Antara cemuhan dan pujian…

Semuanya bermula di Acropolis…

Hari ini kami terlibat dalam penggambaran di puncak Acropolis. Lokasi paling penting di Greece. Sejarah Acropolis boleh dilihat dalam blog ini pada kategori Mencari Zulkarnain. Cari bab aku mengembara ke Greece April lalu.

Dipendekkan cerita, hari ini memang aku tak puas hati sungguh dengan pihak pengurusan Acropolis ini. Acropolis adalah kota istimewa yang menjadi idaman para penguasa. Ia adalah lokasi sejarah. Pastinya para kutaror dan pihak pentadbirannya memang makan, tidur dan jaga dalam sejarah Acropolis. Tetapi sayangnya, pengetahuan sekadar bangunan ini dibina pada tahun bla bla bla.. Bila tanya, Apakah wujud kaitan Alexander The Great dengan Acropolis semua dengan bangga berkata – tiada kaitan!

Bila akhbar mula menyiarkan bahawa krew penerbitan TV Malaysia telah membuktikan bahawa wujud kaitannya, semua jadi kecoh. Kedatangan aku dan team ke lokasi ini bagaikan ditunggu dan pastinya diuji. Awal-awal lagi kami dilambatkan dengan karenah biokrasi di sini. Sabar aje lagi…

Perlahan-lahan kami selesaikan sedikit demi sedikit kami selesaikan tugas. Sampai petang sekitar 7 krisis bermula!

Kami dalam tergesa-gesa cuba menyelesaikan tugasan sebelum 7.30 petang kerana ikut perjanjian kami memang kena habiskan pada pukul 7.30. Talent kami dah mula diganggu dengan perlbagai pertanyaan dan gesaan yang tak logik. Ditanya pakaian ini apa kaitan, kenapa, dan pelbagai soalan bodoh lain. Bila kami tanya, dimana Alexander memacak pedang tika menyampaikan ucapan pentin iti, sorang pun tak boleh jawap.

Hampeh sungguh. Kerja bagai sejarawan, tapi bila tanya tak tahu. Pukul 7.20 dah mula membebel di lokasi penggambaran. Beberapa kali berhenti dek tindakan dan suara-suara sumbang yang makin melambatkan kerja. Aku senyap lagi. Biarkan ajer, guide kami yang bertekak.

5 minit sebelum 7.30 mereka dah surah kami beredar. Padahal talent kami tengah bercakap nie. Aku naik hangin… akhirnya suara keramat aku meletus di puncak Acropolis.

7.35 petang siap. Kalau tak diganggu pasti dah siap lama. Kawan-kawan semua ketawa bila bercerita balik aku marah kurator Acropolis. Marah dalam bahasa Inggeris pulak tu. Senyap diaorang. Ingat aku nie batu yang tak ada hati dan perasaan ker. Ingat aku nie producer, penulis skrip dan penyelidik bodoh ker. Aku boleh terangkan falsafah pada setiap bangunan kat situ. Mungkin jauh lebih baik dari mereka. Aku boleh kaitkan sejarah Alexander hampir pada semua lokasi. Mereka? tanya adakah Darius The Great pernah sampai ke sini pun tak ada jawapan!

Semua kawan-kawan terperanjat bila aku marah, Maklumlah semua tak pernah tengok aku naikkan suara. Akhirnya meletus juga..

Aku benar-benar marah dan kecewa. Marah pada semua kurator yang mengarut dan sebenarnya tak tahu apa-apa dan kecewa bila mengenangkan bahawa sejarah di sini hanyalah sekadar menjawap bila, mengapa, siapa… Tidakkah boleh mereka menajwap soalan sejauh mana… atau soalan yang jauh mencabar dari itu.

Maaf tulisan ini agak ketara marahnya.

Turun dari Acropolis, krew dari National TV hadir. Interview lagi. Sebelum itu ada sesi bergambar dari akhbar mana entah. Aku senyum dalam marah ajer. Esok carilah akhbar mana yang suka sangat ambik gambar tu.

Untuk interview ini aku dah sediakan satu jawapan. Jawapan dari apa yang berlaku tadi. Aku nak kata “Saya berfikir panjang kenapa Mecadonia diambil negara orang. Akhirnya saya tahu, kurator dan para pemimpin yang ada sekarang inilah puncanya. Mereka terlalu bodoh dan lemah. Itu sebabnya sejarah mereka dicuri. Kalau ini berlanjutan, bukan Mecadonia sahaja diambil orang, malah Greece juga akan dicuri suatu hari nanti…”

Nasib baik kawan-kawan halang. Kalau tak tidur lokap Greece aku malam ini.

Akhirnya aku ambil tindakan profesional. Jawap dengan penuh rasa bangga dan ilmiah pada krew penerbitan yang katanya menunggu hampir sejam untuk interview kami. Peh, kat Malaysia pun aku tak dilayan begini…

Orang yang pertama di interview, Zamani.

Zamani pulak tiba-tiba menggatal kata dia tak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Dia nak jawap soalan dalam bahasa Malaysia. Habis tu, mana minah tu faham. Aku jugak yang tolong terjemahkan dalam bahasa Inggeris. Ingat aku pandai ker… Aku belasah jer.. tengok minah tu anggguk dan terus mengangguk, betullah agaknya tu..

Part aku panjang le sedikit. Aku buka cerita bermula dari kepercayaan masyarakat melayu hingga sejarah moden sekarang. Aku buka cerita Sulatus Salatin. Minah tu angguk-angguk ajer. Tahu ke dia Sulatus salatin? belasah ajerlah…

Aku kaitkan Alexander dan Zulkarnain, dia angguk lagi. Sah betullah apa aku cakap tu.

Gambar-gambar sekitar aku diinterview….

  

Semuanya selesai. Minah National TV ini janji akan bantu aku untuk buat dokumentari baru di sini. Dah ada tajuk – Macedonia: Sejarah yang Hilang. Mungkin ini asas baru untuk memecah tembok penyiaran Eropah. Kalau tak cuba, mana kita tahu kan?

9 Respons to “Antara cemuhan dan pujian…”

  1. Best gak kalu dpt tgk abg ‘meletup’ fuhh! Cayalah Bro! Hehe

  2. Tq Fiha…
    Berjaya pun atas usaha-sama kawan2…

  3. “Kalau tak diganggu pasti dah siap lama. Kawan-kawan semua ketawa bila bercerita balik aku marah kurator Acropolis. Marah dalam bahasa Inggeris pulak tu. Senyap diaorang. Ingat aku nie batu yang tak ada hati dan perasaan ker. Ingat aku nie producer, penulis skrip dan penyelidik bodoh ker. Aku boleh terangkan falsafah pada setiap bangunan kat situ. Mungkin jauh lebih baik dari mereka. Aku boleh kaitkan sejarah Alexander hampir pada semua lokasi. Mereka? tanya adakah Darius The Great pernah sampai ke sini pun tak ada jawapan!”

    ishh..kot ye marah pun jangan le sampai kita jadi riak…nanti lagi banyak dugaan..dulu ayah selalu marah kalu umi cakap macam gitu..walau hebat manapun kita..ada yang lebih hebat lagi..don’t forgot that…

  4. gambar yang paling bawah tu mata macam tengokkkkkk…….kurang pahala posa..

  5. Mustafa Akmal Ariffin Says:

    Bilakah aku dapat memegang mikrofon itu?
    Persoalan yang sering terhambur tetapi tiada pernah jumpa penyelesaian!

  6. hmmmm….

    dugaan btol ekk… xpela…. syirfan boleh… huhuh

  7. MajminAbdRazak Says:

    Salam,
    Byk2kan sabar, insyaallah byk pahala dpt…

  8. Masnan Ramsit Says:

    Salam…..
    aku bangga dgn pencapaian abg….. Teruskn usaha murni ini.
    Buktikan dunia penyiaran kita juga mampu melakar sejarah yang setanding dgn negara lain. Abg Syirfan boleh! FM boleh! Syabas bro…. salam kt crew2 yg len…
    Slamat Berpuasa….🙂

  9. salam…

    Terima kasih semua…

    Mus…, ada hikmah pada setiap musibah. Doa saya mengiringi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: