Sejarawan sejati…

Dia adalah Nicolaos K. Martis.

Dialah sejarawan yang mempunyai kepakaran dalam sejarah Macedonia. Dialah sejarahwan nombor satu Greece. Umurnya kini, 93 tahun. Nyanyuk? Tidak!

Inilah bukti bahawa mereka yang banyak membaca dan menganasalisis tidak akan nyanyuk. Dalam pertemuan kami untuk menemuramah beliau tentang latar isu Macedonia – latar sejarah dan isu semasa -beliau bercerita dan berhujah seperti sejarah ditulis dan dicatat olehnya. Sangat tepat. Tanpa rujukan atau nota kecil, beliau menyampaikan jawapan pada setiap soalan dengan kemas dan tepat (masa, tarikh, lokasi, siapa yang terlibat dan seumpamanya…)

Beliau yang membesar dengan sepak terajang politik dalam isu sejarah, berpendapat isu Macedonia adalah berpunca dari kesilapan menghargai sejarah. Beliau sangat terkilan dengan apa yang berlaku. Pada akhir bicara beliau berkata “apa yang berlaku ini juga sejarah. belajarlah darinya…”

Rasa sangat bertuah dapat seketika dengan tokoh sejarah yang masih hidup. Sedih juga bila dia bersuara “mungkin ini adalah temuramah saya yang terakhir…

Inilah buku yang jadi kontroversi. Sukar diperolehi lagi buku ini.

Sekadar catitan akhirnya… Adakah peluang bertemu lagi untuk merealisasikan satu dokumentari baru bertajuk “Macedonia: Sejarah Yang Hilang…”

3 Respons to “Sejarawan sejati…”

  1. iskh1 iskh! sangat kagum..

  2. Wow …. 93 tahun masih setajam itu, beruntung sekai beliau. thanks

  3. kita ini agak-agak pada umur 93 tahun, nyanyuk tak? atau ada kah peluangkah kita mencapai umur itu? hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: