Cukuplah…

Cukuplah… dah lelah rasanya…

Panjang sungguh rasanya perjalanan kali ini. Dari Rusia, ke Greece kemudian ke Mesir. Sayangnya banyak catatan di mesir belum lagi di post. Maklumlah, akses internet di sini sangatlah mengecewakan. Ada peluang nanti, akan diceritakan. Apa pun, cukuplah perjalanan ini.. penat sungguh…

Jujurnya, kerinduan terlalu menggigit. Gambar-gambar putera dan puteri yang saban hari dihantar isteri tersayang selalu membawa hati pulang awal ke Malaysia. Rindu pada keluarga membuat mimpi-mimpi dalam perjalanan ini semuanya menyedihkan. Namun tugasan ini mesti dibereskan sebaik mungkin.

Badan pun dah longlai rasanya. Dari suhu sejuk hingga panas sekitar 45 darjah celsius di padang pasir Libya cukup mematangkan. Perjalanan kapal terbang dan perjalanan darat terlalu menyesakkan. Terperap 13 jam dalam perjalanan dari Siwa ke Cairo cukup terasa hingga kini. Makanan yang pelbagai dan harga yang bervarisi kian rasanya menyulitkan. Muak namun terpaksa.. Rindu sudah makanan di Malaysia.

Apa khabar agaknya kerusi dan meja kerja ku? maklumlah beberapa hari sebelum terbang aku dipindahkan (secara paksa?). Buku-buku pastinya bersepah. Fail-fail dan nota-nota entah mana agaknya terselit. Buku-buku baru yang diperoleh di sini juga perlukan tempat untuk diletakkan. Buku-buku yang diperoleh sepanjang kembara ini sudah tidak boleh dikira berapa banyak, tetapi kawan-kawan menjangka ia lebih dari 30 kilogram.

Cukuplah dengan penggambaran saban hari disini. Dari puncak bukit ke laut. Dari kota moden ke kota purba. Dari lembah ke padang pasir. Dari tanah landai ke tasik. Dari dalam bukit hingga ke dalam piramid! Cukuplah, ia sudah terlalu memenatkan.

Cukuplah dengan pendedahan media. Cukuplah dengan berita di akhbar dan TV. Cukuplah…

Cukuplah bersahur disini. Cukuplah berbuka dengan pelbagai gaya dan menu. Cukuplah dengan ingatan pada pasar ramadhan di Malaysia. Cukuplah menghukum kami dengan SMS bercerita tentang sedapnya air tebu, ataupun ayam golek. Cukuplah…

Cukuplah kami menghabiskan duit untuk membeli belah. Cukuplah. Jangan bawa lagi kami ke kawasan bazar atau pasar. Jangan lagi bawa kami untuk buat penukaran wang. Cukuplah, poket kami dah tak berisi.

Cukuplah dengan berapa ratus stand upper yang telah berjaya dilakukan. cukuplah dengan ratusan skrip yang dibuat sepanjang kembara. Cukuplah editing hingga awal pagi. Cukuplah lentok di dalam van. Cukuplah…

Cukuplah… Aku dah penat. Aku perlukan rehat…

Esok malam aku kembali terbang ke Malaysia!

5 Respons to “Cukuplah…”

  1. Welcome home bro! Sayangnya tak dpt menyambut kepulangan team alex ni! Mesti banyak cerita gempak dari korang ,umur panjang jumpa lagi ,pastinya sebelum raya saya kembali! Adios!

  2. Semoga dipermudahkan segala urusan dan perjalanan…

  3. dah dah tu..cukuplah…meh balik meh…sian korang……

  4. salam semua…

    kini saya telah kembali ke tanah air. terima kasih atas doa dan perhatian. akan kembali bertugas beberapa hai lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: