Lagi tiba-tiba…

Internet kurang baik di Athens. Tak tahulah berpunca dari line atau computer. Ini pun pinjam computer orang lain…

Sambung cerita…

Rupanya, 2 hari lepas kami kelaur surat khabar di 3 surat khabar yang berlainan. Perggg!

Lebih memeranjatkan kami dah keluar 3 televisyen yng berlainan. ET 1, ET 3 dan 100. ET merupakan saluran nasional mcm RTM 1 dan 2. 100 stesyen TV berbayar.

Semalam pula ET 1 dan ET 3 menyiarkan story kami hampir setiap breaking news. Gua dah jadi orang glamour kat sini. Hahahaha

Konflik Mecadonia yang sedang berlangsung membuatkan kami tiba tepat pada masanya. Hampir semua sedang bercerita bahawa krew Malaysia sedang melaksanakan tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh krew TV Greece. Nanti ada masa aku up date story yang berkait dengan isu Macedonia.

Satu lagi yang menarik, rupanya kajian ku yang mengaitkan Alexander dengan Acropolis merupakan penemuan baru. Para kurator Acropolis pun tak tahu kaitan Alexander dengan sejarah Acropolis. Macam mana ia boleh terjadi. Adakah mereka lupa bahawa Alexander memberi ucapan di Panthenom. Adakah mereka lupa sejarah Pathenom?.

Mereka terperanjat bagaimana wujud kaitan itu. Aku dengan selamba berkata “Oleh kerana anda lupa pada sejarah, itu sebabnya sejarah ada dicuri dihadapan mata anda sendiri.”

Sampai ada akhbar menyiarkan berita- SEKIRANYA MAHU TAHU TENTANG ALEXANDER, SILA KE MALAYSIA… MEREKA LAGI MENGETAHUI!

22 Respons to “Lagi tiba-tiba…”

  1. kahkahkah..baguih punya headline tu…tahniah abg syirfan…dgn secara tak sengaja telah mengharumkan nama malaysia kat sana…

  2. salam along….

    selamat berpuasa…..;)

    from:
    angah, shila n baby a’qilah

  3. hhahha..

    Penemuan tak sengaja sebenarnya. Namun ia tiba-tiba jadi story besar di sini…

  4. wa..alhamdullilah…semoga pengembaraan geng korang memberi makna dan sejarah kepada industri penyiaran di Malaysia…dan semoga allah lindungi dan permudahkan segala urusan seharian…amin

  5. tq anna… moga semuanya sukses

  6. angah, shila, a’qilah..
    Selamat berpuasa. Jumpa nanti menjelang aidilfitri…

  7. tahniah abang syirfan, patutla wangi semacam malaysia… rupa2nya abang syirfan sembur perfume kat greek…

  8. Along, selamat berpuasa. Jaga diri.rumah dah lawa.hihi

  9. bro.. apalah yanh ko sembang kat press tu.. aku tengok berkerut je dahi ko dan dia.. dia yang tak paham ke..atau ko buat2 tak paham..hehe.. aku jeles tengok blog kau ni..last2 aku berusaha sedaya upaya aku buat blog aku sendiri..haha..aku add weblog ko..sori bro ..tanpa permission..zaidi.wordpress.com🙂

  10. Bro.. aku tengok press tu macam “blur” je interview kau..dia tak paham ke atau ko buat2 tak paham.. anyway.. keep it up bro.. good journey…ko balik malaysia bila ha? cepat balik..nanti ko tak sempat tengok pm baru angkat sumpah..hehe:) pm jepun lah

  11. aku jeles tengok blog kau ni.. duk terpikir gak ..kan best ada blog sendiri.. godek2..baru aku tau.. senang wordpress ni.. ada senang pergila zaidi.wordpress.com..budak baru blaja mengaji..

  12. apa lagi..mintak le bos naikkan gaji 2 kali ganda gan bonus nak raya..boleh tumpang sekaki..

    bos FM..faham faham jelah yea…haha..

  13. emi…
    la.. wangi ker? abg melepas bom pun wangi yer…

    Bro Akmal…
    setuju tak cadangan gaji dan bonus tu? hahah

  14. Zaidi…
    tahniah.. nanti aku explore blog kau yer… anyway.. jgn tukar PM baru dulu. Takut nanti aku sangkut kat airport mcm cerita The Terminal tu..

    Adik…
    nak aper kat cini?

  15. Tahniah Abang!!!

  16. Tq Fiha…
    Doalah bersama projek ini berjaya…

  17. Ha??? Amende kata?

  18. wahhh…. bangga tol aku….

  19. MajminAbdRazak Says:

    Salam,
    Tahniah kpd a.syirfan & teamates.
    Sy & Azhar bangga bekerja di bwh satu bumbung dgn team yg passionate ttg kerja2 di sini.
    Semoga slmt pulang merayakan kejayaan prog ini & Aidilfitri lg seminggu je lg :):):):)

  20. MajminAbdRazak Says:

    Dan kami sgt2 setuju cadangan ttg bonus & kenaikan gaji yg dicadangkan earlier hehehehe :):):)

  21. Tq Majmin, Moon…
    harap jumpa menjelang Aidilfitri…

  22. bocong dot com Says:

    Salam Syir,

    Ada beberapa info mengenai elexander T.G /Iskandar Zulkarnain yang mungkin you buleh jelaskan. Ni petikan dari beberapa info.

    1) Peristiwa di mana nabi Khidir diperintahkan bersama Raja Iskandar Zulkarnain pergi ke sebuah tempat untuk menutup pintu Ya’juj wa Ma’juj. Ketika perjalanan disuatu tempat mereka terpisah dan nabi Khidir menjumpai telaga air ‘ainul ‘ayan. Nabi Khidir a.s meminumnya. Sesiapa yang meminumnya akan hidup sampai hari akhirat.

    2) Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.

    3) Zulkarnain yang disebutkan dalam al-Quran bukan Iskandar The Great yg membangun kota Iskandaria, yang hidup selama 33 tahun, sebagaimana disebutkan dalam kitab-kitab Nasrani, dan hidup tahun 323 SM.
    Adapun Iskandar yg disebutkan dalam al-Quran hidup di zaman Nabi Ibrahim Khalilullah, bahkan orang mengatakan masuk islam Iskandar ditangan Nabi Ibrahim Alaihi Salam, dan menunaikan ibadah haji dengan berjalan kaki, akan tetapi berbeda pendapat Ulama tentang apakah dia seorang Nabi ataukah seorang hamba yang shaleh?, sekaligus para Ulama sepakat bahwa Iskandar Zulkarnain merupakan hamba yg saleh yg taat kepada allah dan mengEsakan Allah jalla wa azza.
    As-sawab :Tawaqquf (berhenti) disitu tanpa meninjau lebih lanjut, sebagaimana dalam riwayat Hakim dan Baihaqi:

    وما أدرى أتبع نبيا كان أم لا , وما أدرى ذا القرنين نبيا كان أم لا . رواه الحاكم والبيهقي وصححه الألباني فى صحيح الجامع.

    Dan sesungguhnya perbedaan antara Iskandar, seorang hamba yg shaleh dengan Iskandar the great suatu hal yang ma’ruf di antara Ulama, sebagaimana yang telah dipaparkan Oleh Ibn Katsir dalam kitab Bidayah wa Nihayah, jilid 1/493:
    diriwayatkan dari Qatadah: Iskandar Zulkarnain, ayahnya kaisar pertama, dan anak dari Sam Bin Nuh Alaihi salam.
    Sedangkan Iskandar kedua merupakan anak dari Filibs….Ibn Rumi Ibn Al-asfar Ibn Yaqaz Ibn Al-‘ish Ibn Ishak Ibn Ibrahim Al-Khalil, demikian yang telah dinyatakan oleh Al-Hafidh Ibn ‘asakir dalam kitabnya “Tarikh”, terkenal dengan sebutan Iskandar the great, yang telah membangun kota Alexandria dimasa kejayaan Roma, dan perbedaan masa dengan Iskandar pertama sangat jauh, Iskandar the great hidup dimasa romawi 300 SM, bahkan filosofis Aristoteles sebagai mentrinya, dialah yg telah membunuh Dara Ibn Dara dan Azal, seorang raja Persia kemudian mengusai Negara mereka.
    Kami memberitahukan masalah tersebut dikarenakan banyak orang menyangka bahwa mereka berdua adalah orang yang sama, dan yang disebutkan dalam alquran adalah Iskandar yang menterinya Aristoteles, dengan demikian merupakan kesalahan besar dan kesesatan luar biasa, karena Iskandar yang pertama adalah hamba yang shaleh dan ta’at, sedangkan yang kedua merupakan seorang yg syirik dan sesat, dan menterinya seorang filosof, kemudian jarak waktu dan masa diantara keduanya 2000 tahun, maka dimana orang memahami ini itu sedangkan mereka berdua tidak sebanding dan tidak serupa satu dengan yang lainnya.

    Yang mana satu E.T.G dan I. Zulkarnain dan sejauh mana mereka ini orang yang berbeza?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: