Sesuatu yang baru…

Akhirnya aku dapat mencuba sesuatu yang baru di kota Moscow. Pertama menyusur sungai Moscow dengan kapal dan kedua menyusur bandar Moscow dengan keretapi bawah tanah…

Untuk menyusur sungai Moscow yang bersejarah ini, diperlukan masa sekitar 1 jam. Untungnya aku kali ini adalah menaiki kapal tika matahari mula tenggelam. Sangat romantik sambil memerhati masyarakat eropah menghayati romantik itu. Berpelukan, berciuman..

Letih jugak buat stand upper kat sini…

Selain itu pastinya leka memerhati seni bina dan kalau bijak dengan sejarah Russia macam gua (hahaha) kita boleh melhat pergerakan sejarah itu dari sungai. Dari era Catherine, Phillip hinggalah Lenin dan Stalin, semuanya tergambar pada bangunan-bangunan di sini.

Sebagai contoh kita boleh lihat gereja terbesar di Rusia. Disebalik fakta itu kita boleh mengetahu bahawa pada era Stalin, gereja itu merupakan kolam mandi. Selain itu kita juga boleh melihat 7 buah bangunan yang sangat besar dan semuanya dibina dengan stuktur yang sama. Ini adalah kegilaan stalin dalam usaha menunjukkan keegoaannya.

Philip The Great juga tak kurang peranannya pada Islam. Pada zaman pemerintahan beliau, Al-Quran pertama kali diterjemah kepada bahasa Rusia.

Jangan lupa juga pada sejarah Gorky Park! Terkenang lagu Scorpian!

Dalam kapal ini juga disediakan restoran yang agak menarik. Bolelah minum-minum sikit-sikit. Kekawan semua terperanjat dengan harganya. Kami semua ‘bet’ berapa harga 8 cawan teh di atas kapal ini. Semua target yang tinggi-tinggi sampai RM 500. Ini berlaku kerana mereka semua termasuk aku percaya ianya mahal.

Last-last bayar RM24 untuk 8 cawan teh. Ini dah kira harga ok. Tapi ok dalam kapal ini aje lah. Kat luar tak dapat ler…

Seterusnya menaiki keretapi bawah tanah. Ini peluang yang tidak mungkin dilepaskan.

Satu nasihat, pastikan ada menaiki keretapi ini dengan kawan yang memang berasal dari Russia. Kalau setakat kawan yang hanya tahu baca tapi tak faham ayat Russia macam aku, lupakan.

Sudahlah bersimpang siur untuk mencari keretapi yang sebenar, kesemua papan tanda dalam bahasa Russia! Salah aje masuk simpang, dalam tempoh kurang 3 minit, anda telah berada di luar bandar Moscow. Kes naya nie!

Semuanya laju. Semuanya pantas. Jika anda terlepas keretapi, dalam tempoh masa 40 saat, keretapi baru telah berada di hadapan ini. Naik aje… perg.. ini laju bangat nie!

Ini memang pengalaman yang unik. Kembara habis bila azan isyak dah pun berkumandang. Berpeluang sekali lagi solat di masjid Tatar yang bersejarah itu…

2 Respons to “Sesuatu yang baru…”

  1. hensom le mamat yang dok sebelah kiri tu..syahmi kata macam ultroman max jerr..

  2. hensom? biar betul.

    tengah kemas brg nie. Esok nak ke Greece

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: