Kembali beraksi!

Hari ini hari yang terpilih. Aku masuk ofis selepas lama di dalam kembara. Sebenarnya hari khamis lepas dah menjenguk muka, tapi hari ini datang untuk menyelesaikan tugas yang sedia tertangguh.

Awal pagi muncul di muka pintu ofis dengan persoalan… kenapa pintu ni tak boleh buka. Flash card aku rosak ker. Ada password baru ke pintu ini? atau company aku nie dah tutup. Takkan baru sekejap aku tak datang dah bangkrup.. hehehe. Berpeluh jugak depen pintu. Terus menelefon kekawan yang sedia berada di dalam. Barulah diketahui bahawa rupanya password dah berubah…

Terus duduk mengadap komputer. Hajat nak menyempurnakan penulisan skrip yang memang banyak itu. Sebenarnya dah tak banyak, aku dan Sham hutang 66 clip. Maknanya 66 buah skrip!

Sebenarnya awal pagi tadi aku dikecewakan. Aku dah menaip hampir sepuluh buah skrip malam ahad yang lalu. Tak tidur aku dibuatnya. Tapi awal pagi tadi tengok-tengok skrip tu tak ada. Pulak? Macam-macam teknik dan tektik aku guna untuk mengesan mana skrip-skrip itu hilang. sampai sekarang aku tak ada jawapan. Yang aku ada hanyalah tajuk “nota cyrus”. Bahan dalamnya hilang!

Arrrggghhh! memang nak menangis. Memang aku save semua bahan-bahan tu. Tapi entah mana menghilang. Komputer ni pun rasanya marah pada aku yang mengetuk mukanya saban hari.

Tapi apakan daya… Taip semula lah!

Pagi tadi aku berfikir semula, adah benar aku dah taip skrip-skrip tu, atau aku sekadar bermimpi menyiapkannya. Sebab waktu dalam kembara dulu pun aku selalu mimpi buat skrip. Bangun pagi aku keliru, skrip tu dah buat ke belum. Maklumlah kena buat paling kurang 3 buah skrip tiap hari. Tapi pasti, skrip tu telah dibuat!

Hari ini, semua skrip itu mesti disiapkan serta mengemaskini jumlah klip yang perlu dihantar sebelum hari rabu ini. Kalau tidak tak boleh bercuti. hehehe

Apapun, aku gembira kerana hari ini aku kembali beraksi!

 

Noted : Terima kasih pada sahabat, Mus yang sudi menghantar kad dan sebekas kuih raya yang cukup cantik. Thanks Mus, Thanks Prolintas!

8 Respons to “Kembali beraksi!”

  1. selamat kembali ke malaysia. di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari raya.maaf zahir batin.kirim salam kat famili. jemput dtg beraya rumah aku.tapi aku pindah rumah sendiri lepas raya la bro.. so maybe takde open house.hehe.. wei.. keluarkan blog aku dari senarai.bukan ada apa pun..buek malu org kampung yo.

  2. hahaha..

    itu cabaran namanya… nampaknya ko terpaksalah berkerja keras untuk mengisi blog kau tu… boleh bro… heheh. rayo mano?

  3. kerja keras..haha..aku busy skit bro..ada masa bru aku tengok..takda idea.. aku tinggal puchong.raya seremban..lepas raya ni baru pindah rumah sendiri..baru siap.. nanti jemput datang umah bawak famili

  4. ermm…kerja keras yer…kalau tak tak leh cuti….hahahaha…..tensi….

  5. just nak mengucapkan selamat hari raya dan nak minta maaf banyak-banyak andai terkasar bahasa, terisnggung etc etc.. selamat membuat keje..

  6. Assalamualaikum Bang Syirfan, wah saya turut prihatin atas skrip abang yang hilang itu. Tapi saya juga turut bergembira karena Abang orang yang optimis tetap gembira. Jangan khawatir Abang “jika ada kemauan pasti ada jalan”. Semoga selesai sebelum hari Rabu, agar bisa merayakan Idul Fitri. Salam kenal dari saya Yulis di Colorado dan sekalian nak mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri 1429H, Minal Aidzin Wal Faidzin. Mohon maaf lahir dan bathin. Wassalam.

  7. Yulism,

    Sepantas kilat saya menyiapkan tugasan. Hahaha. Maklumlah, panggilan untuk bercuti sangat kuat. Pastinya beraya di Colorado juga ada keunikan. Moga Idul Fitri kali ini bawa keberkatan.. salam Aidul Fitri, Maaf Zahir Batin.

  8. Ajai…

    Mohon maaf zahir batin. Maklumlah kenal dah lama, so dosanya lebih lah sikit. heheh. Apapun, moga Aidulfitri ini bawa keberkatan pada semua. Maaf Zahir Batin…

    Balik Juaseh tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: