Stand Upper!

jari ku yang menari

Projek kali ini memang paling mencabar. Satu sudut untuk merealisasikan dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnain”. Part nie terlibat sepenuhnya dengan kajian menyeluruh tentang isu, bina contentnya, buat analisis dan akhirnya buat buat 5 skrip (5 jam) untuk projek ini. Part nie memang aku rasa berseorangan walaupun ada jugalah yang menghulur tangan seketika.

Kira jadi master mind ler yang terpaksa bertindak berseorangan. Mungkin aku yang mulakan idea ini dan aku yang buat kajian dari sifar. Hendak atau tidak, aku sendiri yang perlu menghabiskannya.

Satu lagi untuk merealisasikan Content Mobile Celcom.

Bab Content Mobile Celcom ni yang jadi lemah nie. Kami perlu menghantar sebanyak mungkin clip yang akan mula digunakan pada 1 Ramadan nanti. Dalam kata sombongnya, muka yang tak hensom dan berjerawat ini boleh ditonton setiap hari via phone 3G mulai 1 Ramadan nanti. Untuk itu, derita bermula semalam.

Untuk clip-clip ini aku perlu melaporkan secara -stand upper sebanyak 6 stand upper sehari (2 stand upper untuk 1 klip). Kira itu tahap normallah. Bagi pengacara-pengacara lain, 6 stand upper sehari kira tahap ok lah.

Semalam kami mendapat tahu bahawa team di Yaman mengalami masalah untuk mengantar clip via internat kerana internet kat sana sangatlah lemah dan tidak bermaya. Pilihan yang mereka ada hanya buat klip tu dan hantar via pos ke Malaysia. Pos? paling kurang 4 hari baru sampai. Maksudnya, kekurangan 4 hari sebelum clip itu sampai ke malaysia siapa nak tanggung. Akak jugak yang kena buat!

Semalam sahaja aku buat 21 stand upper sekitar Moscow. 21 stand upper tanpa skrip. Skrip hanya direka di lokasi. Pergh, satu tahap aku rasa nak muntah dah. Mental benar-benar tercabar dan tercalar. Sampai kat bilik aku terus pengsan. Otak aku berdarah rasanya!

Zaidi dan Ayu (editor yang dibawa khas) pulak pastinya malam tadi bersekang mata mengedit bahan-bahan tu untuk dihantar ke Malaysia. Sian mereka. Entah boleh bangun atau tidak pagi ini.

Hari ini aku sambung semula kerja. Mungkin akan buat stand upper dalam bilangan yang tinggi lagi. Sehingga hari ini, rekod peribadi adalah 21 stand upper dalam tempoh sehari. Adakah ini rekod FM juga?

Bos-bos ku, dah boleh mula memikirkan kenaikan gaji gua. Hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: