 pagi lebih kami sudah berada di luar lapangan terbang. Kenalan Farez yang sangat mesra menyambut kami dengan penuh rasa hormat.

Republik India yang terletak di Asia Selatan menawarkan 100 bahasa yang berlainan. Untungnya bahasa Inggeris digunakan dengan agak meluas di sini. Walaupun mengalami masalah di sudut ekonomi, kita sedar bahawa kekangan kepadatan penduduk banyak mengganggu gugat perkembangan di India.

New Delhi yang berstatus Wilayah Ibu Negara terletak di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan walaupun Bombay dan Culcutta merupakan bandar yang besar di India.

New Delhi sejujurnya tidaklah seindah Kuala Lumpur. Kecacatan dan kekotoran di mana-mana. Kemasukan dan imagrasi penduduk ke New Delhi membawa seribu satu masalah. Dari isu sosial, ekonomi, politik hingga ke pendidikan. semuanya bermasalah disini.

Untungnya kami dibawa dikawasan duta yang membawa sedikit imej bersih di kota yang baru ini. Perlu diketahui bahawa Old delhi merupakan bandar yang paling lama didiami manusia. Hanya selepas pendudukan British, barulah New Delhi mendapat tempat. Old Delhi kini hanyalah kawaan penempatan lama dan sedikit makna kemodenan ditempatkan disana.

Selepas memilih tempat penginapan (bukan memilih, tapi dipaksa, heheh) kami terus mencari makan tengahari. Hostel yang jadi pilihan kami ini adalah bekas tempat penginapan pengawai British. Agak menggerunkan. Namun lokasi ini paling selesa jika untuk mudah ke kawasan membeli belah.

Apa pun, makan tengahari kami di jantung New Delhi. Sukar digambarkan dengan kata-kata untukbercerita tentang India. Hanya yang boleh dikatakan, hanya dengan alasan yang kuat sahaja boleh memaksa aku kembali ke sini. Jika tidak, lupakan.

Petang itu kami berehat sahaja di bilik sambil merenung dinding hostel sunyi ini…

Malam, kami menyusur kawasan membeli belah sambil berkira-kira untuk membeli esok hari…

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: