Secara tiba-tiba…

Secara tiba-tiba… kami diserbu pihak media Greece!

Tika kami sedang membuat penggambaran di salah satu pusat pembelajaran sejarah Macedonia, tiba-tiba mendapat tahu bahawa beberapa pihak media akan datang untuk menemuramah kami. Eh, apa hal pulak nie.

Bermula dengan pihak media dari majalah internet. Kemudian disusuli dengan kehadiran krew TV dari ET 3 dan tak lama kemudian krew TV 100. Peh, bilk tu dipenuhi oleh krew-krew dan camera dan semuanya sibuk menjalankan kerja. Kami sibuk ambik visual yang ada, mereka sibuk mengambil visual kami.

Pastu, minta diinterview pulak. Bersilat juga menjawap soalan-soalan mereka nie. Zamani yang diinterview dulu. Pastu aku pulak yang diinterview. Dua stesyen TV interview serentak pulak tu. Masak aku!

Kehadiran kami sebenarnya tepat pada masa dan waktunya. Tika masyarakat Greece terutamanya Thesoloniki membantah penggunaan nama Republik of Mecadonia yang secara jelas dilaksanakan oleh bekas negara Yugoslavia. Bagi mereka ini adalah pencurian paling hebat. Bukan curi barang, tetapi sejarah!

Inilah realitinya. Kami yang hadir banyak disoal sekitar kerajaan baru dan aku di asak dengan kajian ku berkait dengan Alexander The Great dan Zulkarnain. Dengan gaya machonya aku menjawap bahawa wujud satu ruang kosong yang memungkinkan kajian semula secara intensif sejarawan dunia tentang Alexander dan Zulkarnain. Aku mengkritik macam Alexander dan Zulkarnain tu kawan baik aku masa sekolah. Haahah

Walaupun sedikit tergagap, maklumlah berfikir dengan gaya bahasa Malaysia, bercakap dengan Bahasa Inggeris. Tapi semua mengangguk ajer, betullah agaknya tatabahasa aku tu.

Apa pun, ia sesuatu yang menarik. Malam ini harap sempat tengok story nie kat berita TV… Tapi pastinya bukan dalam bahasa Malaysia atau bahawa Inggeris. pastinya Greek!

11 Respons to “Secara tiba-tiba…”

  1. artis glamer kat mesia pun tak dpt kuar tv international.. bro syirfan masuk tv greece lagi tu.. huhuhu.. menangis artis mesia kejelesan.. balik sini sure dpt gelaran dato’.. hehehe

  2. hehe bape bulan abang syirfan kat sana?

  3. ntah ntah wartawan tu tak paham apa yang dicakapkan….

  4. jgn lupa minta copy cd kat wartawan tu…… huhuhauahauhau…. bangga tuuu dapat masuk tv sana….

  5. menengokkkan wartawan tu baekkk punya teleng…mesti dia tgh cuba memahamkan tiap butir perkataan yg kluar dr mulut abg syirfan…serius tuhhhhhh….

  6. Wah ! Glamer abg aku…hehe
    Jgn lupe cek email!

  7. amboi…goreng ayat kat negara orang…balik malaysia kena goreng skrip plak untuk siapkan story…heheheh

  8. Emi..
    saya balik menjelang aidilfitri.

    Ayg…
    faham ler. kalau tak takkan dia mengganguk tu..

    moon..
    dah minta, tapi tak dapat lagi.

    rose..
    kadang kala bhasa itik dan ayan menghasilkan keunikkan tersendiri

    anna..
    tiap tiap hari menggoreg nie. clip kena hantar setiap hari. tiap tiap pagi goreng skrip dulu

  9. Raliz…
    Malu lah kata gitu… hehe

    Fiha..
    Akan check email..

  10. MajminAbdRazak Says:

    Jeles siot kwn2 dpt wat keje smbil jln2 Huhuhuhuhu….
    Bila la tiba giliran sy😦 bole blajar smbil bkerja smbil jln2 smbil shoping2 Heheheh:) Byk plak smbil kan!

  11. MajminAbdRazak Says:

    Sori mbt join bc blog a.syirfan,klau tau menarik awl2lg dah surf😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: