Aku telah kembali…

Aku telah kembali ke tanah air.

Penerbangan 13 jam dari Cairo via Mumbai terasa terlalu jauh… Akhirnya sekitar 10 malam, aku tiba di Malaysia dengan penuh syukurnya. Semua keletihan hilang tika bertemu isteri tersayang yang sememangnya akan menjemput ku di lapangan terbang setiap kali aku pulang…

Hanya wajah-wajah anak yang tidak lagi kelihatan. Putera dan Puteri berada di kampung bersama nenek dan datuknya yang menjemput mereka tika aku di Greece lagi. Kesian pada isteri yang sarat untuk menjaga dan menemani telatah mereka berdua. Dengan Putera dan Puteri berada di kampung, dapatlah isteriku berehat…

Dengan ketiadaan dua ‘ultraman’ ini dapat juga aku tidur lena malam tadi. Setakat ini, gambar-gambar ketika ketiadaan ku yang jadi pengubat rindu. Dua atau tiga hari lagi kami akan menjemput mereka.

Namun rehat ini tidaklah boleh panjang. Banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Banyak lagi klip yang perlu dihantar bagi memastikan peminat “Alexander Bukan Zulkarnain” via Celcom boleh terus menikmatinya. Jangan lupa *8884 (video call). Anda akan dihidangkan dengan bacaan Al-Quran surah Al-Kahfi dan laporan semasa dari 2 team yang bergerak sama untuk memberi dunia baru kepada semua.

Jangan lupa *8884. hehehe. Nak sambung tidur lagi…

p/s : Bro, gua dah minum air tebu dan ayam makan ayam golek dah… walaupun puasa dah setengah bulan

5 Respons to “Aku telah kembali…”

  1. tak pe yang penting dapat rasa air tebu tu… sodap nak mampus!!!!!

  2. wa…seronoknya dapat bersama kembali kepada keluarga tersayang…tapi yang tak seronoknya nak mengadap post production lepas ni…letihnya…

  3. La….Sebab dah setengah bulan posa, orang dah tak makan & minum benda benda tu lagi dah. Skg ni balik pada minuman rasmi; Teh O Limau Suam…..Nak Teh O AIS?

  4. Putra puti abang tuh cute cute, bikin saya nak cubit itu pipi. thanks

  5. Yulism,
    Kalau hadir ke Malaysia, bolehlah mencubit pipi puteri saya tu… hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: