MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-23

Hari ini kami akan ke Agra. Kata yang paling tepat adalah ke Taj-Mahal, salah satu dari 7 keajaiban dunia. Aku yang sememangnya sangat menyukai sejarah kesultanan India bermula dari Ghaznawi hingga lahirnya empayar Moghul oleh Babur memang tidak sabar untuk tiba disana.

Persoalan: apa kena mengena pencarian Zulkarnain dengan Taj-Mahal?

Awal pagi lagi kami telah keluar. Menyusur India yang luka.

Taj-Mahal adalah sebuah adikarya Syah Jahan kepada isterinya Muntaz Mahal yang meninggal pada 1631. Usaha pembinaan ini memakan masa 22 tahun. Bangunan ini dikagumi kerana kehalusan seni bina dan pastinya lokasinya di sungai suci Jumna membawa erti yang lebih tinggi.

Dalam pukul 11 pagi kami telah tiba di makam Akbar. Sebuah kota merah yang mengelilingi kawasan kuburan Akhbar. Jalaludin Muhammad Akbar adalah Maharaja ke tiga Moghul, anak kepada Humayum. Setelah Humayun mati mengejut, Akbar diangkat menjadi Maharaja pada Februari 1556 Masihi.

Akbar pastinya dikenali sebagai Bapa kemanusian India kerana reformasi sosial. Dasar sosial ini merujuk kepada kebajikan bersama golongan islam, Hindu dan bangsa lain. Selain itu, Akbar juga diingati (sangat diingati) kerana memperkenalkan agama baru yang diberi nama -Din-Ilahi. Walaupun agama ini tidak diterima (hanya 19 orang penganut) namun Akbar terus diingati sebagai tokoh yang mementingkan kebajikan sosial dan kesamarataan.

Selepas Akhbar mati, Jahanggir mengambil tempat. Jahanggir atau penakluk punya kisah yang lain. Aku memang peminat Jahanggir nie. Kalau nak bercerita tentang Jahanggir, marilah. Geng, aku dah sampai ke dalam sejarah India!!!

Akhirnya Taj-Mahal berada di depan mata.

Bangunan yang menyimpan rahsia cinta Shah Jahan. Bangunan ini adalah kemuncak keagungan empayar Mongol dan kerajaan Islam di India.

Satu hal yang kurang selesa apabila berkunjung ke Taj-Mahal adalah penjual-penjual yang akan mengekori pelancong sambil menjual dalam keadaan memaksa. Mereka akan mengekori kita sejauh mungkin hingga kita akan membeli bukan kerana kita mahu barangan itu, tetapi mahu mereka tidak menggangu kita lagi.

Lebih menyakitkan hati, mereka pada mulanya menawarkan harga yang agak logik. Lama kelamaan harga itu dikurangkan tanpa dipinta. Hingga akhirnya harga itu menjadi sungguh tidak logik. Itulah India!

Satu fakta yang tidak boleh kita lepas pandang ialah Shah Jahan mengakhiri zamannya dengan kesedihan. Rebutan kuasa berlaku antara putera-puteranya. Aurangzeb yang menaiki takhta memenjarakan Shah Jahan dalam sebuah istana di Agra (bersebelahan dengan makam isterinya). Ada luabng khas yang membolehkan Shah Jahan memerhati Taj-Mahal setiap hari.

Shah Jahan meninggal dunia pada tahun 1666 selepas 8 tahun Aurangzeb menaiki takhta.

Satu yang amat mengecewakan tentang Taj-Mahal adalah sungai Jumna yang kini sangat menderita dengan kekotoran. Tebing sungai Jumna juga secara perlahan-lahan mula menghakis Taj-Mahal. Jika tidak ada usaha serius dilaksanakan, Taj-Mahal akan hilang nilainya..

Pada 326 SM, Alexander The Great mula menyusun rancangan untuk menguasai India. Akhirnya Alexander berperang dengan Porus, pemerintah India pada masa itu. Porus tewa dan Alexander buat pertama kalinya menyerahkan India dibawah kekuasaan Porus.

Tentera Alexander yang mula keletihan memberontak untuk kembali ke Mecadonia. Alexander akhirnya setuju. Sebelum itu Alexander menamakan salah satu bandar sebagai “Bucephala” sempena nama kudanya.

Satu fakta yang menarik tentang Taj-Mahal ialah kaum yang membina Taj-Mahal dibawa dari Parsi. Uniknya, kaum inilah yang bertanggungjawab membina Persepolis yang terkenal itu. Inilah alasan mengapa kami hadir di Agra.

Malam itu, dibilik hotel selepas lelah membeli belah di pasar New Delhi, kami dikejutkan oleh Farez dengan hadiah birthdaynya. Bro Akmal dan aku mendapat kejutan istimewa dari Farez (sebenarnya buat-buat terkejut) sempena ulang tahun kelahiran yang kami sambut di negara orang. Happy Birthday to me esok.. hehehe. Thanks Farez!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: