Dagestan yang dirindu…

Aku pernah mengunjungi wilayah bergolak ini. Wilayah selatan Rusia yang sentiasa digambarkan dengan peperangan, pembunuhan, letupan dan rusuhan. Dagestan yang aku kunjungi setahun yang lalu bukanlah sehina seperti yang digambarkan.

Forbes.com melabelkan Dagestan sebagai salah satu lokasi yang merbahaya di dunia. Tiada penafian tentang itu. Ini berlaku kerana beberapa tahun yang lalu, wilayah ini sering disamakan dengan wilayah Chechnya yang sememangnya berperang dengan tentera federasi Rusia. Memang berlaku peperangan kecil yang sebenarnya tidak melibatkan tentera Dagestan tetapi pejuang Chechen dan Rusia menggunakan Dagestan sebagai platform perang.

Sewaktu aku disana, suasananya sungguh permai. Dalam kesejukan Caucasus yang terkenal itu, aku lena dalam kehangatan dan kemesraan saudara seislam. Dagestan boleh menjadi kampung halaman dalam masa yang singkat.

Setahun telah berlalu. Kepayahan dan derita menaiki keretapi dari Moscow ke Dagestan selama 42 jam telah lama hilang. Kini yang ada hanyalah kenangan untuk kembali ke sana. Buat mereka yang pernah hadir ke sini, Dagestan sememangnya dirindui.

Peluang hadir sekali lagi. Peluang untuk menjengah kenalan-kenalan lama dan pastinya tak sabar untuk melihat Masjid Jamek Makchakala yang setahun lalu masih dalam baik pulih. Sebaik sahaja selesai baik pulih, masjid bersejarah ini akan menjadi masjid paling besar di Rusia dan mengalahkan Masjid Kur-Shariff di Tatarstan yang sangat cantik itu.

Peluang yang hadir sekali lagi ini melibatkan kota purba Derbent yang sangat dikenali dengan Naryn-Kala atau pintu Alexander. Lokasi inilah yang digambarkan sabagai salah satu lokasi yang mungkin merujuk kepada tembok Yakjuj dan Makjuj.

Namun sekali lagi kekangan hadir. Peperangan antara Rusia dan Georgia yang menggunakan Ossetia Utara sebagai kawasan perang sememangnya menggetarkan. Masakan tidak, Ossetia dan Georgia ini terletak bersebelahan dengan Dagestan. Bunyi letupan perang pastinya akan kedengaran.

Mr. Marat awal-awal berkata “Bro Syirfan, war is war!”. Tiada siapa yang boleh menjamin keselamatan tika di sana. Buat masa ini, getar ketakutan dan getar kerinduan pada Dagestan berbelah bagi. Paling kuat terngiang di telinga adalah “nanti kau balik, anak kau dah darjah 2…!”

4 Respons to “Dagestan yang dirindu…”

  1. Siapa lah yang dajal sangat cakap bila balik nanti anak kau dah darjah dua tu? Berani sungguh dia. Kalau aku memang confirm aku akan hadiahkan dia baju Hard Rock Cafe Moscow selai

  2. Mr Marat cakap, baju Hard Rock Moscow saiz XL dah habis. Tinggal saiz L aje. Bagi baju gambar Lenin dah ler…

  3. Gambar Lenin pun boleh. Tinggal masa clearance nanti tu payah sikit sebab Lenin ni tak berapa nak paham sgt part part finance ni

  4. Hard Rock pun ada gambar Lenin. Ok Bro.. gua beli baju Hard Rock Moscow gambar lenin kat Mesir. Special punya ooo!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: