MENCARI ZULKARNAIN : IA BARU BERMULA!

Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan rentetan kisah kembara Mencari Zulkarnain sewaktu reece yang melibatkan Greece, Mesir, Yaman, Iran dan India. Dalam kepadatan jadual dan tugasan yang menghimpit di ofis, akhirnya catatan ini berjaya juga direalisasikan.

Untungnya, segala angan-angan kini mula bertukar jadi kenyataan. Untuk menjadikan ia kenyataan, pastinya usaha yang kolektif dan semangat yang membara dituntut sama. Mungkin betul kata Alexander The Great – untuk berjaya, keyakinan perlu lebih dari sekadar kepercayaan.

Kini aku menghitung hari. Dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnain” akan memulakan penggambaran tiidak lama lagi. Kali ini kami akan menjelajah Rusia, Greece, Mesir, Yaman, Iran, Uzbekistan dan Indonesia.

Ia sememangnya mimpi yang akan jadi kenyataan. Kalaulah menjangka bahawa kembara reece itu telah berakhir, sebenarnya usaha untuk menjadikannya kenyataan sebenarnya baru sahaja bermula!

“Alexander Bukan Zulkarnain”… Ia baru bermula!

3 Respons to “MENCARI ZULKARNAIN : IA BARU BERMULA!”

  1. Salam ….. sahabat! Satu malam aku baca kronologi Jurnal Kembara Mencari Zulkarnain kau. Satu kajian yang menarik …akan lebih menarik jika ia sempurna dijayakan. Tapi harus diingat langit tak selalu cerah,air tak selalu tenang, nak mengecap kejayaan bukan mudah, perit getir perlu ditentang.
    Buat renungan…..
    “The dream begins most of the time with a teacher who believes in you….. who tugs and pushes and leads you on to the next plateau…. sometimes poking you with a sharp stick called truth.”

  2. Salam sahabat yang jauh…

    Terima kasih atas kesudian membuang masa membaca blog ni. hehehe. Anyway just naik tahu tahu mulai 21 hb nie aku akan ke Rusia, Greece dan mesir untuk pengambaran dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnain”. Doakan moga ku selamat. Maklumlah aku ke Dagestan, sempadan kawasan perang Rusia – Georgia.

    Apapun. moga kita semua berjaya. Rayo nie balik kg tak? atau berayo di Washington, US?

  3. Salam sahabat…..

    Raya nie tak balik laaa……uuwwwaaaaaa sedih oo!
    Tapi tak per ler, kerana ilmu…demi memenuhi impian seorang anak kecil & ibu tua satu masa dulu.

    21 Aug, ermm….2,3 hari lagi tu…yerlah hanya doa yang dapat kuiringkan buat Sahabat. Moga kita semua barjaya dalam apa yang diusahakan.Amin…!

    Sekadar renungan….
    Don’t let the fear scare you. Feel the fear and do it anyway. Fear is often false evidence appearing real.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: