Apa lagi yang tertinggal…

Apa lagi yang tertinggal di Kuala Lumpur?

Balada sang pengembara, pasti ada sahaja yang tertinggal. Lebih-lebih lagi bila anda diberitahu akan terbang 4 jam lagi oleh Travel Agent dengan alasan yang memang tak boleh diterima. Aku sepatutnya terbang terus ke Doha, tetapi kemudian diberitahu bahawa akan terbang dahulu ke Singapore dan kemudian ke Doha. Lebih tragis, “flight akan terbang 4 jam lagi!”.

Hello.. aku bukan terbang ke Serawak lah! aku terbang ke eropah dan kemudian ke benua afrika. Nak tak nak, kena naik jugak. tapi confirm bila aku balik nanti, travel agent ini akan jadi makanan aku. Tengoklah nanti!

Berkejar ke KLIA dengan pantas, pastilah ada yang tertinggal. Barang-barang yang tertinggal adalah:

1. Jam. Dah masuk kapal terbang baru aku perasan aku tak pakai jam. Sudah, mcm mana nie. Sudahlah tabiat aku pakai jam “waktu malaysia” di luar negara. Kat Doha, berputarlah mencari jam murah yang boleh dibeli dalam keadaan poket yang tak ok. Akhirnya, bersama Zamani, aku pun belilah jam Swatch yang paling murah dijual di kedai “duty free”. Agak murahlah jugak kalau dibandingkan dengan kalau beli kat Malaysia. Selesai satu hal. Boleh claim kat travel agent?

2. Aku tertinggal buku tulis dan pen. Ini part yang paling letih. Dah la aku kena menulis sentiasa dan bila 2 benda ni tak ada, aku patah tangan. Nak beli kat airport Doha tak ada jual. Sekarang dah di Moscow, masih tak beli lagi. Susah pulak cari buku tulis kosong! kena beli segera nie.

3. Buku sajak Alexander Pushkin. Ini pun buat mood aku down. Buku nie dah berada dalam simpanan aku lebih dari 7 tahun. Sebuah buku puisi yang ditulis oleh sasterawan Rusia, Alexander Pushkin. Aku memang penggila Pushkin dan sememangnya dalam kembara aku bawa buku ini untuk menghilangkan kebosanan. Lebih derita lagi aku baru perasan bahawa Pushkin ada menulis sebuah sajak bertajuk Georgia. Dalam masa konflik Rusia-Georgia ini, aku nak tahu apa yang Pushkin tulis tentang Georgia pada masa itu. Hingga kini, kegeraman itu masih belum berakhir. Masih memikir bagaimana untuk mendapatkan sajak itu!.

4. Tumb drive. Dah la semua maklumat dalam tu. Tak perlulah diterangkan apa di dalamnya. Cukuplah menyatakan bahawa jawapan kepada persoalan kenapa kembara ini bermula, ada di dalam tumb drive itu.

Bolehkah aku saman travel agent tu kerana menyebabkan aku lupa semua barang ini?

 

 

3 Respons to “Apa lagi yang tertinggal…”

  1. Wa…bestnya pergi mengembara sambil bekerja…sebulan ha…lamanya…heheh…Jangan lupa hadiah for me kalau ingatla…heheh

  2. Banyaknya benda penting tertinggal…terlalu excited ker atau tak nak pergi nih…ermmm….

  3. Anna.. mana boleh lupa. ingat punya

    Rose, ada mcm tak nak pergi ker? hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: