Kini kami berada di Doha…

Selepas lebih dari 7 jam penerbangan, kami kini berada di Doha. Kami semua (12 orang) bertemu di Doha selepas berada dalam penerbangan yang berbeza.

Team 1 yang ke Russia akan transit selama 12 jam. Team 2 yang akan terus ke Sanaa, Yaman akan transit selama 6 jam sebelum meneruskan kembara.

Tiba di Doha, para editor sibuk mencuba menghantar visual dari Doha. Namun gagal kerana wi-fi di Airport Doha ini sangatlah tidak mesra alam.

Sarapan pun ala kadar sahaja. Roti canai kering yang tak tahu nak diceceh dengan apa serta roti yang hilang rasa kian meletihkan selera. Mohonnya pastilah nasi lemak kerang dan teh tarik. Namun di perantauan, terima sahaja apa yang diberi.

Semuanya dalam keletihan. Namun semangat mencari zulkarnain, lelaki misteri dari surah Al-Kahfi terus menyala di mata dan hati. Moga semuanya selamat…

Untuk semua di Malaysia, doakan keselamatan kami dan doalah projek ini akan mencapai matlamatnya. Paling kurang, kita punya perspektif siapa Alexander The Great, siapa Zulkarnain yang disebut dalam surah Al-Kahfi.

Tambahan: gambar-gambar tika transit 12 jam di Doha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: