…malam itu, tika bulan indah di puncak…

Ia dah berlaku 2 malam yang lalu. Pada asalnya ia adalah sebuah rahsia. Namun aku sedar aku berkerja dalam industri penyiaran. Mana ada rahsia, semuanya wajar dihebahkan. Kini, rahsia itu tidak lagi rahsia… Wife aku pun tak tahu rahsia ini. Sebaik aje dia baca blog ini, pastinya dia akan membuat panggilan dan menggesa aku pulang ke rumah segera. Hehehe

Malam itu sama seperti malam-malam yang lain. Usai kerja lewat malam aku menyusur Federal Highway dengan motosikal kesayanganku. Ia malam yang indah. Bintang yang bersembunyai di celah awan makin menjadikan malam itu malam yang romantik untuk semua.

Sampai di batu tiga, hati mengambil keputusan untuk memasuki laluan motor yang biasanya tidak aku lalui bila bulan sudah menampakkan muka. Malam itu entah mengapa aku hendak melalui lorong gelap di sisi longkang besar di tepi sebuah lebuhraya.

Untungnya di lorong itu aku tidak keseorangan. Ada 3 mamat Indonesia menahan sampai berkata “Kami tidak mahu menyusahkan bapak, serah aje duitnya..!”

Dengan sesuatu yang tajam ditikam disebelah belakangku, mereka tanpa segan silu dan takut menggesa aku mengeluarkan duit. Tiada pilihan lain. Tetamu malam ini mungkin menghadapi masalah kewangan. Aku pun dengan menggigil menghulurkan hampir RM 280 yang ada di dalam dompetku. Mereka merampas dengan kasar sambil bersuara “bapak ada lagi duit untuk isi minyak motornya nanti…?”

Mungkin merekalah penyamun paling berperikemanusian. Tidak mahu telefon kesayangan (hadiah dari wife) dan tidak mahu kad-kad yang penuh dalam dompet. Hanya duit dan kemudian memaksa aku berlalu.

Malam itu, tika bulan indah di puncak, aku disamun tiga mamat Indonesia. Hampeh betul!!!

2 Respons to “…malam itu, tika bulan indah di puncak…”

  1. annasalina Says:

    Wa…kesiannya dapat dugaan macam tu…ni yang nak share juga kejadian kat lebuhraya federal. Anna tak adalah sampai kena tahan…tetapi ada beberapa orang penunggang motosikal asyik ikut dan memerhati keadaan keliling dalam kereta. Ada seorang kawan juga ada cakap…diorang ni pada mulanya akan meninjau dalam kenderaan. Bila dapat peluang macam pintu kereta tak berkunci dan tas tangan ada kat sebelah…masa tula diorang akan bertindak…lepas ni kita semua kena ambil langkah lebih pantas untuk mengandaikan sesuatu kejadian yang berlakukan…anggapla semua dugaan ini seperti pengajaran untuk kita akan datang…heheh…take ya a.syirfan…

  2. terpaksalah fikir baik… Mungkin dah lama tak ingat kat orang-orang susah… Tuhan tariklah sedikit nikmat. Syukurnya dia tak rogol mak.. Auuwwww!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: