Selesai sudah…

Selesai sudah kembara di Rusia…

Hari akhir kami habiskan dengan shoping tak ingat dunia. Hari ini hujan dan suhu sekitar 10 darjah celsius. Dalam kesejukan itu, awal pagi lagi kami semua telah berada di Bazar. Kedai pun belum buka, kami dah terpacak.

Kawan-kawan bershoping sakan. Aku yang pernah singgah di bazar ini tidaklah terlalu ghairah. Sempat membeli t-shirt untuk anak dan beberapa cenderahati. Kawan-kawan siap beli jaket yang digunakan tentera dalam perang dunia lagi. Lantak ler… Asal korang gembira.

Petang, jalan-jalan dengan Mr. Marat, guide kami di sini. Tak ada yang menarik. Hanya pusing-pusing sekitar Moscow dalam kesejukan.

Malam best! Mr Marat membawa kami merasai Russian Sauna. Pergh… sedap betul. Rasa hilang semua keletihan lepas dipanggang dalam kepanasan itu. Semua nampaknya gembira. Hanya sempat bertanya “syirfan, siapa nak bayar nie. Mahu beribu dollar kita kena ni nanti..”

“Relax.. Mr. Marat belanja. Dia baru dapat projek besar..” hehehe. Tq Mr. Marat.

Selesailah tugas di Russia. Esok awal pagi kami akan terbang ke Greece. Hanya sedikit sedih bila kenalan aku di sana bertanya, bila nak datang semula. tahun lepas dah datang ke Moscow. Tahun ni dah datang. Tahun depan datang tak?

7 Respons to “Selesai sudah…”

  1. Heheh…shopping…bestnya…kirim shirt size M…heheh…

  2. aikk..takkan tshirt aje kot..emas, berlian.. nak le jugak….paling tak mau pil yang kononye bleh cerdik macam ari tu..last-last dok dalam stor..

    syahmi cakap…ayah pakai le bedak sikit..tak hensom pun muka, rambut kena rambut kacak..

    mina plak..ala kat umah pun adik bleh mandi air panas gak..umi baru beli..

    baby..ayah tambah le duit, umi baru beli satu baju..

    your motorbike said…apa le tuan aku ni, dah le badan kotor gila, dah lama tak bernyawa (start) plak ni..

  3. ana:

    Kalau ada budget bolehlah diusahakan. banyak yang order nie. Hehehe

  4. abg…
    Ayah hensomlah kat sini. camera tu buat ayah tak hensom.

    Adik…
    Aircond kat bilik tu sejuk tak? adik tidur bilik ke kat luar?

    Baby…
    Ayah dah bagi duit banyak kat umi. Umi enjoy duit tu…

    Motor…
    berehatlah dulu…

  5. Umi…
    sejuklah kat sini!!!

  6. sejuk!! padan muka..dah suruh bawak baju yg beli ari tu..

    adik said lum tido agi kat bilik..kat luar aje, abg mengarut..bayak gigit bontot adik..adik kentut aje..padan muka dia..haha..baby botak adik nak ayah balik sekarang!!!!!

    abg said..sok abg sambut merdeka!jalan pusing taman..ari ni tak pegi sekolah, umi tak sihat..

    mana ada wat enjoy duit tu..cukup makan aje..paling banyak belanja nak hias bilik tu jadi cam hotel..this sturday nak pegi nagoya, tukar langsir baru..and buy something coz bilik tu dah sejukkkkkkkkkk…

    our kids said: ayah tak bleh tido sini, tak muat dah..paling best mina cakap “ketiak ayah busuklah!!!

  7. abg, adik, baby, umi…
    Siap bila ayah balik nanti! ayah gigit semua nanti!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: