Merdeka!

Tika rakyat Malaysia berteriak Merdeka tepat 12 malam waktu Malaysia, aku terpaku di depan tugu Alexander The Great di Pella, Greece. Greece baru menjamah jam 6 petang – 30 Ogos 2008.

Tidak ada ucapan Merdeka yang aku terima via SMS kerana phone ku tidak boleh beroperasi. Satu tanda bahawa phone ku belum cukup Merdeka. Macam mana sampai sahaja di Greece, phone ku mesti tidak boleh berfungsi. Bukan kali pertama, tetapi dah dua kali. Masuk negara lain boleh pulak? Celcom, mohon beri jawapan.

Terima kasih juga pada Celcom yang beri line dan phone percuma untuk sebulan sempena kembara kali ini. Bolehlah aku berhubung dengan semua di Malaysia. Nasib baik line ini ok. Terima jugalah satu dua SMS Merdeka dari mereka yang tahu line percuma ini. Terima kasih Celcom…

Kembali pada Merdeka. Apakah tafsiran Merdeka pada kita semua? Pastinya bukan merujuk kepada teriak Merdeka dan perbarisan awal pagi nanti. Ia jauh lebih besar dari itu.

Oleh kerana kini aku di rantau orang, izinkan aku memberi tafsiran dengan contoh dari bangsa lain. Paling kurang kita boleh mengambil sedikit makna dan belajar darinya.

Greece terkenal kerana wujudnya empayar Mecadonia. Inilah empayar yang menzahirkan tamadun dan makna demokrasi pada barat. Satu empayar yang telah menguasai 90 peratus permukaan bumi yang dketahui pada masa itu. Alexander The Great telah berjaya melaksanakan tugas itu dengan jayanya.

Ini bukan persoalan siapa dan mengapa mengangkat Alexander. Isu itu kita bincang di arena lain. Persoalannnya, semua tahu Macedonia milik Greece. Tetapi bagaimana mudahnya kerajaan Yugoslavia mengambi nama Macedonia dan menukar nama negaranya menjadi – Republik of Macedonia!

Masyarakat Yugoslavia tidak menggunakan bahawa bahasa greek. Mereka tidak tahu apa itu empayar Macedonia, malah mungkin ramai mereka tidak tahu bahawa Macedonia dibina dengan keringat Phillip dan jiwa besar Alexander. Bagaimana boleh wujud Macedonia yang cukup asing bagi penduduknya?

Dari satu sudut kita boleh fahami bahawa untuk membina bangsa dan negara, harus dibina dulu kerangka masa depan. Kerangka itu pula mesti mempunyai asas sejarah yang kuat. Yugoslavia punya kerangka masa depan tetapi tidak punya latar sejarah yang baik. Menggunakan Macedonia sebagai nama bermaksud menyerap sejarah Macedonia yang sememangnya cukup sempurna. Kini dengan kerangka masa depan dan sejarah Macedonia, lengkapkah satu impian. Impian untuk membina negara.

Apa yang bolah kita pelajari?

Sejarah juga boleh dicuri!

Sejauh mana kita faham dan memahami bahawa sejarah adalah aset untuk terus merdeka. Ia adalah aset yang akan membawa kita pulang jika kita tersesat jalan. Ia adalah aset yang sentiasa jujur memberi praktikal dan contoh. Bukankah sejarah adalah filosofi yang mengajar dengan contoh. Dengan sejarah, kita tidak akan sesat!

Seorang kenalan berkata, “syirfan, untuk menukar sejarah, ia terlalu mudah. Lakukan di wikipedia!”. Sinis tapi itulah kebenarannya. Sejarah terlalu mudah diubah. Tugas utama kali ini pastinya memberi kefahaman pada sejarah bangsa dan memberi perspektif yang betul.

Jati diri juga diperkukuhkan demi memenuhi kemerdekaan itu. Janji harus dipasak ke bumi. Cita-cita harus diapung ke langit. Kita tidak mahu ayam yang pandai berkokok dan tertelur. Kita mahu ayam yang juga boleh mencakar dan mematuk!

Agak besar dan berat pandangan peribadi ini. Tapi percayalah, jika kita tidak menjaga sejarah bangsa kita, jangan terperanjat ada negara yang membina negara bernama- Republik of Melayu!

Untuk itu, Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Thesaloniki, Greece (12 malam – 31 ogos 2008)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: