MENCARI ZULKARNAIN : HARI KE-24

Hari ini hari yang terakhir dalam kembara… Awal malam nanti kami akan terbang ke negara sebelah timur – Malaysia. Pastinya kerinduan pada semua kian membara.

Pagi ini, selepas mendaftar keluar dari hostel yang menakutkan, kami ke rumah Vice President Of India. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami ke rumah Vice President ini. Pensyarah Farez merupakan kaum kerabat vice president ini dan Farez sendiri mengenali mereka kerana apabila mereka di Malaysia, Farezlah yang biasa menguruskan mereka.

Rumahnya sederhana. Tidaklah seperti yang kami jangkakan. Vice President tidak ada dirumah tetapi kami dilayan dengan baik oleh isterinya.

Sukar untuk menyatakan bahawa keluarga ini menerima kami dengan penuh rasa kekeluargaan. Tidak ada rasa janggalnya walaupun berada di rumah seorang pemimpin utama India. Lama juga kami bercerita dan berkongsi pendapat tentang apa yang berlaku di India dan Malaysia.

Isteri Vice President ini tidak lekang dengan pemuji usaha yang dimainkan oleh Malaysia dalam proses pembangunan yang terancang. Selesai itu, kami berputar-putar sebentar di kawasan pentadbiran. Sempatlah bergambar di hadapan rumah President India.

Akhir sekali kami singgah sebentar di “Gate Of India”. Gate of India ini pasti dikenali kerana sebaik sahaja ramalan cuaca dunia, pasti Gate of India akan mengambil tempat dengan menyatakan keadaan cuaca di New Delhi.

Selepas bergambar ala kadar, kerana otak sebenarnya telah mula sampai ke Malaysia kami bergerak keluar dari jantung New Delhi.

Kami sempat mengambil makan tengahari di sebuah restoran yang agak baik di New Delhi. Lama juga kami di restoren itu menanti masa untuk ke Lapangan Terbang. Akhirnya petang itu, kami bergerak ke lapangan terbang. Walaupun tiba lebih awal, tapi tak mengapa… asalkan kami telah berada di lapangan terbang dan menunggu saat untuk terbang ke Malaysia.

Malaysia, kami kembali. Awal pagi nanti, kami akan terpacak di KLIA membawa cerita Siapa Zulkarnain, lelaki misteri dari surah Al-kahfi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: