Arkib untuk September, 2008

Rais di PBB!

Posted in Sebuah negara bernama "Malaysia" on September 29, 2008 by syirfan

UTUSAN MALAYSIA – Anggota PBB perlu bersatu tangani krisis dunia

NEW YORK 28 Sept. – Malaysia meminta semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sepakat mengatasi masalah yang melanda dunia terutama berkaitan dengan krisis tenaga dan makanan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, semua langkah dan cadangan bagi mengatasi masalah itu terdapat dalam resolusi badan dunia itu tetapi disebabkan tidak ada kerjasama, ia tidak dapat dilaksanakan.

“Punca kepada krisis berkaitan bahan api, makanan dan juga perubahan iklim berpunca daripada janji yang tidak ditunaikan.

“Nampaknya kita tidak belajar daripada sejarah atau tabiat menghasilkan resolusi demi resolusi tanpa ada tindakan dan susulan. Ini merupakan punca kepada ketepuan dalam banyak tanggungjawab yang diberikan kepada PBB,” katanya.

Rais berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB Ke-63 di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, Malaysia menggariskan enam cadangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh PBB dan negara-negara anggotanya bagi mengatasi ketepuan dan krisis yang melanda dunia sekarang.

Yang pertama, katanya, masyarakat antarabangsa terutama negara membangun perlu memberikan komitmen yang lebih dan bukan melepaskan beban tindakan mengatasi masalah tersebut kepada negara-negara membangun.

Katanya, negara maju perlu menetapkan satu standard kepada seluruh dunia dalam mengatasi setiap krisis yang timbul.

Malaysia juga, jelasnya, mahukan semua negara anggota PBB mencari ramuan yang betul dalam memastikan ada keseimbangan antara pembangunan ekonomi, sosial dan perlindungan alam sekitar.

“Yang ketiga, gandingan optimum antara tindakan oleh sektor swasta dan kerajaan perlu dicari. Sektor swasta melalui pasaran mempunyai peranan untuk mengatasi krisis ini.

“Bagaimanapun kerajaan mempunyai peranan kritikal dalam menyediakan polisi bersepadu,” katanya.

Cadangan keempat, kata beliau, ialah mewujudkan lebih banyak kemudahan pembangunan dan pemindahan teknologi dari negara maju ke negara membangun dalam membantu menangani krisis yang timbul.

Selain itu, katanya, isu yang berlarutan perlu segera diselesaikan terutama di rantau yang bermasalah tetapi pada masa sama merupakan penyumbang kepada pengeluaran minyak terbesar dunia.

Yang terakhir, kata Rais, Malaysia mencadangkan penyelesaian jangka panjang bagi menstabilkan harga komoditi.

Selain itu, katanya, Malaysia juga meminta supaya kegiatan pengganas dan lanun di perairan antarabangsa ditangani secara serius bagi mengelakkan kejadian yang menimpa kapal milik Malaysia di Teluk Aden berulang.

Malaysia turut mengkritik cubaan negara kuasa besar dalam PBB yang cuba mempersoalkan undang-undang negara lain dan pelaksanaannya.

“Ingin ditegaskan kita tidak mempunyai hak untuk campur tangan melalui apa bentuk manifestasi atau apa juga keadaan dalam urusan dalaman negara lain.

”Kita boleh jika kita mahu mempersoalkan asas undang-undang terhadap penahanan tanpa bicara di Teluk Guantanamo, tetapi kita tidak berbuat demikian.

“Ketika hubungan seks dan perkahwinan sejenis diterima di California, ia tidak bermakna sodomi yang merupakan jenayah di kebanyakan negara Asia juga perlu diterima,” katanya

 

* Ini yang kita mahu. Barulah aku boleh balik kampung dengan bangga. Bolehlah bercerita “tokoh yang aku undi dalam pilihanraya dulu berucap di PBB. Aku undi tokoh yang bukan sahaja boleh bercakap tentang isu longkang tersumbat, atau isu jalan masuk kebun belum berturap, tapi boleh bercakap pasal isu kesejagatan dunia.” Hidup Pak Rais!

Advertisements

Rayo wei…

Posted in Kisah sebuah Istana on September 29, 2008 by syirfan

 

Syirfan I.M.s, Zalina Maizan, Putera Syahmi Zafran dan Puteri Syahmina Zafirah

Syirfan I.M.S, Zalina Maizan, Putera Syahmi Zafran dan Puteri Syahmina Zafirah

Kok dilipek sebosar kuku. Kok dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh.  Kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko. Kok poie biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit.

Seuntai salam, sejambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso. Salah dan silap, maap den pinto.  Maap zahir batin.

Solamat Hari Rayo dari den, orang rumah den dan anak-anak den.

alahai Teresa…

Posted in Sebuah negara bernama "Malaysia" on September 28, 2008 by syirfan

UTUSAN – Teresa kurang sopan pakai skirt di masjid

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa menegur Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana tidak berpakaian sopan ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama imam dan ahli jawatankuasa Masjid Nurrusaadah di Cheras Baru, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

 

BERITA HARIAN – Rumah keluarga Teresa dilontar dua bom petrol

KUALA LUMPUR: Rumah ibu bapa, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dilontar dua bom petrol (molotov cocktail) berisi paku ketika ahli keluarganya nyenyak tidur di Taman Rainbow, Sentul, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh keluarga mangsa, kira-kira jam 3 pagi.

“Polis yang bergegas beberapa kemudian menemui dua botol dan satu daripadanya pecah. Kedua-dua botol berkenaan mengandungi paku.

 

THE STAR – Teresa’s family home attacked

KUALA LUMPUR: Two molotov cocktails were thrown at the family home of Seputeh MP Teresa Kok.

A warning letter containing threatening words and vulgarities was attached to one of the bottles found outside the house in Taman Rainbow, Jalan Ipoh, here.

Teresa’s parents were at home with her siblings during the 2.55am incident yesterday.

 

HARIAN METRO – Risau nyawa keluarga

KUALA LUMPUR: “Saya sedih dengan apa yang berlaku dan saya yakin kejadian ini berpunca daripada tindakan segelintir media, bloggers dan ahli politik yang sengaja memburukkan imej saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan bersifat perkauman serta melaporkan cerita palsu mengenai diri saya sebelum dan selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 12 September lalu.

“Perkara ini mewujudkan perasaan tidak senang hati kepada kami sekeluarga dan kini saya risaukan keselamatan keluarga saya,” kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

 

Alahai… mesej apa yang cuba disampaikan…

alahai anakku…

Posted in Kisah sebuah Istana on September 28, 2008 by syirfan

Hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri.

Malam tu aku membawa anak-anakku ke MINES untuk melengkapkan pakaian raya mereka. Hanya kasut sahaja yang belum dibeli. Semua yang lain sudah dibeli. Untuk memuaskan hati mereka, biarlah mereka yang memilih sesuai dengan selera gaya masa kini.

Ingatkan anak-anak jer, rupanya yang lain nak jugak. Belilah kasut untuk semua pengikut yang lain. Isteri, adik perempuan aku dan pembantu rumah kami…

Bab kasut ni satu hal, tapi yang menarik bila Syahmi dan Syahmina nak beg duit. Maka belilah beg duit yang dikehendaki. Untuk Syahmi, gambar ultraman yang sama dengan bajunya dan untuk Syahmina pastinya sesuatu yang berwarna pink.

Cerita bermula bila mereka secara “paksa rela” meminta duit untuk diisi dan beg duit itu. Banyak pulak tu. Walaupun tidak mengetahui tentang nilai, mereka tahu kuantiti. Maka kenalah bagi duit seringgit dalam kapasiti yang banyak. Senyaplah mereka seketika sambil menggayakan beg masing-masing.

Bila balik kami singgahlah di restoren mamak. Syahmi hadir dengan idea untuk belanja kami makan dengan duit yang dia ada. Bangga betul dia bila dia akan belanja semua.

Selesai semua aku temani Syahmi ke kaunter bayaran. Kira-kira semua RM17.60. Syahmi pun keluarkan lah duit-duit seringgitnya. Lama juga dia keluarkan. Maklumlah seringgit-seringgit. Dek kerana sedihnya dia mengeluarkan duit seringgit-seringgit, pekerja yang jaga kaunter bayaran tu bagi diskaun. RM17.00 dah lah.

Duit Syahmi hanya ada RM14.00. Aku pun tambahlah berapa yang tak cukup. Syahmi berlalu ke kereta dengan bangga sambil berkata pada uminya, “Abang dah bayar dah semua dah…”

Masuk dalam kereta, Syahmi diam sambil membelek-beluk beg duitnya yang dah tak ada duit. Tiba-tiba syahmi bersuara, “Bagi abang duit balik. Duit abang dah habis. Tengok ni, dah kosong”

“Eh, bukan tadi abang yang nak belanja semua kan?”

“Memanglah, tapi abang ingat sikit ajer. Ini habis duit abang” Syahmi menepuk dahi dan terus tersandar.

Kami semua ketawa terbahak-bahak. Tadi bangga sangat nak belanja, kini dah menyesal. Rugi besar agaknya bila semua duitnya dah habis. Bila teknik “paksa rela” untuk mendapatkan duit untuk kali ini gagal, Syahmi bersuara “Umi bagilah abang kad bank..”

Terkejut besar kami. Mana dia tahu pasal kewujudan kad bank? Anak-anak zaman ni. Umur 4 tahun dia dah tahu tentang bank dan macam mana nak keluarkan duit. Apa pun, kami semua berbangga dengan Syahmi yang dah belanja kami malam itu walaupun sebanarnya semua itu duit kami.

Sehingga entry ini ditulis, beg duit Syahmi memang sentiasa tebal. Tebal dek duit seringgit, duit syiling dan kad bank (sebenarnya kad diskaun). Hahaha, jangan bagi tahu dia…

Kembali beraksi!

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on September 22, 2008 by syirfan

Hari ini hari yang terpilih. Aku masuk ofis selepas lama di dalam kembara. Sebenarnya hari khamis lepas dah menjenguk muka, tapi hari ini datang untuk menyelesaikan tugas yang sedia tertangguh.

Awal pagi muncul di muka pintu ofis dengan persoalan… kenapa pintu ni tak boleh buka. Flash card aku rosak ker. Ada password baru ke pintu ini? atau company aku nie dah tutup. Takkan baru sekejap aku tak datang dah bangkrup.. hehehe. Berpeluh jugak depen pintu. Terus menelefon kekawan yang sedia berada di dalam. Barulah diketahui bahawa rupanya password dah berubah…

Terus duduk mengadap komputer. Hajat nak menyempurnakan penulisan skrip yang memang banyak itu. Sebenarnya dah tak banyak, aku dan Sham hutang 66 clip. Maknanya 66 buah skrip!

Sebenarnya awal pagi tadi aku dikecewakan. Aku dah menaip hampir sepuluh buah skrip malam ahad yang lalu. Tak tidur aku dibuatnya. Tapi awal pagi tadi tengok-tengok skrip tu tak ada. Pulak? Macam-macam teknik dan tektik aku guna untuk mengesan mana skrip-skrip itu hilang. sampai sekarang aku tak ada jawapan. Yang aku ada hanyalah tajuk “nota cyrus”. Bahan dalamnya hilang!

Arrrggghhh! memang nak menangis. Memang aku save semua bahan-bahan tu. Tapi entah mana menghilang. Komputer ni pun rasanya marah pada aku yang mengetuk mukanya saban hari.

Tapi apakan daya… Taip semula lah!

Pagi tadi aku berfikir semula, adah benar aku dah taip skrip-skrip tu, atau aku sekadar bermimpi menyiapkannya. Sebab waktu dalam kembara dulu pun aku selalu mimpi buat skrip. Bangun pagi aku keliru, skrip tu dah buat ke belum. Maklumlah kena buat paling kurang 3 buah skrip tiap hari. Tapi pasti, skrip tu telah dibuat!

Hari ini, semua skrip itu mesti disiapkan serta mengemaskini jumlah klip yang perlu dihantar sebelum hari rabu ini. Kalau tidak tak boleh bercuti. hehehe

Apapun, aku gembira kerana hari ini aku kembali beraksi!

 

Noted : Terima kasih pada sahabat, Mus yang sudi menghantar kad dan sebekas kuih raya yang cukup cantik. Thanks Mus, Thanks Prolintas!

Sejarawan sejati…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain, Senyum Tangis 'Aku' on September 18, 2008 by syirfan

Dia adalah Nicolaos K. Martis.

Dialah sejarawan yang mempunyai kepakaran dalam sejarah Macedonia. Dialah sejarahwan nombor satu Greece. Umurnya kini, 93 tahun. Nyanyuk? Tidak!

Inilah bukti bahawa mereka yang banyak membaca dan menganasalisis tidak akan nyanyuk. Dalam pertemuan kami untuk menemuramah beliau tentang latar isu Macedonia – latar sejarah dan isu semasa -beliau bercerita dan berhujah seperti sejarah ditulis dan dicatat olehnya. Sangat tepat. Tanpa rujukan atau nota kecil, beliau menyampaikan jawapan pada setiap soalan dengan kemas dan tepat (masa, tarikh, lokasi, siapa yang terlibat dan seumpamanya…)

Beliau yang membesar dengan sepak terajang politik dalam isu sejarah, berpendapat isu Macedonia adalah berpunca dari kesilapan menghargai sejarah. Beliau sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Pada akhir bicara beliau berkata “apa yang berlaku ini juga sejarah. belajarlah darinya…”

Rasa sangat bertuah dapat seketika dengan tokoh sejarah yang masih hidup. Sedih juga bila dia bersuara “mungkin ini adalah temuramah saya yang terakhir…

Inilah buku yang jadi kontroversi. Sukar diperolehi lagi buku ini.

Sekadar catitan akhirnya… Adakah peluang bertemu lagi untuk merealisasikan satu dokumentari baru bertajuk “Macedonia: Sejarah Yang Hilang…”

Aku telah kembali…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain, Senyum Tangis 'Aku' on September 16, 2008 by syirfan

Aku telah kembali ke tanah air.

Penerbangan 13 jam dari Cairo via Mumbai terasa terlalu jauh… Akhirnya sekitar 10 malam, aku tiba di Malaysia dengan penuh syukurnya. Semua keletihan hilang tika bertemu isteri tersayang yang sememangnya akan menjemput ku di lapangan terbang setiap kali aku pulang…

Hanya wajah-wajah anak yang tidak lagi kelihatan. Putera dan Puteri berada di kampung bersama nenek dan datuknya yang menjemput mereka tika aku di Greece lagi. Kesian pada isteri yang sarat untuk menjaga dan menemani telatah mereka berdua. Dengan Putera dan Puteri berada di kampung, dapatlah isteriku berehat…

Dengan ketiadaan dua ‘ultraman’ ini dapat juga aku tidur lena malam tadi. Setakat ini, gambar-gambar ketika ketiadaan ku yang jadi pengubat rindu. Dua atau tiga hari lagi kami akan menjemput mereka.

Namun rehat ini tidaklah boleh panjang. Banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Banyak lagi klip yang perlu dihantar bagi memastikan peminat “Alexander Bukan Zulkarnain” via Celcom boleh terus menikmatinya. Jangan lupa *8884 (video call). Anda akan dihidangkan dengan bacaan Al-Quran surah Al-Kahfi dan laporan semasa dari 2 team yang bergerak sama untuk memberi dunia baru kepada semua.

Jangan lupa *8884. hehehe. Nak sambung tidur lagi…

p/s : Bro, gua dah minum air tebu dan ayam makan ayam golek dah… walaupun puasa dah setengah bulan