Greece – Kota Tamadun

Sampai sudah kami ke Greece. Awal pagi lagi Mr. Marat dengan sedihnya menghantar kami ke Lapangan Terbang Moscow. Selesai bersalam, dia sekali berkata “Syirfan, we will meet again!”. Adakah kata-kata merujuk aku akan hadir sekali lagi kota sejarah ini?

Selepas 3 jam lebih dalam penerbangan, kami akhirnya tiba di Athens, Greece. Belum sampai lgi sebenarnya. Lokasi kami kini adalah Thesaloniki yang terletak di utara Greece. Kami harus mengambil satu lagi penerbangan ke sana yang akan mengambil masa dekat 1 jam.

Sebelum ke Thesaloniki, kami melepak dalam derita di lapangan terbang. Mengeluh lagi bila hanya boleh makan burger ikan di Mc Donald dan membayar harga yang mahal. Selamat datang ke negara Greece dan pastinya menggunakan matawang Euro.

Dalam keletihan akhirnya tiba di Thesaloniki. Alexandros -kenalan lama, yang jadi guide kami di sini memilih sebuah hotel yang agak selesa mengadap kota Thesaloniki. Sangat cantik dan pastinya akan mula mengikat hati kami dengan keunikan Thesaloniki – kota Macedonia.

Aku yang pernah hadir dahulu tak sangka Alexandros akan memilih hotel yang unik ini. Ku sangka ke hotel yang pernah ku singgahi dulu.

Namun untuk masa ini, Thesaloniki sudah mula menonjolkan sejarahnya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: